Lelaki Ini Nekad Berenang Lepas Tak Dapat Kebenaran Rentas Daerah.| GEORGE TOWN: Hanya kerana mahu bertemu rakan, seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina di sini menuju ke Seberang Perai, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata lelaki berusia 28 tahun itu berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah. Soffian berkata lelaki itu bagaimanapun kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu. “Berdasarkan temu bual yang dijalankan,…
Author: Admin Soleh
Ibu Tak Lepas Pandangan Lihat Jenazah Anak Dikebumi. | Kuala Terengganu: Hati ibu mana yang tidak luluh apabila mendapat perkhabaran anak kandungnya pergi menghadap Ilahi selepas sekian lama tidak bertemu. Lebih memilukan apabila jenazah anaknya itu tidak dapat ditatap dan dikucup buat kali terakhir sebelum dimasukkan ke liang lahad. Meskipun berat untuk menerimanya, Lijah Hitam, 74 tiada pilihan kecuali reda dengan suratan takdir yang anak keempatnya, Ahmad Mukri Aziz, 41 meninggal dunia akibat Covid-19. Kisah Lijah mendapat perhatian netizen selepas video wanita itu menyaksikan proses pengebumian Ahmad Mukri daripada luar pagar tanah perkuburan tular di laman sosial. Video itu dimuat…
Guru Ditemui Meninggal Dunia Atas Sofa Rumah Miliknya. | Alor Gajah: Penantian 20 pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, untuk menjawab soalan Matematik dalam talian tidak menjadi kenyataan selepas guru lelaki yang menyediakan soalan itu ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Ilmu Lendu, hari ini. Pelajar berkenaan dijadualkan menduduki peperiksaan penggal pada jam 10 pagi ini tetapi guru berkenaan tidak memuatnaik soalan, menyebabkan mereka menghubungi guru lain. Sumber berkata, beberapa guru cuba menghubungi telefon bimbit guru berusia 57 tahun itu tetapi tidak dijawab, sebelum beberapa guru rapat dengannya ke kediamannya di sebuah kampung di Lendu, di sini.…
NGERI. Kipas Siling Tiba-Tiba Jatuh Nyaris Timpa Kepala Budak. | Satu video yang memaparkan kipas yang tergantung di siling secara tiba-tiba terjatuh ketika sebuah keluarga sedang makan telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut bermula dengan pemandangan sebuah keluarga yang sedang asyik menjamah makanan bersama di ruang tamu rumah mereka. Kemudian, secara tiba-tiba kipas yang tergantung di kawasan tempat mereka menjamah makanan itu telah terjatuh. Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku namun mujur kipas itu tidak mengenai dan mencederakan kesemua mereka. Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 250 ribu kali. View…
Covid-19. Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih 3 Ibu Hamil Meninggal Dunia. | PETALING JAYA: Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang bersalin di hospital hari ini. Katanya, seramai tiga ibu hamil yang bersalin menggunakan kaedah caesarean telah meninggal dunia akibat Covid-19. “Belum sempat cium anak dan anak belum kenal ibunya,” katanya di akaun Facebook miliknya. Perkara itu disahkan oleh salah seorang netizen, Noreen yang mengakui salah seorangnya merupakan kakak angkatnya. Ia menyentuh hati Ziela Yusoff yang sedang sarat mengandung ketika ini. “Risau bila dengar berita begini doktor..saya pun bersalin juga, masih bekerja…
Bayi Lelaki Meninggal Dunia Akibat Covid-19. ALLAHU. | KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 dan menjadi korban termuda sejak pandemik itu melanda negara. Kisah sedih kematian bayi berusia 38 minggu itu dikongsikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Facebook hari ini. Menerusi perkongsian di media sosial itu, jenazah bayi terbabit dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh dekat sini, malam tadi. Lebih meruntun hati, ibu bayi terbabit kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Ampang, manakala bapa dan lapan lagi anak mereka sedang menjalani kuarantin di rumah. “Ya Allah…sayu…
Seorang Penyanyi Ditembak Mati Ketika ‘Live’ Di Instagramnya. | LOS ANGELES: Penyanyi rap, Indian Red Boy atau nama sebenarnya Zerail Dijon Rivera, ditembak tiga kali di kepala ketika melakukan penggambaran langsung di Instagramnya. Mangsa berumur 21 tahun. Memetik laporan Daily Star, dia disahkan meninggal dunia sebelum polis tiba di lokasi kejadian di bandar Hawthorne, California. Polis mendapati tubuhnya tersandar di tempat duduk keretanya selepas ditembak tiga kali di kepala. Ketika kejadian mangsa sedang bersiaran langsung di Instagram bersama personaliti media personality Kapone apabila serangan itu berlaku. Peminat yang menyaksikan lintas langsung itu boleh mendengar bunyi tembakan maut yang membunuh mangsa.…
Mayat Seorang Lelaki Ditemui Tergantung Di Pohon Rambutan. | JAWA TIMUR: Seorang lelaki ditemukan maut tergantung di sebatang pohon rambutan setinggi tujuh meter, sementara isterinya pula ditemukan tidak bernyawa tanpa pakaian di dalam bilik. Pasangan suami isteri berusia 38 dan 33 tahun itu ditemukan maut selepas mengunjungi rumah orang tua mereka di Kecamatan Gandusari, Meski si suami kelihatan seperti membunuh diri, namun polis tidak menolak kemungkinan ada unsur jenayah. Ini kerana terdapat kesan luka pada mayat suami yang maut terganutng di pohon rambutan setinggi tujuh meter itu. Ketua Desa, Imam Darmawan berkata, kedua-dua mangsa adalah warga Desa Balung Dowo, Kecamatan…
Kanak-Kanak Ditemui Lemas Selepas Terjatuh Dari Beranda Rumah. | Sandakan: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari beranda rumahnya ke dalam laut di kawasan perkampungan atas air di Pulau Bai dekat sini, pagi hari ini. Mangsa, Mohamad Fairul Iman Fairus yang berusia dua tahun itu ditemukan terapung kira-kira satu batu nautika di utara pulau berkenaan pada 6.30 pagi. Pengarah Zon Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Maritime Sub Rescue Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi Carilamat sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 6 petang semalam. Menurutnya, pasukan itu kemudiannya dibahagikan kepada lima sektor…
Petugas Pengurusan Jenazah Mangsa Covid Terbaring Keletihan.| Surabaya: Sejak awal bulan ini, angka korban Covid-19 di Jawa Timur terus melonjak. Dalam tempoh sembilan hari, sebanyak 68 jenazah sudah dikebumikan petugas mengikut protokol Covid-19. Keadaan itu menyebabkan mereka kini mula keletihan kerana bertugas setiap hari. Koordinator pengurusan jenazah Covid-19 Kota Madiun, Yulius Victoria berkata, pihaknya berharap pertambahan anggota kerana kakitangan sedia ada berdepan keletihan. “Kami mengharapkan ada pertambahan anggota untuk menguruskan pengebumian mengikut protokol Covid-19. “Kumpulan petugas yang ada kini sudah keletihan dengan jumlah jenazah yang semakin bertambah,” katanya. Kelmarin, sebanyak 14 jenazah pesakit Covid-19 dikebumikan namun pasukan petugas hanya mampu…
