Anak Ditahan AADK. Ini Pesanan Syahdu Seorang Bapa. | Kota Bharu: “Pergi lah cari ilmu (dalam pusat pemulihan), balik nanti ayoh (ayah) harap (anak) dapat jadi tok bilal, jadi orang berguna,” pesan seorang bapa kepada dua anak lelakinya yang ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), hari ini. Dalam linangan air mata, warga emas itu menitipkan pesanan berkenaan selepas dua anak lelakinya yang khayal akibat pengambilan pil kuda dibawa keluar dari rumah di Kampung Tegayong di sini, pada 10.30 pagi. Ketika ditahan, Zul (bukan nama sebenar), 29, mengaku dia sudah menagih dadah sejak lima tahun lalu sambil mendakwa ia untuk…
Author: Admin Soleh
Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta Akibat Lemas Kepulan Asap.| Kuala Lumpur: Lelaki ditemukan mati dipercayai lemas akibat kepulan asap selepas membakar arang dalam sebuah kereta di Sri Petaling, di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10.05 pagi. “Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu, dan polis turut menemui pasu mengandungi arang di ruangan kerusi penumpang hadapan kereta terbabit. “Hasil siasatan awal mendapati mangsa disyaki membakar arang di dalam kereta dan menyebabkannya lemas akibat kepulan asap,” katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes…
Nak Dengar Stesen Radio 1 Dunia? Tekan Titik Hijau Tu. Ramai Tak Tahu.| Mesti ramai tak tahu yang kita boleh dengar radio satu dunia hanya klik mana-mana titik hijau yang ada dalam Google earth ni. Tak caya cuba buka. Mendengar radio sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu yang sukakan muzik. Malah, di dalam kereta juga radio menjadi medium hiburan utama bagi menghilangkan rasa bosan ketika memandu. Seorang wartawan di Twitter, David Pogue mendedahkan satu laman web iaitu Radio.garden yang membolehkan anda mendengar pelbagai stesyen radio seluruh dunia dengan hanya klik titik hijau di Google earth tersebut. Anda boleh memutarkan google…
Rumah Murah Untuk Dijual. Hanya Dengan Harga RM4.90. | Sebuah bandar di Itali ada mengiklankan rumah untuk dijual dengan harga amat murah iaitu RM4.90 sahaja. Ianya terjadi apabila penduduk bandar berkenaan telah berpindah ke rumah lebih moden. Baca selanjutnya. Rom: Sebuah lagi bandar di Itali mengiklankan rumah untuk dijual pada harga hanya satu euro (RM4.90). CNN melaporkan Troina di pulau Sicily menyenaraikan puluhan rumah terbiar di bandar itu, pada harga yang lebih murah secawan kopi espreso. Sebelum ini, bandar Mussomeli di pulau sama turut mengiklankan rumah untuk dijual pada harga berkenaan. Selain itu, pihak berkuasa tempatan di Zungoli, sebuah bandar…
Video Aniaya Warga Emas. 4 Remaja Tampil Mohon Maaf. | PETALING JAYA – Empat remaja yang disyaki terlibat dengan video tular sengaja menganiaya seorang warga emas ketika sedang membonceng motor dengan melakukan aksi ‘wheelie’ sehingga mangsa jatuh tampil memohon maaf. Permohonan maaf tersebut dibuat ketika empat remaja terbabit mengunjungi sebuah rumah yang belum dikenal pasti lokasinya. Aksi keempat-empat remaja terbabit telah dirakam oleh seorang penduduk kampung dan telah memuat naik rakaman berdurasi 55 saat itu di media sosial. Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Info Roadblok JPJ/Polis kelihatan beberapa orang penduduk kampung berada di sekitar perkarangan rumah terbabit menyaksikan…
