Arab Saudi Masukkan Sinovac Dalam Senarai Vaksin Untuk Masuk Ke Negaranya | Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi berita baik buat golongan Islam yang ingin menunaikan haji atau umrah pada masa akan datang.

Arab Saudi Masukkan Sinovac Dalam Senarai Vaksin Untuk Masuk Ke Negaranya

Individu yang menerima vaksin Sinovac kini diterima oleh kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke negara tersebut. Berita ini telah dikongsikan di laman rasmi Twitter Dr Zulkifli itu sendiri.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.”

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.”

“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac. Fokus kita adalah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.”

Selain itu, beliau juga turut lampirkan senarai vaksin yang diterima oleh kerajaan Aarab Saudi. Antara vaksin yang diterima masuk adalah Pfizer, Moderna, Astrazeneca, Janssen dan Sinopharm.

Sumber : Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Share.

Leave A Reply