Seorang Bapa Sanggup Pukul Anak Kandungnya Sampai Mati. |Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu kejadian, si pelaku sedang tidur, secara tiba-tiba dia terjaga dan terus memarahi anaknya itu. Bukan sahaja marah tetapi lelaki ini bertindak memukul dan menolak anaknya ke dinding sehingga jatuh dan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, kakak ipar pelaku…
Author: Admin Soleh
Seorang Lelaki Mahu Sebar Covid-19 Dipukul Penduduk Kampung. | JAKARTA – Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin dengan niat mahu menyebarkan wabak itu kepada penduduk kampungnya, lapor laman Digtara.com. Salamat Sianipar, 45, dikatakan sengaja meludah ke atas tapak tangan untuk menyebarkan Covid-19 kepada penduduk kampung Pardomuan, Silaen, Toba di Sumatera Utara. Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan orang ramai memukul Salamat dengan menggunakan kayu. “Suami saya cuba untuk menyebarkan virus Covid-19 kepada orang ramai jadi dia terpaksa dipukul,” kata isteri Salamat, Risma Sitorus. Pada 21…
Seorang Lelaki Warga Emas Cuba Bunuh Diri Dengan Meminum Racun. | SABAK BERNAM – Tindakan seorang lelaki warga emas meminum racun rumpai di sebuah rumah di taman Sekinchan Jaya di sini berpunca akibat tertekan selepas bercerai dengan isterinya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, motif tersebut diketahui hasil keterangan mangsa yang kini stabil selepas dirawat di Hospital Tanjong Karang ( HTK ). Katanya, lelaki tersebut bercerai pada April, dua tahun lalu sebelum tinggal berasingan dengan isteri serta tiga orang anak. “Berdasarkan siasatan awal, punca penceraian adalah disebabkan masalah rumah tangga. “Selepas tempoh bercerai, lelaki itu…
Seorang Lelaki Cedera Selepas Teksi Dipandunya Meletup. | SEPANG – Seorang lelaki cedera selepas teksi dipandunya meletup dipercayai berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman dan penggunaan pemetik api dalam kejadian di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 3.30 petang mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak. “Siasatan pihak bomba di tempat kejadian mendapati ia berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika itu pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk membakar rokok.…
Video Aksi ‘Backflip’ Seekor Lembu Buat Ramai Terhibur. | Aksi ‘backflip’ yang dipamerkan seekor lembu semasa dibawa menaiki sebuah bot telah menarik perhatian orang ramai tatkala seluruh dunia kini sedang merasai kehangatan Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun. Klip video yang memaparkan aksi akrobatik haiwan tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Amazing Terengganu semalam, namun tarikh sebenar dan lokasi tepat tidak dinyatakan. Menerusi klip video berdurasi lima saat itu, kelihatan seekor lembu dibawa menaiki bot berdekatan sebuah pantai. Bagaimanapun, secara tiba-tiba haiwan itu cuba melepaskan diri dengan membuat aksi akrobatik ‘backflip’ untuk terjun ke dalam laut dan tidak dapat dipastikan…
Ini Luahan Terkini Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Orang SEBAK. | Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew (UEL) di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal itu mengatakan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang telah memfitnah serta menjatuhkannya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, b*b*, b*d*oh, penunggang, dan lain-lain. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah. Ujarnya lagi, dia turut memaafkan kepada sesiapa yang telah menyakitkan hati Allahyarham bapanya, isteri dan anak-anaknya serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkara berkenaan secara langsung mahupun tidak kerana niatnya hanya untuk menjelaskan segala tuduhan…
Seorang Lelaki ‘Live’ Tunjuk Babi Tumpang Tidur Di Rumah. | PETALING JAYA – Tindakan seekor babi hutan menumpang tidur di rumah seorang lelaki mencuit hati pengguna media sosial apabila lelaki itu kelihatan runsing memikirkan bagaimana hendak mengalihkan binatang liar tersebut. Menerusi satu klip video yang tular di laman sosial, lelaki berkenaan dilihat bersiaran secara langsung bersama pengikut media sosialnya sambil membincangkan cara untuk mengalihkan haiwan tersebut selain membuat lawak berkenaan situasi dialaminya. “Apa nak buat ni, macam mana nak alihkan babi ni dari rumah aku? Satu kerja pula nak cari tanah nak sertu kawasan rumah ni. Mungkin dia leka sangat…
Ini Punca Petugas Kesihatan Meninggal Dunia Dan Pengsan Dlm Ambulans. | PORT DICKSON: Tiga petugas Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Chuah dekat sini yang tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Port Dickson dekat sini, disahkan keracunan gas karbon monoksida di dalam ruang kabin ambulans yang dinaiki mereka. Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, gas tersebut dikesan pihaknya dalam pemeriksaan dan ujian secara statik dan perjalanan terhadap ambulans tersebut. Ujar beliau, ujian menggunakan alat pengesanan gas dalam tempoh 10 minit perjalanan menggunakan kenderaan tersebut mendapati bacaan kandungan gas karbon monoksida yang tinggi…
Seorang Petugas Kesihatan Maut Dan 3 Orang Lagi Pengsan Dlm Ambulans. | PORT DICKSON – Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini meninggal dunia manakala tiga lagi didapati pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson dekat sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an. Menurut beliau, bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan berkenaan pada jam 9.30 pagi. “Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan…
Tular Awan Berbentuk Kalimah Allah. | JAKARTA – Satu video yang memaparkan penampakan awan yang membentuk kalimah Allah menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam. Awan tersebut dikesan di langit Situbundo, Jawa Timur semalam. “Petang ini (semalam) satu awan yang menyerupai kalimah Allah kelihatan di langit Situbondo dan menjadi tular di kumpulan media sosial,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video awan itu. Perakam video itu kelihatan berada di pinggir sebatang jalan raya ketika merakam fenomena itu. “Semoga ini petanda baik menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha, segera sembuh Bumiku,” tulis keterangan tambahan pada video itu. Netizen yang menonton…
