Ferrari RM 12.9 Juta Tak Sempat Sampai Kepada Pemiliknya. | LONDON – Sebuah jentera mewah jenama Ferrari Enzo yang merupakan antara kereta paling jarang ditemui di dunia, musnah dalam satu kemalangan ngeri di laluan berkembar di Jersey, England, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin. Kemalangan ngeri itu berlaku pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis lalu. Model Ferrari yang dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Ferrari Enzo, dipercayai bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.9 juta) dan hanya terdapat 400 buah yang dikeluarkan di seluruh dunia. Kemalangan yang berlaku di Victoria Avenue itu melibatkan pertembungan dengan sebuah kereta Honda Jazz. Laluan berkembar itu…
Author: Admin Soleh
Tak Tahu Nama Ibu. Lelaki Tak Dikenali Gagal ‘Jemput’ Seorang Murid Tadika. |PONTIAN – Sikap bertanggungjawab seorang guru sebuah tadika di daerah ini yang tidak membenarkan individu tidak dikenali mengambil kanak-kanak di bawah jagaannya wajar dipuji. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, guru berusia 30 tahun tersebut didatangi seorang lelaki tempatan yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil ketika berada di tadika berkenaan. Lelaki itu meminta kebenaran untuk mengambil seorang kanak-kanak namun murid tersebut tidak berada di tadika berkenaan sewaktu kejadian. Guru itu bertanyakan beberapa soalan antaranya siapa yang mengarahkan dia mengambil dan meminta nama ibu kanak-kanak itu, tetapi…
Pemandu Beca Ini MENYESAL Selepas Menang Loteri Rm14.2 Juta.| Seorang lelaki berasa menyesal selepas memenangi wang loteri yang berjumlah RM14.2 juta. Manak tidaknya, kehidupan dia selepas memenangi hadiah tersebut berubah dan apa yang paling menyesal ada yang mengaku sebagai saudaranya. Baca selanjutnya. Hidup Anoop tidak lagi tenteram kerana rumahnya sering didatangi oleh orang ramai yang meminta wang untuk membantu mereka. NEW DELHI – Seorang pemandu beca berenjin di negeri Kerala, India, mengaku menyesal memenangi wang loteri yang banyak selepas dia kerap diganggu oleh orang ramai yang meminta wang, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki dikenali sebagai Anoop itu memenangi wang…
Wanita Berumur 54 Tahun Cuba Terjun Jambatan Di Kelantan. | KOTA BHARU – Seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk cuba terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas dipujuk oleh orang awam. Wanita berusia 54 tahun berasal dari Pengkalan Chepa di sini dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi sebelum diselamatkan oleh pengguna jalan raya. Saksi kejadian, Suhaila Zakaria, 28, berkata, ketika itu, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa orang lelaki menahan dan memegang wanita tersebut yang sedang menangis. Menurutnya, dia terus memberhentikan…
Elak Bayar Tol. Akhirnya Pemilik Kereta Ini KANTOI. | PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta jenis Proton X50 antara yang ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) selepas culas membayar tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50. Menerusi ciapan Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lelaki tersebut ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat malam tadi. “Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di plaza tol tersebut, AKLEH. “Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan…
Tak Terima Hakikat Kematian Suami. Ini Yg Dilakukan Isteri Terhadap Mayat. | NEW DELHI – Seorang balu di India sanggup hidup bersama mayat suaminya yang diawet selama 18 bulan kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa lelaki itu telah meninggal dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin. Wanita yang berasal dari negeri Uttar Pradesh itu dipercayai menggunakan produk pembersih jenama Dettol yang disapu pada kulit mayat suaminya yang dikenali sebagai Vimlesh bagi menghalang pertumbuhan bakteria dan melambatkan proses pereputan. Mangsa yang berusia 35 tahun meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru atau pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan Covid-19 pada 22 April tahun lalu.…
Kes Ebit Lew. Ini Keterangan Saksi Pertama Yg Ramai NAK TAHU. | TENOM: Penceramah motivasi, Mohd. Fairuz Abu dipanggil sebagai saksi pertama pihak pendakwaan bagi perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37. Mohd. Fairuz,37, yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil sebagai saksi memberi keterangan kepada mahkamah bagaimana beliau meyakinkan mangsa kepada kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew untuk membuat laporan polis. Beliau memaklumkan mahkamah bahawa mangsa wanita berusia 40-an itu menghubunginya melalui aplikasi Whatsapp pada pukul 11.43 malam, 26 Julai 2021 selepas saksi memuat naik satu paparan dalam laman Facebook pada hari…
Adik-Adik Ini Dikecam Hebat. Rupa-Rupanya Ini Cerita Sebenar. | Semalam tular satu video seorang ayah jatuh motosikal di hadapan anak-anaknya tetapi tiada tindakkan diambil oleh anak-anaknya. Ramai netizen mengutuk adik-adik itu kerana tiada perasaan dan tidak mahu menolong ayah mereka yang jatuh itu. Selepas tular, wakil daripada sekolah tersebut tampil menjelaskan keadaan sebenar keluarga berkenaan. Anak-anak itu sebenarnya mempunyai masalah kesihatan. Baca selanjutnya. Zaman sekarang senang betul satu-satu video atau posting menjadi viral, kadang-kadang dalam sekelip mata sahaja. Tapi nak diingatkan juga jika tular sekalipun, belum tentu kisah yang diceritakan itu betul atau sebenarnya ada cerita lain disebaliknya. Begitulah situasi…
Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Dungun Sudah Ditemukan. | Dungun: Murid yang hilang ketika mandi bersama lima rakan di Sungai Dungun dekat Kampung Rajawali di sini, petang semalam, ditemukan lemas pagi ini. Mayat Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, ditemukan oleh lima ahli keluarganya yang melakukan pencarian dasar sungai bersama anggota bomba dan polis, jam 2.30 pagi. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ahli keluarga mangsa bersama pihak berkuasa melakukan pencarian sebaik air sungai mula surut. Menurutnya, pencarian itu berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 12 meter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam. “Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital…
Lelaki Kecewa Bayi Dilahirkan Isterinya itu Adalah Anak Datuknya. |Suami mana yang tidak kecewa apabila anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukanlah anaknya. Lebih mengejutkan lagi bayi terbabit merupakan darah daging datuknya sendiri. Kejadian berkenaan berlaku di Berau, Kalimantan Timur. Difahamkan, rahsia itu terbongkar selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan. Si suami yang mahu dikenali sebagai BE mendedahkan yang dia hanya mengetahui perbuatan keji datuknya yang berusia 64 tahun selepas wanita terbabit mengaku selepas beberapa melahirkan anak. Saya rasa kecewa selepas dapat tahu kes yang menimpa isteri saya. Saya sangka bayi itu adalah anak kami. Isteri tak berani nak menceritakan…