Lelaki Gali Kubur Isteri Sebab Rindu. ADA VIDEO. | Sudah pasti jika kita kehilangan seseorang yang kita sayangi dan cintai, perasaan rindu itu datang dalam diri kita. Apatah lagi jika seseorang itu telah meninggal dunia. Sudah pasti kenangan-kenangan manis dan indah itu teringat kembali dalam fikiran kita. Ini yang terjadi kepada seorang lelaki di Indonesia, dia bertindak menggali semula kubur isterinya kerana terlalu merindui dan tidak dapat melupakan arwah isterinya. JAKARTA – Seorang lelaki di Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah meninggal dunia, lapor portal Suara.com kelmarin. Klip…
Author: Admin Soleh
Kerana Sering Bazir Air. Seorang Lelaki Terbunuh Ditetak. | Kinabatangan: Hanya kerana masalah bekalan air, dua rakan serumah bergaduh sehingga seorang daripada mereka terbunuh di Ladang Malangking, dekat sini, kelmarin. Kejadian 5.30 petang itu dilaporkan membabitkan dua pekerja ladang berusia dalam lingkungan 30-an. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, dua lelaki itu bergaduh dalam rumah pekerja di ladang berkenaan. Menurutnya, mangsa ditetak oleh suspek di bahagian pinggang menggunakan sebilah parang sehingga parah. “Beberapa penduduk sekitar menyedari kejadian selepas mangsa berlari keluar daripada rumah dalam keadaan berlumuran darah. “Ada saksi melihat suspek melarikan diri dari pintu belakang rumah, namun…
Imam Meninggal Dunia Ketika Hendak Sujud. ADA VIDEO. |Setiap Muslim pasti mendoakan agar pengakhiran hidupnya (mati) seperti yang diimpikan iaitu mati dalam keadaan “Husnul Khatimah. Apatah lagi jika Allh mengambil nyawa kita ketika kita sedang bersujud padanya. Kematian yang dicemburui, seorang imam masjid di Thailand dipercayai telah meninggal dunia ketika mengimamkan solat di masjid di Nakhon Si Thammarat. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ustaz Hanafi di Facebook, imam tersebut dilihat rebah ketika mengimamkan solat Jumaat pada 19 Mac lalu. Pemergian imam itu juga dikongsikan menerusi Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Nakhon Si Thammarat. Menurut kiriman tersebut, Allahyarham yang dikenali sebagai…
Kanak-Kanak Maut Ditinggal Dlm Kereta. Ini Keputusan Hasil Bedah Siasat. | Alor Setar: Kanak-kanak tiga tahun yang meninggal dunia dalam kereta, kelmarin disahkan mengalami strok haba akibat cuaca panas melampau dan kenderaan tiada pengudaraan. Meninggal Dunia Lepas 4 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam. Katanya, pakar menemukan ciri strok haba pada mangsa, namun pihak hospital mengambil beberapa sampel untuk dianalisis lebih lanjut di makmal. “Ketika ditemui pada jam 12.15 tengahari kelmarin, mangsa masih hidup…
Bayi 5 Bulan Mati Kesejukan Selepas Ditinggalkan Ibunya. | Seorang bayi lelaki yang baru berusi lima bulan mati disebabkan cuaca sejuk. Bayi berkenaan ditinggalkan oleh ibunya di rumah. Baca selanjutnya. Kiev: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut akibat kesejukan selepas ditinggalkan ibunya yang pergi mewarnakan rambut. Dalam kejadian di bandar Kamianka-Dniprovska itu, Yulia, 28, meninggalkan bayinya di rumah ketika suhu persekitaran -4 darjah Celsius. The Sun melaporkan dia pulang ke rumah beberapa jam selepas itu dan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi ambulans. Pasukan perubatan yang memeriksa bayi itu membuat kesimpulan bahawa mangsa meninggal beberapa jam sebelumnya. Mereka…
Kebakaran Di Pasar Besar Datuk Keramat. ADA VIDEO. | Kuala Lumpur: Orang ramai dan peniaga sekitar Pasar Datuk Keramat di sini, gempar apabila pasar berusia lebih 50 tahun itu terbakar mendadak tadi. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang, lebih 40 gerai terletak di dalam kawasan pasar besar itu musnah dijilat api. Jurucakap bomba berkata, jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP KLCC, BBP Hang Tuah dan BBP Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. Difahamkan majoriti peniaga di kawasan Pasar Datuk Keramat adalah dikalangan Bumiputera yang menjual barang basah, makanan, pakaian…
Meninggal Dunia Lepas 4 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta. | SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa. Ibu mangsa, Nor Azira Abd Halim, 36, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsu dua beradik itu ketika sedang bekerja. Menurutnya, mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi telah mengikuti pembelajaran di tadika terbabit sejak tahun lalu dan dijemput kakitangan tadika di rumah yang terletak berdekatan pada jam 7.45 pagi hari kejadian. “Sebelum keluar bekerja lepas Subuh semalam,…
Sewa Helikopter Untuk Tabur Duit RM52k Dari Udara. | Biasanya sesuatu majlis perkahwinan itu pasti diwarnai dengan pelbagai acara menarik, antaranya persembahan silat, tarian tradisional, pertunjukan bunga api dan banyak lagi. Semua acara itu bertujuan adalah untuk memeriahkan lagi suasana majlis yang sering diungkap dalam budaya masyarakat Melayu sebagai ‘majlis raja sehari’. Namun apa yang berlaku di Pakistan ini memang sesuatu yang sangat tidak diduga, malah jauh tidak terfikir dek akal kita semua. Sewa helikopter, tabur duit dari udara Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan sebuah helikopter yang berlegar dalam satu majlis perkahwinan di sana. Memetik laporan,…
Ditegur Selalu Main ‘Game’. Remaja Perempuan Cuba Terjun Jambatan. |Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa. Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke lokasi. Katanya, ketika pasukan tiba, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan anggota cuba…
MENYERAMKAN. Langit Beijing Bertukar Warna Oren. ADA VIDEO. | Ribut pasir dilaporkan telah membuatkan langit di Beijing bertukar menjadi warna oren yang kelihatan sangat ‘menakutkan’. Menurut The Guardian, keadaan itu juga diburukkan dengan pencemaran udara yang sememangnya berlaku di negeri itu. Indeks kualiti udara mencatatkan penilaian berbahaya iaitu 999 pada Isnin. Pihak berkuasa meteorologi China mengeluarkan tahap amaran tertinggi kedua sejurus sebelum 7.30 pagi sehingga tengah hari. Amaran yang lebih luas bagi pasir dan debu yang bertiup dari kawasan gurun barat pula berlanjut sehingga Selasa pagi. Ketika realtime air quality index (AQI) Beijing menunjukkan bacaan sebanyak 999, Tokyo pula mencatatkan…
