Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik. | SRI AMAN: Seorang lelaki ditemui maut manakala isterinya selamat terkena renjatan elektrik di kediaman mereka di Kampung Skim Melugu, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.20 petang. Katanya, setiba di lokasi kejadian, didapati sepasang suami isteri terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia. “Isterinya pula dalam keadaan sedar namun amat lemah…

Read More

Lelaki Maut Dibelasah Oleh Ahli Keluarga Kerana Mabuk. | KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut selepas dipukul ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang Baru Kelanang, Banting di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya menerima maklumat kematian mangsa berusia lingkungan 30-an itu dari Wad Kecemasan Hospital Banting kira-kira jam 10.15 malam ketika sedang menerima rawatan. Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.30 petang ketika mangsa datang ke rumah keluarganya dalam keadaan mabuk. “Mangsa telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarganya serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin…

Read More

Seorang Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri. | Ampang: Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Pandan Ria di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.25 pagi. Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 54 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori dan menghuni tingkat lima blok berkenaan sejak 30 tahun lalu. “Berdasarkan maklumat daripada anak yang berusia 15 tahun, ibunya sudah meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19 pada awal bulan ini. “Mayat lelaki itu…

Read More

Jiran Temui Mayat Pesara Tentera Dalam Perigi. | LARUT – Seorang pesara tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah perigi berhampiran rumahnya di Kampung Relang, Batu Kurau di sini pada Rabu. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, Azman Ahmad, 59, disedari penduduk kampung yang kebetulan terlihat kain pelekat dan kasut milik mangsa berada berhampiran perigi terbabit. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mangsa yang tinggal seorang diri dipercayai telah keluar dari rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada malam Selasa sebelum dijumpai dalam perigi itu. “Polis menerima panggilan telefon daripada orang…

Read More

Mayat Pesakit Covid Terapung Di sungai. | NEW DELHI: Banjir monsun mengakibatkan ratusan mayat dipercayai mangsa Covid-19 dikebumikan di sepanjang Sungai Ganges dilaporkan terapung. Penemuan itu menimbulkan keraguan jumlah kematian akibat Covid-19 di India mungkin melebihi 396,000 kes yang dilaporkan. Lapor Daily Mail, permulaan banjir monsun itu menyebabkan arus deras melalui laluan air sepanjang 2,494 kilometer (km) sekali gus menghanyutkan beberapa mayat yang dikebumikan di kawasan pasir cetek sepanjang tebing sungai itu. Kebanyakan mayat itu yang diselubungi dengan kain dilihat terapung di Sungai Ganges di Phaphamau ghat berhampiran tempat pembakaran mayat di Allahabad, Uttar Pradesh. Menurut pegawai di Allahabad, hampir…

Read More

Adik Ini Hanya Mahu Beras Sebagai Upah. | Bukit Mertajam: Ketika kanak-kanak seusianya lebih gemar bermain permainan video, melayari Internet dan leka dengan gajet elektronik masing-masing, murid tahun lima ini pula mencari keseronokan dengan membantu jiran. Muhammad Anis Zakaria, 11, dari Kampung Bukit Teh, di sini memanfaatkan masa lapangnya dengan kerja berfaedah termasuklah mengecat meja milik jirannya yang dilakukan selepas tamat sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kisahnya tular di media sosial selepas jirannya, Muhammad Faeez Salleh, 30, memuat naik video kanak-kanak itu mengecat dan enggan menerima upah wang tunai, sebaliknya mahukan beras. Disebabkan itu, kata Muhammad Faeez, timbul…

Read More

3 Hari Hanya Makan Biskut. Ibu Tunggal Kibar Bendera Putih. | Kota Bharu: Buntu serta tertekan memaksa seorang ibu tunggal memacakkan bendera putih di hadapan rumah sebagai tanda meminta pertolongan daripada orang sekelilingnya. Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak sedemikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lalu. Rohayah yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras. “Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab…

Read More

Jumpa Bayi Baru Lahir Di Bawah Kolong Rumah. | LAHAD DATU – Suara tangisan bayi dan salakan anjing yang didengar oleh seorang wanita berjaya menyelamatkan nyawa bayi lelaki yang ditemui di bawah kolong sebuah rumah di Kampung Dasar Baru pada malam Selasa. Bayi yang masih mempunyai uri dipercayai baharu sahaja beberapa jam dilahirkan sebelum ditemui pada jam 7.30 malam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, pemilik rumah iaitu seorang wanita tempatan berusia 27 tahun menyatakan terdengar suara bayi dan anjing menyalak dari arah bawah kolong rumahnya. “Wanita itu bersama suami dan abangnya bertindak memeriksa bawah…

Read More

Wanita Ini Pelik Ada Garisan Hitam Di Kuku, Rupa-rupanya Dia Ada Penyakit Bawa Maut!.|Kerana malu selama tiga tahun melihat garis hitam kecil di kuku, Alana Severs membuat keputusan untuk menggunakan pengilat kuku berwarna merah bagi menutupinya. Dia megambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar dan hasil biopsi menunjukkan dia menghidap kanser melanoma iaitu sejenis barah kulit. Pakar bedah di Queen Alexandra Hospital, Portsmouth di England berjaya mengeluarkan tisu barah bersaiz lima milimeter dan kini dia tidak mempunyai kuku. Walaupun tiada kuku, Alana bersyukur kerana tindakannya membuat rawatan awal berhasil apabila kanser tersebut tidak merebak jauh. Alana, berasal dari Portsmouth, Hampshire, berkata…

Read More

Lelaki Ini Kibar Bendera Putih Demi Isteri Dan Anak. | Johor Bahru: “Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” kata Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini. Zulkiflie berkata, dia yang bekerja sendiri sebagai juru kimpal kehilangan hampir separuh punca pendapatan bulanan sepanjang pandemik Covid-19 untuk menyara isteri, Nur Aqeela Atika Mohd Dali, 29 serta anak perempuannya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Putri Nur Zahirah, 9 dan anak lelakinya, Muhammad Putra Riqzi Zilhelmi berusia setahun. Menurutnya, dia…

Read More