Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Jenazah Terkeluar Dari Liang Lahad Dan Jatuh Dalam Sungai. | Insiden tanah runtuh ini terjadi di sebuah kampung. Kejadian ini berlaku pada tapak perkuburan, akibat kejadian itu, ada jenazah yang terkeluar dari liang lahad dan ada yang terjatuh dalam sungai. Baca selanjutnya. JAKARTA: Insiden tanah runtuh berlaku di sebuah tanah perkuburan di Dusun Bendungan di Desa Klodran, daerah Karanganyar sehingga menyebabkan ada jenazah yang masih berkain kafan terkeluar dari liang lahad. Lapor Tribunnews, ada sejumlah jenazah turut jatuh ke dalam sungai dan tersangkut celah runtuhan tanah. Sehingga kini, sebanyak 10 jenazah hanyut ke sungai dan 25 kubur yang tidak terjejas…

Read More

Seorang Lelaki Ditemui Tidak Bernyawa Ditindih Motosikal. | Parit Buntar: Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan ditindih motosikalnya selepas dipercayai terbabas ke dalam parit di Parit Haji Tahir, Batu 5 di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Mohammad Irwan Syafiq Mazlan, 24, ditemukan oleh penduduk kampung pada 12.37 tengah hari. Menurutnya, mangsa kemudiannya diangkat dan dibawa oleh orang awam ke tepi jalan. “Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Ego yang ditunggang mangsa dipercayai dari arah Parit Haji Tahir menghala Pekan Batu 5 dipercayai hilang kawalan dan terbabas. “Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk…

Read More

Ubah Suai Ekzos. Ini Hukuman Bagi Pesalah Yg Ditetapkan. | Kuala Lumpur: Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan. “Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik. “Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah…

Read More

Pekerja Ladang Sawit Jumpa Sesuatu Dalam Tong Ketika Sedang Kerja. | Nibong Tebal: Mayat lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan sudah mereput ditemukan dalam sebuah tong di ladang kelapa sawit dekat Tiga Kongsi Simpang Ampat, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada tukang kebun berusia 46 tahun pada 10.40 pagi tadi. “Tukang kebun itu memaklumkan kepada polis bahawa pekerjanya yang pergi membuat kerja pemotongan sawit pada 6 petang semalam terhidu bau busuk dalam sebuah tong berwarna biru. “Pekerjanya kemudian menghubunginya pada 9.03 malam dan pagi…

Read More

Tergamak Tinggalkan Emak Berkerusi Roda Di Tepi Jalan. | Seorang Emak boleh menjaga anaknya tetapi anak belum tentu lagi boleh menjaga emaknya. Ini yang terjadi kepada seorang emak, apabila ditinggalkan oleh keluarga di tepi jalan. Seorang wanita warga emas ditemui di tepi jalan dengan berkerusi roda kerana sebelah kakinya kudung. Baca selanjutnya. Shah Alam: Wanita warga emas yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan ahli keluarga. Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung warga emas ditinggalkan di tepi jalan…

Read More

Gambar Viral Lelaki Dalam But Kereta. Ini Cerita Sebenar.| Terdahulu, viral di media sosial hari ini apabila beberapa gambar seorang lelaki yang dipercayai bersembunyi di dalam but kereta untuk merentas daerah. BUTTERWORTH: Tindakan seorang wanita yang mahu merentas daerah dengan menyembunyikan anak tirinya dalam but kereta kerana lebih dua individu dalam kenderaan tidak berjaya, apabila polis mengesan perbuatannya itu di sekatan jalan raya di Kilometer 2.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini, petang semalam. Wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja melalui sekatan jalan itu jam 5 petang dan memberitahu kepada polis yang bertugas mahu ke sebuah…

Read More

Berang Ditegur. Seorang Pakcik Tendang Dan Ugut Bunuh Anggota Polis. | Petaling Jaya: Berang ditegur polis kerana berkumpul melebihi dua orang di sebuah restoran, seorang lelaki bertindak menendang dan mengugut membunuh anggota berkenaan di Taman Sri Manja di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku pada jam 9.30 malam ketika sepasukan anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah. “Ketika rondaan dilakukan, sepasukan polis melihat beberapa individu berkumpul melebihi dua orang semeja di sebuah restoran dan bertindak menegur mereka. “Beberapa individu beredar namun seorang lelaki berusia 62 tahun datang ke arah anggota…

Read More

Video Budak Lelaki Marah Otak & Mulutnya Kerana Gagal Mengira. LUCU!. | Satu video yang dikongsikan buat para warganet tidak kering kerusi. Ini kerana video itu merakamkan seorang kanak-kanak sedang belajar mengira dan dia gagal mengingati urutan nombor. Apa yang melucukan apabila kanak-kanak itu memarahi otak dan mulutnya kerana kesalahan mengira itu. Jom tonton video di bawah. Setiap orang memiliki kebolehannya yang tersendiri. Sejak kecil lagi, kita lazimnya telah diajar dengan pelbagai ilmu yang akhirnya membuatkan kita menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang tertentu. Walau bagaimanapun, untuk seorang budak lelaki yang menjadi tular sejak seminggu yang…

Read More

Tindakkan Ketua Polis Ini Buat Ramai Orang Terkejut Dan Respek. |Dulu tular di media sosial apabila ketua Polis ini pergi ke rumah seorang wanita yang didakwa mencuri di sebuah pasaraya untuk mengubati demam anak. Hari ini tular, apabila Ketua Polis ini menguruskan jenazah arwah Sarjan Mejar Mashidi Husian. Baca selanjutnya. Petaling Jaya: “Kami sekeluarga tidak menyangka keprihatinan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang sanggup turun ke liang lahad untuk membantu menguruskan jenazah suami,” kata Nafisah Mohd Zin. Nafisah, 53, adalah balu kepada Sarjan Mejar Mashidi Husian, 53, yang meninggal akibat penyakit buah pinggang, semalam. Menurutnya, arwah suaminya selalu bercerita mengenai…

Read More

VIDEO. Ini Yg Terjadi Apabila Kena Tahan Dengan Bapa Sendiri Di SJR. | Umum sedia maklum bahawa sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikuatkuasakan disetiap checkpoint bagi mengelakkan berlaku rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa berlaku. Jadi, disetiap sekatan tersebut pastinya ada anggota polis yang bertugas bagi mengawal lalu lintas dan melakukan pemeriksaan kepada mana-mana kenderaan yang melalui sekatan itu. Bapa sendiri tahan di roadblock Namun, menerusi satu perkongsian di Twitter milik seorang pengguna dikenali sebagai Isma, dia telah memuat naik situasi lucu yang dihadapi olehnya apabila anggota polis yang melakukan pemeriksaan adalah bapanya sendiri. Bila…

Read More