Australia Sambung Tempoh Kawalan Pergerakan Di Wilayah Victoriaa | Wilayah Victoria di Australia pada hari Rabu telah membuat keputusan untuk memperpanjangkan lagi tempoh kawalan pergerakan COVID-19 di ibu negara Melbourne selama seminggu dalam usaha untuk mengekang penularan wabak  tersebut  namun mengurangkan sekatan di wilayah lain.

Australia Sambung Tempoh Kawalan Pergerakan Di Wilayah Victoria

Jalan pusat bandar dilaporkan kini kebanyakannya kosong pada hari pertama sejurus pengumuman penutupan selama tujuh hari ketika wilayah Victoria dilaporkan sudah dapat mengekang penyebaran wabak penyakit koronavirus (COVID-19) dari memasuki komuniti di Melbourne, Australia.

Penutupan, yang dikenakan pada 27 Mei setelah wilayah tersebut melaporkan terdapat kes melibatkan Covid-19 pertama yang diperoleh tempatan, dijadualkan berakhir pada Khamis malam iaitu pada 10 Jun ini menurut laporan Reuters.

Wilayah tersebut telah melaporkan enam kes baharu yang diperoleh secara tempatan pada hari Rabu, berbanding sembilan hari sebelumnya, menjadikan jumlah jangkitan dalam wabak terbaru menjadi 60 bagi jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply