Wanita Upah Pembunuh Untuk Membunuh Ibu Mentuanya. | Seorang wanita dilaporkan telah mengaku bersalah pada Khamis lalu kerana mengupah seseorang untuk membunuh ibu mentuanya. Menurut New York Post, ia dilakukan sebagai sebahagian rancangannya untuk berbaik dengan bekas suaminya. Wanita berusia 25 tahun dari Stesen Huntington, mengaku bersalah atas satu tuduhan konspirasi peringkat kedua dan boleh dihukum penjara selama dua hingga enam tahun. “Ini adalah kes yang mengejutkan dan ‘mengganggu’, niat tertuduh sangat jelas, dia ingin orang ini dibunuh dan dia bersedia membayar orang upahan tersebut, ” kata Peguan Daerah Suffolk County, Timothy Sini. Bukan ibu mentuanya saja yang ingin ‘dihapuskan’…
Author: Admin Soleh
Wanita Cuba Mengandung Tapi Tak Ada Rezeki. Terkejut Doktor Beritahu Dia Adalah Lelaki. | Seorang wanita berusia 25 tahun di timur China yang gagal hamil setelah 12 bulan mencuba terkejut apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki dan bersifat interseks. Interseks merupakan individu yang mempunyai kedua-dua sifat kelelakian dan keperempuanan sama ada dari segi fizikal atau perasaan. Menurut Asia One, wanita itu yang luarannya mempunyai alat kelamin wanita tidak pernah mempersoalkan dan memeriksa keadaannya sehingga selepas pergelangan kakinya cedera dan pergi mendapatkan rawatan di hospital. Melakukan imbasan X-ray, ia mendedahkan bahawa tulangnya tidak berkembang sejak remaja, pemeriksaan doktor itu…
Wanita Terjun Daripada Teksi Yg Sedang Bergerak. ADA VIDEO. | PETALING JAYA- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di laman media sosial yang memaparkan seorang wanita terjun daripada teksi yang sedang bergerak. Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian itu dan sedang dalam proses penyiasatan. “Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields sedang siasat selepas laporan dibuat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi. Terdahulu, video berdurasi seminit itu tular di laman media sosial apabila seorang wanita merupakan penumpang teksi bertindak terjun daripada kenderaan terbabit. Kejadian itu yang dipercayai berlaku di hadapan…
Gambar Tular. Ini Penjelasan Pihak Polis. | LAHAD DATU: Tiada kompaun RM10,000 dikenakan terhadap sembilan pengemis wanita Palauh sebaliknya hanya siasatan dilakukan, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad. Beliau berkata, kertas siasatan dibuka berhubung tangkapan terhadap sekumpulan wanita Palauh pada Sabtu lalu. “Tiada kompaun dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu kepada sembilan wanita Palauh sehingga kini. “Kertas siasatan dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No 3) 2021 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen…
Dibekalkan Makanan Daging Babi. Ini Penjelasan Polis. | Ipoh: Polis belum menerima laporan berhubung dakwaan individu menerima hidangan mengandungi daging babi ketika menjalani kuarantin Covid-19 di sebuah hotel, di sini, seperti tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya sedia maklum dengan perkara yang ditularkan itu dan bertindak menjalankan siasatan. “Hasil siasatan mendapati berlaku kekeliruan dan salah faham, ia menjadi punca apabila pengadu seorang ‘vegetarian’ dibekalkan makanan (mengandungi daging babi) berkenaan. “Atas dasar prihatin kerana ditakuti diterima individu Islam, pihak hotel melantik dua katerer berasingan untuk makanan orang Islam dan bukan Islam…
Gambar Ini Jadi Tular. Akhirnya Lelaki Ini Ke Balai Polis. | KLUANG – Polis menafikan berhubung dakwaan seorang anggota Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang membuat kerja sampingan sebagai penghantar makanan sehingga sekeping gambar tular di laman sosial Facebook. Menerusi gambar yang diviralkan tersebut, penghantar makanan terbabit dilihat memakai seluar sukan mempunyai corak seolah-olah pakaian seragam polis trafik. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, lelaki tersebut hadir ke IPD dan mengesahkan bahawa dirinya merupakan individu seperti yang disebarkan oleh seorang pengguna yang tidak bertanggungjawab. “Pada 10 Mac 2021, polis IPD Kluang telah menerima laporan berhubung…
Tak Suka Dengan Soalan Wartawan. Ini Tindakkan PM Thailand. | BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga pada Selasa apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu menjawab soalan yang tidak disukainya. Media tempatan melaporkan, Prayuth kecewa apabila ditanya tentang senarai calon yang berpotensi untuk menisi jawatan Kabinet negara itu, susulan tindakan memenjarakan tiga daripada menterinya kerana terlibat dalam protes menentang kerajaan tujuh tahun lalu. “Tak ada perkara lainkah hendak ditanya?” ujar Prayuth semasa di podium. “Saya tidak tahu, saya belum melihatnya (senarai nama). Bukankah…
Seorang Tahanan Ditemui Mati Tergantung Dalam Lokap. | Kuala Lumpur: Seorang tahanan lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung dengan baju tahanan di jeriji besi pintu sel lokap Balai Polis Cheras, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian itu disedari oleh petugas di lokap berkenaan pada 12.30 tengah hari. “Petugas itu mendapati seorang tahanan lelaki berusia 54 tahun berkenaan tergantung di jeriji besi pintu sel lokap menggunakan baju tahanan yang dibekalkan. “Kejadian itu disedari petugas lokap ketika proses membawa keluar tahanan lain di sel lokap bersebelahan untuk proses siasatan kes lain. “Ketika…
Pemandu Lori Dikepung Dan Dipukul Orang Kampung. ADA VIDEO. | Kuala Langat: Pemandu lori cedera dipercayai dipukul orang awam ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, dekat sini, petang semalam. Lelaki berusia 53 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan serta tangan dan kaki. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, lelaki berkenaan dipukul selepas melanggar sebuah motosikal dan cuba melarikan diri. “Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berusia 21 tahun yang sedang bergerak dari arah…
Lelaki Hilang Di Hospital. Akhirnya Mayatnya Ditemui. | Gombak: Mayat lelaki Orang Asli yang hilang ketika menerima rawatan di Hospital Selayang sejak 1 Mac lalu ditemukan tersangkut pada paip di tingkat enam hospital itu, malam tadi Mayat L Angah, 79, ditemukan pihak hospital sebelum menghubungi ahli keluarganya jam 11 malam memaklumkan kejadian itu. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan hospital dan tersangkut pada paip di tingkat enam. Menantunya, Salhamzurie Hamzah, 39, berkata, bapa mentuanya dihantar ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) pada 27 Februari lalu selepas muntah ketika makan dan badan panas. Menurutnya, pihak HOAG pada mulanya mengesyaki bapa…
