Lelaki Tikam Isteri Sehingga Mati Sebelum Gantung Diri. |Butterworth: Seorang lelaki menggantung diri selepas menikam isterinya sehingga mati di sebuah rumah di Taman Kimsar, Perai, di sini, petang hari ini. Insiden disedari anak lelaki pasangan suami isteri itu yang berusia 28 tahun apabila menjumpai mayat mereka sebelum menghubungi polis kira-kira 3 petang untuk tindakan selanjutnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, anak lelaki pasangan berkenaan yang tinggal berdekatan pulang ke kediaman terbabit dan terkejut melihat keadaan ibu bapanya yang sudah tidak bernyawa. “Polis kemudian ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan menemui mayat seorang wanita…
Author: Admin Soleh
Seorang Ahli Perniagaan Ditemui Mati Tergantung Dalam Rumah. | PETALING JAYA: Gara-gara syarikat perniagaan mengalami kerugian, seorang ahli perniagaan ditemukan mati tergantung di sebuah rumah di Taman Putra, Ampang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mayat mangsa berusia 58 tahun itu ditemukan oleh isterinya selepas pulang membeli barangan keperluan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa terbabit ditemukan dalam keadaan tergantung di bawah kipas di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah berkenaan. “Ketika kejadian, anak bongsu mereka yang berusia 26 tahun berada di dalam bilik dan tidak menyedari kejadian berlaku. “Siasatan…
Pantang Maut Sebelum Ajal. Pemandu Wanita Hanya Cedera Ringan.| KEPALA BATAS: Berpantang maut sebelum ajal. Itu gambaran tepat buat seorang suri rumah yang hanya mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan meskipun kereta yang dinaikinya remuk teruk. Kemalangan itu berlaku di Jalan Permatang Buloh, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, ketika kejadian kereta jenis Perodua Viva dinaiki mangsa sedang menuju ke Kepala Batas dari arah Jalan Permatang Tiga. Bagaimanapun menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melanggar belakang sebuah lori…
Seorang Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 8 Hospital. |KLUANG: Seorang lelaki berusia 55 tahun bertekad memecahkan tingkap tandas sebelum terjun dari tingkat lapan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, di sini, pada pukul 3.45 petang ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa sebelum itu memberitahu kakitangan bertugas untuk ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya dalam tandas berkenaan. “Polis menerima makluman daripada anggota bertugas pondok hospital menyatakan ada seorang lelaki telah terjun dari tingkap bilik air wad 8B. “Mangsa telah masuk Isnin lalu kerana menghidap masalah ulser usus dan telah menjalani pembedahan pada hari yang sama. “Hari…
Pelanggan Restoran Terkejut Seorang Lelaki Tiba-Tiba Rebah. | PENAMPANG – Pelanggan sebuah restoran di sini gempar apabila dikejutkan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia dalam kejadian di pekan Donggongon semalam. Lelaki berusia 61 tahun tersebut disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 tengah hari oleh petugas perubatan yang tiba sebaik menerima panggilan mengenai kejadian tersebut. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang gelandangan berasal dari Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar. “Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih belum diketahui. “Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota…
Seorang Lelaki Ditemui Mati Tergantung Dalam Bengkel Miliknya. | BAGAN SERAI – Seorang lelaki ditemui tergantung di dalam sebuah bengkel motosikal di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Masjid Tinggi di sini, malam ini. Mangsa, Tan Hock Meng, 60, ditemui isterinya dalam keadaan tergantung dalam bengkel miliknya setelah tidak pulang ke rumah yang terletak di Taman Sinar dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi. Menurut sumber, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya pada minggu ini kepada seorang pembeli dan meminta masa untuk mengemas barang-barang yang terdapat di dalam bengkel tersebut. “Kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia…
KEJAM. Bayi Maut Tulang Rusuk Patah 71 ‘Digoncang’ Ibu Bapanya. | BRISTOL: Seorang bayi lelaki berusia lima minggu maut selepas ‘digoncang’ ibu bapanya sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah 71. Sean Clark yang baru 39 hari dilahirkan ditemukan mati dalam katil bayi di rumah bapanya berhampiran Bristol pada Januari 2018. Dalam sesi perbicaraan, mahkamah dimaklumkan Sean diserang sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya, menyebabkan bayi kecil itu mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan di kepala. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu didakwa dilakukan oleh ibu atau bapanya. Sean dilaporkan mengalami kecederaan serius pada tulang rusuknya pada petang 11 Januari dan bayi itu meninggal dunia…
Isu Kebun Durian Haram. Ini Tindakkan SEBENAR Kerajaan Negeri. | KUANTAN – Tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak berkrompomi dengan mana-mana pihak yang meneroka tanah secara haram di Pahang adalah keputusan tepat dan berpaksikan kepada kedaulatan undang-undang. Exco Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan itu bagi menyelamatkan tanah dan hak kerajaan negeri. Menurutnya, tanah itu harus dikembalikan kerana ia boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat dan Pahang di masa akan datang. “Tindakan ini juga bukan dendam mahupun bersifat rasis, lagi perkauman seperti yang digemburkan oleh mereka yang berniat…
Mungkin Ini Pendapatan Pekebun Haram Musang King Untuk 1 Musim. LUMAYAN!| KUANTAN: Seorang penulis menggunakan nama ‘Rencana Kita’ mendakwa pekebun haram durian Musang King di tanah seluas 101.17 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, dekat sini memperoleh keuntungan RM420 juta untuk satu musim pengeluaran raja buah itu. Kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu menyebut, pekebun terlibat diminta supaya jangan hanya ambil kira soal kerugian yang terpaksa ditanggung ketika ini, tetapi langsung tidak menyentuh keuntungan yang diperoleh selama ini. “Saya ambil contoh, dalam tempoh 10 tahun mereka beroperasi di kawasan itu, berapa keuntungan mereka…
Tular Video Sekumpulan Pekerja Kilang Lari Panjat Pagar. | SHAH ALAM – Sekumpulan pekerja yang tular dikatakan memanjat pagar dari sebuah premis menjalankan perkhidmatan kurier di Seksyen 22 bukan disebabkan operasi penguatkuasaan sebaliknya panik bunyi penggera kebakaran. Kejadian berlaku antara pukul 4.30 hingga 5 petang tadi sebelum tular di laman sosial menerusi satu video berdurasi 56 saat. Berdasarkan video tersebut, perakam berkenaan menyatakan operasi berlaku di kilang berkenaan sehingga menyebabkan pekerja sanggup melompat pagar sebelum mereka melarikan diri kawasan perumahan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan masalah pada penggera kebakaran.…
