Peguam Najib Razak Mohon Tarik Diri. Ini Puncanya. | PUTRAJAYA: Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa beliau menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu berhubung rayuan sabit dan hukuman kes penyelewengan SRC. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada mulanya menolak permintaan peguam dan mengarahkannya meneruskan kes, namun Hisyam menegaskan bahawa beliau tidak bersedia dan sekali lagi memohon penangguhan. Bagaimanapun permohonan penangguhan itu tidak dibenarkan mahkamah. Hisyam sekali lagi mengulangi memaklumkan bahawa beliau tidak bersedia sekali gus tidak dapat mewakili Najib…
Author: Admin Soleh
Ini Filem Sejarah Terbaru Syamsul Yusof Selepas Mat Kilau. | KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan, dia menerima tawaran untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka menghasilkan sebuah filem epik yang mengangkat keagungan sejarah negeri tersebut. Syamsul, menerusi pesanan WhatsApp yang dihantar kepada Utusan Malaysia bagaimanapun memaklumkan, perkara itu masih dalam fasa perbincangan awal dan belum dapat berkongsi butiran mengenainya. “Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut. “Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi…
Ini Hukuman Kepada Crackhouse Dan Pemiliknya Yg Buat Ramai SETUJU. | KUALA LUMPUR: Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara ini. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermesyuarat pada 29 Julai lalu, bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai lalu. “Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya. “Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur…
Seorang Renjer Tentera Maut Dan 7 Anggota Polis Cedera. Ini Puncanya. | BANGKOK – Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat kelmarin, kata polis seperti laporan akhbar Bangkok Post semalam. Letupan pertama berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) kira-kira 500 meter dari Kampung Khok Kai. Seorang wanita tempatan yang merupakan penoreh getah, Pathum Nakthong cedera parah dalam kejadian itu. Pasukan polis, renjer dan unit pemusnah bom (EOD) dikerah ke kebun getah tersebut. Sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) ketika mereka…
Mati Ditengah Hutan. Hanya Ini Cara Untuk Keluarkan Mayat. | Pasukan paramedik terpaksa membawa mayat seorang lelaki ke hospital dengan mengikatnya di belakang badan mereka, sambil menunggang motosikal. Ini kerana tiada cara lain untuk membawa mayat tersebut keluar dari tengah hutan. Pekerja kecemasan, Montree Phiewphong dan abangnya Apichart membawa mayat seorang penduduk kampung, Leuang Chodkasem, 73, selepas dia rebah ketika memetik buah-buahan di hutan di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 14 Ogos lalu. Adik beradik tersebut bergilir-gilir mengikat mayat lelaki itu pada belakang badan mereka dan menunggang motosikal, melalui kawasan terpencil di hutan Taman Negara Thap Lan. Laluan itu tidak boleh…
Jumpa Makcik Painah Di Lopak Air Dan Ada SESUATU Menjaganya. | BATU PAHAT: Ketika ditemukan di lopak air berkenaan, seolah-olah seperti ada satu lembaga yang sedang mengawal mak cik Painah Siwan sebelum hilang selepas dilaungkan azan. Ahli paranormal, Mohd. Fitri Abdul Razak, 32, berkata, pada jarak 300 meter, Painah kelihatan seperti sebuah batu besar yang berada di tengah-tengah lopak. Namun, hatinya seperti diberikan firasat untuk datang lebih dekat bagi memastikan apa yang dilihatnya itu benar-benar batu atau mak cik yang dicarinya itu. “Sebaik selepas lembaga itu hilang nenek terus rebah sebelum saya dan sahabat bernama Jas dari Sabah mendapatkannya dan…
Aliff Syukri Hendak Jual Akaun Instagram Miliknya. Ini Harga Yg Ditawarkan. | PETALING JAYA – Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000. Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini. Terdahulu, Aliff memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua. Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada keluarganya serta orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial. “Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya.…
Seorang Murid Tahun 6 Maut Disambar Petir Ketika Guna Telefon. | GUA MUSANG: Seorang murid tahun enam maut dipercayai disambar petir ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar di sini, hari ini. Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan. Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, berkata, semasa kejadian dia baharu sahaja selesai solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya. Menurutnya, ketika kejadian dia dikejutkan…
Dihentam Netizen. Akhirnya Kak Long 7E Tampil Jelas Perkara SEBENAR. | Gara -gara melakukan aksi yang dianggap tidak wajar, nama individu yang pernah tular kerana insiden amukan di kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long kembali menjadi bahan kecaman netizen. Malah, dua selebriti yang turut bersama Kak Long iaitu usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi, Baby Shima turut terpalit sama menerusi video gandingan mereka bertiga yang dikongsi di media sosial. Susulan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura menerusi video berdurasi satu minit dan 27 saat membuat pengakuan bahawa dirinya tidak dibayar atau diupah untuk beraksi…
Gadis Rempuh Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki. Ini Puncanya. | JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang baru putus cinta naik berang lalu bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling, awal pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi. Menurutnya, suspek wanita berusia 20 tahun terbabit kemudiannya berjaya ditahan polis tidak lama kemudian di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama. “Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan telah menerima satu mesej ugutan…