Kanak-Kanak 2 Tahun Lemas Dalam Baldi Rumah Pengasuh. | Georgetown: Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini, hari ini. Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Sophia Fatehah Wan Farhan Danial berusia dua tahun. Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia bergegas dari Taiping ke Pulau Pinang selepas menerima panggilan daripada anak lelakinya berhubung kejadian. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dibedah siasat. “Cucu saya memang sudah lama dijaga pengasuh berkenaan dan sudah tentu kami masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP hari ini. Difahamkan, Sophia…
Author: Admin Soleh
Atu Zero Rebah Selepas Selesai Solat. Ini Puncanya. | Pelawak Atu daripada kumpulan Zero yang tiba-tiba rebah selepas menunaikan solat Isyak di kediamannya di Puncak Alam, Selangor dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada malam, Isnin. Isterinya, Shafeeqa Johari, berkata, keadaan cuaca yang panas menjadi punca Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, 29, terkena strok haba. “Lepas solat Isyak ketika dia dah bagi salam, dia terus terduduk lama, saya ingatkan dia penat sangat sebab sehari suntuk sebelum tu dia ada shooting drama. Saya ingatkan dia nak tidur tapi tiba-tiba dia rebah pitam di depan saya. “Saya…
Gadis Meninggal Dunia Dalam Tidur. Sempat ‘iron’ Baju Tunang. | Rezeki, jodoh dan ajal itu semua Allah tentukan. Tular di media sosial tentang kisah seorang gadis yang meninggal dunia di hari pertunangannya. Sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah dan doakan arwah. Baca selanjutnya. Siapa sangka, hari bahagia seorang gadis Izyan Qurratu Aini untuk mengikat tali pertunangan berakhir dengan ajal selepas menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pahang, semalam. Kisah arwah yang berusia 23 tahun itu dikongsi seorang sahabatnya, Anis Nafisa di laman Instagram dengan memuat naik beberapa video sepanjang proses pengebumian Allahyarhamah. Allah sebaik2 perancang View this post on Instagram…
Buka Sempadan Antarabangsa Dan Rentas Negeri Jika…. | Kuala Lumpur: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengharungi cabaran 2020 dan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada sektor kesihatan serta ekonomi negara. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak yang dipelajari dalam tempoh setahun itu dan kerajaan bertekad untuk memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada tahun ini demi kesejahteraan rakyat. Menurutnya, kerajaan akan menggubal strategi mengawal penularan Covid-19 berdasarkan data diperoleh dan akan mengambil pendekatan lebih bersasar dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat di lokasi kluster jangkitan. Pada masa sama, beliau berkata, aktiviti ekonomi akan terus dibuka…
Sekumpulan Lelaki ‘Mengamuk’ Gara-Gara Tak Dapat Pesan Makanan. | Sekumpulan lelaki didapati ‘mengamuk’ di sebuah kedai makan. Mereka membaling kerusi dan meja milik premis berkenaan dalam kejadia tersebut. Baca selanjutnya. Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan di sini, semalam, dengan membaling kerusi dan meja. Tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk itu tular di media sosial hari ini. Berdasarkan video yang ditularkan, beberapa lelaki dilihat membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan. Kumpulan itu juga dilihat seakan-akan bergaduh dipercayai dengan pekerja restoran itu. Difahamkan, kejadian berlaku akibat kumpulan itu tidak berpuas hati kerana gagal…
Seorang Budak Lelaki Maut Gara-Gara Ketagih Permainan Online. | Kita dapat lihat zaman moden ini ramai yang asyik memegang telefon pintar tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. Ada yang sibuk dengan media sosial dan ada yang ketagih permainan online. Ini yang terjadi kepada seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun. Dia meninggal dunia gara-gara ketagih bermain permainan secara talian sehingga mengakibatkan kepalanya selalu sakit. Baca selanjutnya. JAKARTA: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Kampung Salam Jaya, Subang, Jawa Barat meninggal dunia akibat mengalami ketagihan melampau bermain permainan video secara dalam talian (online game). Lapor Tribunnews, sebelum meninggal dunia, kanak-kanak lelaki yang…
Video Lelaki Solat Atas Jalan Raya Jadi Tular. | PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki mengerjakan ‘solat’ di atas jalan raya telah menjadi bualan netizen selepas klip video itu tular di laman sosial sejak tengah hari tadi. Klip video berdurasi 32 saat itu telah dimuat naik di laman Facebook, Info Roadblok JPJ/ Polis itu telah ditonton lebih 17,000 kali dan dikongsi lebih 60 orang pengguna sehingga pukul 4 petang tadi. Difahamkan kejadian itu berlaku di bawah jejambat jalan raya berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam. Menerusi klip video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunaikan solat di bawah jejambat…
Sehari Selepas Disuntik Vaksin. Ini Yg Mereka Rasai. Alhamdulillah! |Mesti ada yang tertanya-tanya, bagaimana keadaan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin semalam.Mungkin ada yang ingin tahu tentang kesan dan keadaan badan selepas menerima vaksin itu. Baca selanjutnya. Putrajaya: “Alhamdulillah, saya sihat dan tiada sebarang kesan sampingan atau alahan yang diterima selepas mendapat suntikan vaksin semalam,” kata Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin. Dia adalah antara petugas barisan hadapan yang terawal menerima suntikan vaksin ketika Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), di PKD Putrajaya Presint 11, semalam. Khairul berkata, disebabkan tiada sebarang kesan sampingan…
Pertikai Warna Jarum Tak Sama. Ini Penjelasan KKM. | Putrajaya: Penggunaan dua jarum berbeza ketika pemberian vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi perbahasan dalam media sosial sejak semalam. Malah, ada pihak yang seolah-olah mempersoalkan adakah benar vaksin yang disuntik kepada Muhyiddin pada Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu penjelasan ringkas hari ini berkata, penggunaan dua jenis jarum itu berikutan ia mempunyai saiz berbeza untuk fungsi berlainan. Kenyataan itu menyebut, jarum yang digunakan untuk menyedut cecair vaksin dari bebuli (berwarna biru) bersaiz besar untuk memastikan pengambilan yang lancar. “Saiz jarum yang…
“Hati saya resah…” Ini Luahan Sayu Adik Muhammad Haikal Iskandar. | Semalam tular gambar-gambar seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan SPM telah kehilangan ayahnya ketika dia sedang menjalani peperiksaan. Ambulans hospital turut membawa jenazah ayahnya ke sekolah untuk memberi peluang kepada beliau untuk melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Ini luahan Muhammad Haikal Iskandar . Baca selanjutnya. Kuala Kangsar: “Saya masuk 20 minit lewat ke dalam dewan peperiksaan selepas ‘bertemu’ arwah ayah, fikiran saya agak terganggu tetapi saya cuba memberi tumpuan untuk menjawab kertas Sejarah,” kata Muhammad Haikal Iskandar Zambry, 18. Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah…
