Seorang Wanita Serang Ibu Pejabat Polis Ditembak Mati. | JAKARTA: Seorang wanita bersenjata disyaki pengganas ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan di kawasan Mabes Polri (ibu pejabat polis Indonesia) di Jakarta. Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media malam ini berkata suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira pukul 4.30 petang tadi. “Suspek memasuki melalui pintu masuk belakang (Mabes Polri), kemudiannya melepaskan empat tembakan di satu pos kawalan di Mabes Polri, dan dua das tembakan kepada anggota polis di kawasan berkenaan, anggota polis kemudiannya bertindak menembak suspek, ” katanya yang tidak menyatakan jenis senjata…
Author: Admin Soleh
Lelaki Hilang 3 Hari Akhirnya Ditemui Mati Atas Bumbung. | Klang: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, sebaliknya ditemukan mati berulat di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru di sini, semalam. Mangsa berusia 54 tahun dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu sebelum mayatnya ditemui. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 7 petang semalam. Beliau berkata, mangsa bekerja mengambil upah mengecat di lokasi kejadian sejak seminggu yang lalu. “Siasatan awal mendapati tiada kesan perbuatan jenayah pada tubuh mangsa. “Saksi…
“Sayang, B Nak Naik Sangat”. Mangsa Lemas Hadir Dalam Mimpi Isteri. | HULU TERENGGANU – ‘Sayang, B nak naik sangat, rindu nak jumpa sayang, tolonglah B’. Itu antara kata-kata mangsa lemas ketika hadir dalam mimpi isterinya. Syarifah Ramlee, 19, berkata, dia mimpikan suaminya, Ami Azzizol Abu Bakri, 22, ketika terlelap di atas rumah rakit di lokasi kejadian pada jam 2 pagi. Menurutnya, selepas tersedar dia dimaklumkan suaminya sudah ditemui. Dia yang baharu seminggu berkahwin dengan suaminya itu berkata, dalam mimpinya itu suaminya bersungguh-sungguh memanggilnya memberitahu yang dia hendak naik dan mungkin itu salah satu petanda dia akan dijumpai. “Sebaik tersedar…
Mayat Lelaki ‘Berkain Kapan’ Ditemukan Tepi Jalan. | KUALA KANGSAR – Mayat lelaki dalam keadaan berbungkus ‘kain kapan’ dan kanvas plastik ditemukan di tepi jalan di Kilometer 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Lubok Merbau di sini hari ini. Mayat berbalut kain berwarna putih dan selimut bercorak kartun itu ditemui orang awam di jalan menghala ke Kuala Kangsar kira-kira pukul 10.15 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, anggotanya yang tiba ke lokasi sejurus menerima maklumat mendapati terdapat mayat seorang lelaki dibalut dengan kain dan kanvas. “Mangsa dipercayai warga tempatan…
Polis Dedahkan Pengantin Baru Pengebom Gereja. | JAKARTA: Polis Indonesia melakukan serbuan di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan pengganas di Condet, Jakarta Timur dan Bekasi, Jawa Barat, pada Isnin, susulan kes letupan di Gereja Katedral Makassar pada Ahad. Portal berita Kompas TV melaporkan, Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Fadil Imran mengesahkan operasi tersebut. Sementara itu Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, Argo Yuwono mendedahkan, dua pengebom bunuh diri yang maut di pintu gerbang gereja itu merupakan pasangan suami isteri. “Pelaku serangan adalah pasangan suami isteri yang baru menikah enam bulan,” kata Argo dalam keterangannya turut mendedahkan…
Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan Berlangsung. | Hari bahagia seorang gadis bertukar tragedi apabila rumah keluarganya terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung. Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di kediaman terbabit di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, dekat sini, hari ini. Saksi kejadian, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, kejadian berlaku jam 1.20 petang manakala majlis berkenaan dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang. “Kebetulan saya hadir ke rumah berkenaan untuk bertugas sebagai jurugambar majlis pertunangan itu dan saya lihat sendiri api marak membakar rumah berkenaan begitu cepat. “Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga berkenaan…
Video Detik-Detik Bom Meletup Di Hadapan Gereja. | JAKARTA – Satu ledakan bom dilaporkan meletup di hadapan sebuah gereja di Sulawesi Selatan pagi ini, lapor laman berita Detik News hari ini. Kejadian pada pukul 10.28 pagi waktu tempatan yang berlaku di jalan berdekatan Gereja Katedral Makassar itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati. Beberapa penduduk awam dilaporkan mengalami kecederaan namun tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan setakat ini. Menurut paderi gereja tersebut, Romo Wilhelmus Tulak, pengebom berkenaan cuba untuk memasuki gereja namun tidak berjaya. “Seorang pengawal keselamatan terlihat seorang lelaki mencurigakan berdiri di hadapan pintu gereja dan berusaha untuk memasuki gereja.…
Wanita Cuba Terjun Bangunan Diselamatkan Bomba. | Melaka: “Ketika itu cuma risau jika betul dia nekad untuk terjun dan bimbang perkara tidak elok berlaku saya terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.” Begitulah kata-kata saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Nadia, 31, menceritakan detik cemas wanita cuba terjun dari pangsapuri di Pertam Jaya, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, wanita berusia 29 tahun yang juga penghuni pangsapuri berkenaan dikatakan cuba terjun dengan berdiri di luar balkoni unit kediamannya di tingkat enam. Nadia yang juga penghuni di pangsapuri berkenaan berkata, dia yang ketika itu berada…
Lelaki Ngadu Sakit Perut Lepas Ke Hospital Ini Yg Dijumpai. NGERI! | ISAAN – Seorang lelaki di Thailand mengalami kejutan seumur hidup apabila diberitahu oleh pihak hospital bahawa di dalam ususnya terdapat seekor cacing pita sepanjang kira-kira 18 meter. Menerusi Daily Mail, pesakit berusia 67 tahun itu mengalami sakit perut bergegas ke hospital di Wilayah Nong Khai, di sini. Menurut doktor Schawanya Rattanapitoon, cacing pita atau nama saintifiknya Taenia saginata iaitu 18 meter adalah terpanjang pernah dilihat dalam tempoh 50 tahun di Thailand. “Jangkitan ini dipercayai dari daging lembu mentah yang mengandungi telur cacing pita. Parasit ini boleh hidup dalam…
Video Viral. Ini Punca Sebenar Pergaduhan Di Kedai Makan. | Teluk Intan: Polis sudah mengambil keterangan pihak yang terbabit dalam pertengkaran di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong, di sini, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 27 tahun pada 9.53 malam kelmarin. Viral Warga Emas, Wanita Bergaduh Di Kedai Mamak . ADA VIDEO “Wanita itu membuat laporan akibat perselisihan faham dengan seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan. “Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti. Polis sudah…
