Anak Tergamak Buang Ibu Tepi Jalan Hanya Kerana Positif Covid-19

| April 27, 2021 | 0 Comments

Anak Tergamak Buang Ibu Tepi Jalan Hanya Kerana Positif Covid-19 | Ibu merupakan seorang wanita yang sepatutnya disayangi dan dijaga oleh anak-anak. Ini kerana ia sudah bersusah payah melahirkan dan membesarkan anak sehingga menjadi seorang yang berguna. Namun, hal yang berbeza dialami oleh ibu ini apabila anak yang diharapkan ternyata tergamak membuang dirinya di tepi jalan setelah ia disahkan positif Covid-19.

Anak Tergamak Buang Ibu Tepi Jalan Hanya Kerana Positif Covid-19

Seorang lelaki bertindak kejam apabila ia sanggup membuang ibunya di tepi jalan selepas wanita terbabit disahkan positif Covid-19 di Kanpur, Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan, video yang memaparkan seorang wanita terbaring telah tular selama beberapa hari di media sosial.

Orang ramai yang melihat keadaan wanita terbabit yang berada dalam keadaan lemah, bertindak menghantarnya ke hospital sebelum ia disahkan meninggal dunia semasa sedang menjalani proses rawatan.

Sebelum itu, wanita terbabit mengadu mengalami sesak nafas dan di saat kesihatannya makin memburuk, anak lelakinya  membawanya ke daerah Tad Bagiya di Chakeri serta meninggalkannya di luar rumah anak perempuannya.

Sesudah meninggalkan ibunya, lelaki terbabit bertindak melarikan diri dari tempat kejadian kejadian kerana bimbang dijangkiti. Meskipun sudah dihantar ke rumah anak perempuannya, nasib malang wanita itu masih tidak terbela apabila anak perempuannya juga tidak mahu bertanggungjawab menjaga dirinya yang sakit dan tidak membawanya masuk ke dalam rumah.

Penduduk sekitar yang melihat kejadian terbabit kemudian bertindak mengambil rakaman yang memaparkan keseluruhan kejadian itu dan bertindak memuat naiknya di media sosial.

PolisKemudian bergegas ke tempat kejadian itu setelah video tersebut menjadi tular sebelum mendapati seorang wanita terbaring di tepi jalan. Mereka juga sudah membuka kes mengenai pengabaian yang dilakukan oleh anak lelaki kepada wanita itu.

Sumber: Siakap Keli, Metro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *