Ketuk Kepala Dan Ugut Bunuh, Gara-Gara Ibu Halau Teman Lelaki

| April 24, 2021 | 0 Comments

Ketuk Kepala Dan Ugut Bunuh, Gara-Gara Ibu Halau Teman Lelaki | Disebabkan oleh bahananya pengaruh cinta serta emosi dan pemikiran yang telah dikuasai oleh sesuatu yang tidak baik. Tindakan yang diambil semestinya berada di luar kewarasan akal seorang manusia. Sama seperti wanita ini yang sanggup memukul ibu kandungnya sendiri di kediamannya.

Ketuk Kepala Dan Ugut Bunuh, Gara-Gara Ibu Halau Teman Lelaki

Sakit hati dengan perbuatan ibunya yang mengarahkan teman lelakinya untuk pulang, seorang wanita tergamak untuk mengetuk kepala ibunya menggunakan telefon bimbit. Selain daripada itu, dia turut memukul ibunya dengan menggunakan penyapu serta mengugut untuk membunuhnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam, mangsa berusia 59 tahun, pergi ke rumah anak bongsunya berusia 24 tahun itu di Pangsapuri Sri Bagan, Butterworth.

Sebaik sahaja tiba di kediaman itu, mangsa mendapati terdapat seorang lelaki berada di rumah itu. Dia lalu mengarahkan lelaki tersebut untuk meninggalkan kediaman itu dengan segera. Tindakannya itu telah membuatkan anaknya mengamuk lalu memukulnya.

Dia bukan sahaja mengetuk kepala ibunya dengan menggunakan telefon bimbit, malah dia turut memukul lengan kanan ibunya dengan menggunakan penyapu. Anak mangsa turut mengugut mangsa untuk membunuhnya sekiranya ibunya itu membuat laporan polis.

Menurut mangsa, anaknya itu semakin beremosi disebakankan kehilangan sumber pendapatan dan telah terputus bekalan dadah. Walau bagaimanapun, mangsa tetap sahaja membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya selepas menerima ugutan daripada anaknya itu.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kepala Batas. Mangsa mengalami kesakitan di bahagian yang dipukul oleh anaknya.

Noorzainy berkata, pihaknya sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan..

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *