3 Beradik Dan Seorang Sepupu Kena Renjatan Elektrik Ketika PdPR. | HULU TERENGGANU: Tiga beradik bersama seorang sepupu yang tekun mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terkena renjatan kilat di Kampung Kuala Por di sini petang semalam. Mangsa ialah Nur Anis Nabihah Mohd. Zammil, 17; Adam Rifqi, 10; dan Muhammad Zafran Rayqal, 7, di samping Nur Salwana Najihah Abdullah, 16. Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu turut membabitkan ibu kepada tiga beradik berkenaan, Suhasniza Sahaimi, 39. Suhasniza berkata, dia yang ketika itu memasak di dapur di bahagian luar rumah tiba-tiba mengalami kekejangan hingga…
Author: Admin Soleh
12 Lelaki Dikompaun Kerana Mandi Pantai Dan Main Sepak Takraw. | Manjung: Dua belas lelaki termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dikompaun kerana melakukan aktiviti rekreasi pantai dan bermain sepak takraw ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di lokasi berasingan, di sini, semalam. Difahamkan, sekumpulan lelaki datang melepak dan mandi-manda di laut pada hujung minggu. Manakala, sekumpulan lagi individu di lokasi berbeza didapati bermain sepak takraw, namun beberapa individu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, 10 lelaki berusia 13 hingga 30 tahun dikompaun kerana melakukan aktiviti rekreasi pantai…
Seorang Pengusaha Restoran Ditemui Mati Gantung Diri. | KEMAMAN – Seorang pengusaha restoran ditemui mati di dalam premis perniagaan miliknya di Kijal di sini semalam. Mayat lelaki berusia 57 tahun berkenaan dijumpai adiknya dalam keadaan menggantung diri pada pukul 12.30 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, adik mangsa kemudiannya telah memaklumkan penemuan mayat abangnya kepada pihak polis. “Pemeriksaan menjumpai satu tangga di sebelah lokasi mayat lelaki itu tergantung. “Siasatan awal menolak sebarang unsur jenayah dan perbuatan si mati dipercayai bermotifkan akibat terlalu tertekan akibat masalah ekonomi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Hanyan berkata, mayat…
Wanita Ini Sebabkan Kemalangan Terburuk Berlaku.| PARIS: Seorang peminat lumba basikal wanita berdepan hukuman penjara hingga setahun selepas menyebabkan kemalangan terburuk dalam sejarah Tour de France yang mana dia kemudian melarikan diri. Pendakwa raya di wilayah Brittany, hari ini, melancarkan siasatan jenayah selepas suspek wanita – yang belum dikenal pasti dan yang sedang melarikan diri – dirakam menyebabkan kemalangan, semalam. Dia tersenyum sambil memegang kadbod di depan kumpulan pelumba dari Brest ke Landeneau pada peringkat pertama perlumbaan terkenal dunia itu. Wanita yang dikatakan berasal dari Jerman itu sedang memandang ke arah kamera televisyen di atas motosikal dengan membelakangi kumpulan pelumba…
Tular Video Pikul Keranda Sejauh 1KM. Buat Ramai TERHARU. | SEREMBAN: Sebuah rakaman video yang memaparkan empat orang kakitangan Kementerian Kesihatan dilengkapi pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang memikul keranda mayat Orang Asli yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 tular sejak dua hari lalu. Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng dekat sini kira-kira pukul 1 petang, kelmarin. Menurut pemilik akaun Facebook ‘Aliff Dal Ro Ya’ atau nama sebenarnya Mohd. Adree Zazalee, 37, dia yang juga merupakan seorang petugas Kementerian Kesihatan, memuat naik video berkenaan bagi memberi mesej kepada orang ramai mengenai bahaya Covid-19. Ia juga menurutnya bagi…
Tular Surat Mohon Rentas Negeri Tangkap Isteri Curang. | PETALING JAYA – Tujuan seorang lelaki untuk merentas negeri dengan meminta izin balai polis berdekatan untuk menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain tular di laman Twitter sejak semalam. Menerusi satu hantaran di akaun Twitter @AimanAfiq_s memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut. Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter. “Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan…
Seorang Lelaki Cabut Atap Rumah Selepas Sah Bercerai. | Jakarta: Seorang lelaki bertindak mencabut atap rumah bekas isterinya sebagai persetujuan pembahagian harta sepencarian selepas disahkan bercerai. Kompas melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Carangrejo, Ponorogo, Jawa Timur apabila isteri bernama Anjar yang menjadi tenaga buruh asing di Hong Kong tiba-tiba meminta cerai dari suaminya, Agus selepas enam bulan di negara orang. Sebaik sahaja disahkan bercerai, mereka berdua menemui kata sepakat mengenai cara hendak membahagikan harta sepencarian sepanjang berkahwin selama 10 tahun. “Mereka bersetuju untuk Agus hanya mengambil kayu yang menjadi atap rumah mereka kerana itu adalah milik orang tuanya. “Kerja mencabut…
Seorang Lelaki Ditemui Mati Dalam Tandas Pusat Serenti. | Bukit Mertajam: Pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menerima rawatan ekoran penyakit kudis buta dihidapnya ditemui mati di dalam tandas Pusat Serenti, di sini, 8.10 malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 36 tahun itu ditemui menggantung dirinya. “Polis menemui sekeping nota yang ditinggalkan pelatih berkenaan yang memohon maaf kepada ahli keluarga dan melahirkan kekecewaan akibat ditinggalkan teman wanitanya sedangkan dia masuk ke pusat berkenaan untuk berubah. “Mengikut rekod pelatih ini mendaftar secara sukarela untuk masuk ke pusat…
Ronaldo Dibaling Cawan Dan Botol Minuman. | BUDAPEST: Pegawai keselamatan terpaksa mengawal Cristiano Ronaldo daripada penceroboh padang selepas seorang penonton membaling botol minuman Coca-Cola ke arah wira Portugal itu. Ronaldo juga dibaling cawan minuman ketika meraikan jaringan penalti keduanya, ketika Portugal terikat 2-2 dengan Perancis yang bakal mempertemukan mereka dengan Belgium di pusingan 16 terbaik Euro 2020. Pegawai keselamatan di sini, kemudian campur tangan bagi meleraikan situasi selepas seorang penonton menceroboh padang ketika Ronaldo terus berwaspada selepas melihat balingan botol ke arahnya. Insiden itu berlaku seminggu selepas penyerang Juventus berkenaan mengalih dua botol Coca-Cola, sebelum sesi sidang media yang mencetuskan…
Seorang Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 10. | SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang mengalami kemurungan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang tinggal di Taman Bayu, Butterworth telah terjun dari pangsapuri itu. “Dia sebelum itu pergi ke pangsapuri berkenaan dengan motosikal dan menaiki lif ke tingkat 10. “Mangsa telah…
