Wanita Ludah Penumpang Gara-Gara Diarah Memakai Pelitup Muka

| June 1, 2021 | 0 Comments

Wanita Ludah Penumpang Gara-Gara Diarah Memakai Pelitup Muka | Seorang wanita menimbulkan kekecohan selepas dia dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika menaiki penerbangan pesawat Ryanair dari Ibiza, Sepanyol menuju ke Lapangan Terbang Milan Bergamo, Itali sebelum direman pihak polis, baru-baru ini.

Wanita Ludah Penumpang Gara-Gara Diarah Memakai Pelitup Muka

Wanita berkenaan dilihat menarik rambut seorang penumpang, menendang seorang lagi dan meludah ke arah penumpang lain melalui satu rakaman yang tular di media sosial sebelum dia dilaporkan disingkir daripada pesawat berkenaan.

Kekecohan dikatakan tercerus selepas wanita tersebut diminta oleh penumpang lain untuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial namun sebaliknya berlaku selepas dia meludah ke arah seorang penumpang lain selepas memarahi seorang penumpang yang menegurnya.

Walaupun sudah ditegur oleh anak kapal, dia dilihat berang dan tanpa memikirkan apa-apa terus menarik rambut seorang penumpang lain ketika berada di dalam pesawat terbabit.

Di penghujung rakaman terbabit, wanita tersebut dilihat telah dibawa keluar pesawat sebelum dia bertindak menendang seorang penumpang lain.

Rynair dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa kru anak kapal penerbangan dari Ibiza ke Milan Bergama pada 26 Mei lepas telah meminta bantuan pihak polis sebaik mendarat sejurus seorang penumpang mencetus kekecohan semasa di udara.

Jelasnya, pesawat berkenaan mendarat seperti biasa dan pihak polis menahan wanita berkenaan di Lapangan Terbang Milan Bergamo serta perkara telah diserahkan kepada polis buat masa ini.

Berikutan kejadian berkenaan, wanita yang melakukan keganasan terbabit meluahkan perasaan tidak puas hati di akaun media sosial Instagram miliknya serta memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang berkongsi video insiden berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *