Seorang Warga Emas Tiba-Tiba Rebah Dalam Restoran. | KOTA KINABALU: Suasana di sebuah restoran menjadi cemas seketika apabila seorang pelanggan warga emas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di pusat komersil Plaza 333, di Penampang pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, lelaki berusia 67 tahun yang berbangsa Cina berkenaan didapati rebah lalu tidak sedarkan diri di restoran berkenaan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Beliau berkata, siasatan awal dan keterangan daripada anak mangsa yang berada di lokasi memaklumkan mangsa pernah menjalani rawatan sebagai…
Author: Admin Soleh
Lelaki Ditahan Lepas Lakukan Perbuatan ‘Tak Senonoh’ Terhadap Kambing Betina. | PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dipercayai melakukan perbuatan di luar tabii terhadap seekor kambing betina sehingga mati dalam kejadian di Serendah di sini semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang apabila pemilik kambing berusia 45 tahun terdengar bunyi lain mengembek dari kandangnya yang terletak di belakang rumah. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat pemilik kambing kir-kira pukul 6 petang semalam. Katanya, ketika kejadian, lelaki itu mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan yang dikenali dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah…
Seorang Gadis Dibelasah Sampai Mati Oleh Ahli Keluarganya. | UTTAR PRADESH, INDIA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari negeri Uttar Pradesh, India dibelasah hingga mati oleh ahli keluarga gara-gara memakai seluar jeans ketika menghadiri upacara keagamaan, lapor akhbar The Sun, semalam. Tidak cukup dengan itu, mayatnya digantung di sebuah jambatan sebagai tayangan kepada umum. Mangsa, Neha Paswan, 17, dipukul dengan tongkat oleh datuk dan bapa saudaranya selepas bertengkar mengenai cara pemakaian gadis itu. Menurut ibunya, Shakuntala Devi Paswan, Neha sebelum itu berpuasa di waktu siang dalam satu amalan keagamaan. “Pada waktu malam, dia memakai seluar jeans beserta baju…
Ibu Sempat Pesan Kepada Anaknya Supaya Pergi Rumah Anak Yatim. | BANGKOK – Seorang ibu tunggal di Thailand yang dijangkiti Covid-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin. Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas Covid-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif Covid-19, dua anaknya juga turut dijangkiti. Media tempatan melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan. Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan…
Seorang Lelaki Mahu Jual Darah Dan Buah Pinggang. | JAKARTA – Seorang lelaki dari Jogjakarta, Indonesia meraih simpati netizen selepas gambar sepanduk menyatakan kesanggupannya menjual buah pinggang dan darah untuk mendapatkan sedikit wang, tular di laman Twitter semalam. Menurut portal Suara.com, lelaki dikenali sebagai Yitno itu berkata Perintah Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) darurat akibat Covid-19 telah menjejaskan pendapatannya. Justeru, dia sanggup menjual sebelah buah pinggang dan darahnya buat mereka yang memerlukan atau mahu membelinya. “Sanggup menjual darah dan sebelah buah pinggang bagi mereka yang memerlukan. Sila hubungi Pak Yitno di talian tertera,” tulis sepanduk itu. Menurut keterangan gambar di twitter,…
Seorang Pesakit Covid-19 Meninggal Dunia Di Rumah. |TANGKAK: Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kematian lelaki itu, Zuraimi Abd. Aziz, 51, disedari oleh anak saudaranya apabila menemukan mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan ke kediaman itu. “Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini juga belum disentuh, justeru dia menjenguk dari tingkap untuk melihat keadaan mangsa sebelum mendapati bapa saudaranya itu hanya terbaring…
Mayat Lelaki Pakai Gelang Putih Ditemui Terapung Di Sungai. | KUALA TERENGGANU – Mayat seorang lelaki memakai gelang putih ditemukan terapung di Sungai Terengganu dekat Kampung Banggol Cempedak di sini, pada Isnin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat dipercayai lelaki dewasa itu berada pada kedudukan 50 meter dari kawasan darat ketika dijumpai. Katanya, pihak bomba mengerahkan enam anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 2.37 petang. “Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat gelang putih…
Seorang Bayi Meninggal Dunia Lepas Sejam Dilahirkan Kerana Covid-19. | SHAH ALAM – Seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas sejam dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Nur Firdina Anggun yang berusia 24 minggu itu dilahirkan ketika ibunya, Nur Fazwatina Md Haruji, 31, masih dalam tempoh kuarantin kerana positif Covid-19. Bapa mangsa, Nur Firdaus Ab Rahim, 30, berkata, anak bongsu mereka itu menjadi antara korban termuda sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Menurutnya, wabak Covid-19 tidak mengenal mangsa sama ada individu terbabit petugas barisan hadapan atau tidak sebaliknya menyerang manusia dengan kejam. “Sebagai seorang anggota kereta peronda polis…
Hanya Mampu Pandang Van Bawa Jenazah Suami Depan Rumah. | Pemergian insan tersayang sememangnya memberikan kesan cukup mendalam. Kini tiada lagi kedengaran suara dan gelak tawa mereka kerana yang tinggal hanya memori dan air mata sebagai peneman. Barangkali, situasi itu sedang dirasai seorang wanita yang kehilangan suami tercinta dipercayai akibat Covid-19. Seorang pengguna TikTok dikenali @raxxziey berkongsi rakaman video yang menjentik emosi warga maya. Masakan tidak, seperti kita sedia maklum waris pesakit Covid-19 mampu menatap dari jauh dan tidak berpeluang menyentuh dan cium, apatah lagi menguruskan jenazah insan tersayang. Situasi itu dapat dilihat menerusi video berkenaan apabila esak dan tangisan…
Lelaki Meninggal Dunia Hadapan Rumah Disahkan Positif Covid-19. | Sungai Petani: Lelaki yang mengadu sakit dada dan ditemukan meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang, Tikam Batu, di sini, semalam disahkan positif Covid-19. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 55 tahun itu dikenali sebagai Abdul Khani Kassim. Katanya, pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa berusia 64 tahun di Balai Polis Tikam Batu pada 4.50 petang selepas mendapati rakannya meninggal dunia di hadapan rumah. Berikutan itu katanya, anggota polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mendapati jasad lelaki itu berada di atas…