Bayi Maut Dibawa Lari Dan Dicampak Oleh Monyet. | CHENNAI, INDIA: Polis di selatan India melakukan siasatan ke atas kematian seorang bayi berusia lapan hari selepas monyet didakwa membuang bayi itu dari bumbung kediaman. Dalam kejadian itu, seorang lagi bayi yang juga kembar mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. Polis memberitahu AFP semalam bahawa bayi kembar itu sedang tidur di rumah mereka di Tamil Nadu ketika diserang monyet, kelmarin. Ibu bayi, Bhuvaneshwari, mendengar bayinya menangis sebelum melihat mereka dibawa dari bilik tidur dan kemudian mula menjerit, kata seorang pegawai polis. Dia bergegas ke luar rumah dan melihat beberapa ekor monyet…
Wanita Lahirkan Anak Selepas Sejam Disahkan Mengandung. | Kejadian wanita lahirkan anak selepas sejam disahkan mengandung menyebabkan kampung wanita berkenaan gempar dan situasi dialami wanita terbabit dianggap aneh serta penuh mistik, selain turut tular di media sosial, beberapa hari lalu. Jakarta: Seorang wanita muda yang baru habis idah selepas empat bulan bercerai terkejut apabila melahirkan bayi perempuan selepas sejam disahkan mengandung. Malah, Siti Jainah, 25, dari Kampung Gabungan Desa Sukapura, Cidaun, Cianjur di Jawa Barat yang mempunyai seorang anak mendakwa tidak merasai sebarang simptom ibu mengandung mahupun perubahan bentuk badan, malah turut datang haid seperti biasa setiap bulan. Keadaan itu…
Lihat Kanak-Kanak Berjalan Seorang Diri. Ini Tindakkan 2 Anggota Polis. | Satu video tiktok telah merakam tindakkan dua anggota Polis ketika terserempak seorang kanak-kanak sedang berjalan seorang diri mendapat pujian netizen. Baca selanjutnya. Kota Kinabalu: Rakaman video memaparkan dua anggota polis memberi nasihat sebelum menghulurkan wang kepada seorang kanak-kanak mendapat pujian ramai. Video berdurasi 42 saat yang tular menerusi aplikasi TikTok berkenaan berjaya menarik lebih 4,000 komen, sejak semalam. Difahamkan, kejadian membabitkan dua anggota Balai Polis Kota Kinabalu itu berlaku pada jam 3.40 petang, di sekitar Jalan Api-Api Centre di pusat bandar ini. Kedua-dua anggota polis terbabit dikatakan bimbang melihat…
Kecoh Pesakit Covid Curi Telefon Dalam Pusat Kuarantin MAEPS. | Bila terkena sakit Covid tu orang jadi seram dan takut sebab dijangkiti penyakit bahaya. Lain pula yang jadi di pusat kuarantin ini, apabila berlakunya kekecohan kerana ada dua pesakit yang mencuri telefon pesakit lain. Kejadian itu menyebabkan pihak Polis dipanggil bagi meredakan keadaaan. Sepang: Dua pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, ditahan semalam selepas terbabit dalam kejadian mencuri telefon bimbit. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 10.30 malam itu, pegawai perubatan wanita…
Kerap Minta Wang. Lelaki Pukul Isteri Sehingga Mati. | Hanoi: Hanya kerana kerap meminta wang untuk persiapan perayaan tahun baharu Vietnam, seorang wanita maut dipukul suaminya sendiri. Memetik portal eva.vn, Nguyen Thi L, 24, dipukul menggunakan sebatang buluh oleh suaminya, Bu Van N, 40, pada pagi 7 Februari lalu. Menurut saksi, pasangan itu dilihat bertengkar kerana mangsa meminta wang untuk persiapan sambutan Perayaan Tet. Akibat tidak tahan didesak isterinya berkali-kali, lelaki itu memukul belakang leher Nguyen menggunakan buluh sampai mati. Nguyen ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di lantai dapur oleh bapanya, yang pulang ke rumah itu…
