Remaja Dipukul Sekumpulan Lelaki Kerana Ekzos Bising | Malang tidak berbau apabila seorang remaja dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana telah mengakibatkan bunyi bising yang dikeluarkan oleh ekzos motosikalnya.

Remaja Dipukul Sekumpulan Lelaki Kerana Ekzos Bising

Klang: Kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 7.30 malam, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengalami lebam di seluruh bahagian badan dan kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss telah ditahan dan dimarahi seorang lelaki disebabkan menunggang dengan laju di kawasan tersebut.

Mangsa kemudiannya terus ditampar dan dipukul oleh lelaki tersebut.

“Beberapa rakan lelaki tersebut turut datang dan memukul mangsa menggunakan kayu serta helmet di bahagian badan dan kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, mangsa kemudiannya telah menelefon bapanya untuk meminta bantuan namun sebaliknya yang berlaku apabila bapanya turut dipukul oleh sekumpulan lelaki tersebut. Bagaimanapun, bapa mangsa dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka di bahagian tangan.

Shamsul Amar menegaskan, bertindak maklumat pihaknya kemudian telah menahan enam suspek berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu pada pukul 11 malam tadi di sekitar daerah ini.

Katanya, siasatan terbabit telah mendapati punca kejadian itu berlaku disebabkan oleh remaja terbabit membunyikan ekzos motosikalnya dengan bunyi yang kuat dan mengganggu orang ramai.

“Hasil semakan juga mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Kosmo 

Share.

Leave A Reply