Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Alahai Roti John Hangit Yang Dijual. | Masih terdapat segelintir peniaga di bazar Ramadan tidak menitikberatkan tentang kualiti makanan yang dijual. Terbaharu, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, dia menunjukkan rupa roti john hangit yang dibelinya di bazar Ramadan semalam sehingga mengecewakannya. Menurutnya, roti john tersebut telah siap dibungkus oleh peniaga dan terus diserahkan kepadanya. Alangkah terkejutnya pengguna tersebut, apabila melihatkan hasilnya sebegitu rupa ketika ingin menikmatinya sewaktu berbuka puasa. Sehubungan itu, Bachik turut berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus. “Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah…

Read More

Seorang Guru Agama Ditemui Meninggal Dunia Dengan Kesan Tembakan. | Seorang lelaki dipercayai guru agama di sebuah pondok madrasah di Daerah Nong Chik, Patani ditembak mati tengah malam tadi, lapor Wartani Melayu. Mangsa, Abdul Muthalib Awang ditembak ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal dari pos kampung sekitar jam 12.30 tengah malam. Difahamkan, peluru yang dilepaskan suspek dalam kejadian itu terkena pada bahagian dada dan perut mangsa. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Mae Lan untuk rawatan lanjut, bagaimanapun beliau disahkan telah meninggal dunia ketika itu. Menurut Wartani Melayu, mangsa merupakan seorang guru agama yang mengajar di Sekolah Madrasah…

Read More

Tular Video Seorang Bapa Meraung Rindukan Anak. | Rasa rindu paling sakit adalah rindu terhadap orang tersayang lebih-lebih lagi pada anak yang dijaga sejak kecil bagai ‘menatang minyak yang penuh’. Baru-baru ini, tular sebuah video seorang bapa meraung kesedihan kerana terlalu rindukan anaknya yang telah lama tidak pulang ke rumah. Lebih menyedihkan adalah lelaki tersebut turut memaklumkan anaknya sanggup menyekat nombor telefonnya di aplikasi WhatsApp kerana enggan dihubungi oleh bapanya itu. Meskipun cuba untuk mengawal emosi, namun perasaan lelaki tersebut seperti tidak tertanggung sehingga dia meluahkan segalanya melalui tangisan. “Ya Allah, rindunya yang teramat sangat, kenapa sanggup lupakan abah anakku,”…

Read More

Suami Cuba Campak Isteri Sarat Mengandung Dlm Sungai. | JAKARTA: Seorang wanita sarat mengandung nyaris dibunuh oleh suaminya sendiri yang berniat mencampakkannya ke dalam Sungai Parangloe di Makassar, Sulawesi Selatan. Lapor CNN Indonesia, mangsa berusia 25 tahun bernasib baik apabila diselamatkan oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu. “Saya mahu dibunuh dan dibuang dalam sungai ketika sedang sarat mengandung oleh suami sendiri. “Saya sudah dipukul sejak dua hari lalu, dan kemudian pulang ke rumah ibu bapa saya. “Dia kemudian datang menjemput menggunakan motosikal atas alasan mahu meminjam wang di rumah kawan saya,” katanya. Namun, sebaik tiba di…

Read More

Leka Bermain Lumpur Akhirnya 6 Anak Gajah Terpaksa Diselamatkan. | BANGKOK – Gelagat enam ekor anak gajah yang leka bermain kolam lumpur di sebuah taman negara dalam wilayah Prachin Buri, Thailand, mencuit hati netizen apabila kesemua haiwan itu berdepan kesukaran untuk keluar ke tanah, lapor laman berita The Thaiger semalam. Anak-anak gajah itu dikatakan bermain lumpur terlalu lama sehinggakan ia keletihan dan tidak dapat keluar dari kolam lumpur tersebut. Dengan badan yang berlumpur, anak-anak gajah itu dilihat tergelincir dan menggelongsor di sekeliling kolam. Keadaan itu membuatkan kakitangan Taman Negara Thap Lan terpaksa pergi ke kawasan tersebut untuk membantu kawanan itu…

Read More

Tular Video Sekumpulan Pelajar Sekolah Bergaduh. | Perbuatan ejek-mengejek dipercayai menjadi punca insiden pergaduhan sekumpulan pelajar sekolah menengah di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian bermula apabila seorang pelajar Tingkatan Tiga diejek oleh seorang pelajar Tingkatan Empat semasa waktu rehat pada jam 10.30 pagi. “Pelajar berusia 15 tahun itu telah hilang sabar lalu menolak pelajar berusia 16 tahun tersebut. “Pelajar Tingkatan Empat itu kemudian telah menumbuk di bahagian muka pelajar Tingkatan Tiga, namun tumbukan itu hanya terkena sedikit, lalu berlaku tolak menolak di antara sekumpulan pelajar,” katanya dalam kenyataan pada…

Read More

Seorang Wanita Serang Sepasang Suami Isteri Dgn Pedang Samurai. |BANGKOK – Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka kerana enggan melakukan hubungan intim dengannya, lapor laman berita Thaiger semalam. Pasangan itu memaklumkan bahawa mereka berkali-kali diugut sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka. Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita berpakaian berwarna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumahnya. Lelaki yang dikenali sebagai Air, 38, itu memberitahu media Thiland bahawa dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, itu telah berkawan selama setahun. Mereka…

Read More

Perdana Menteri Umum Bonus Aidilfitri Semua Penjawat Awam. | Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri atau bonus sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Selain itu, kerajaan juga bersetuju beri sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. Dia berkata, bayaran bantuan khas berkenaan akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April pada 25 April ini. “Sukacita diumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian…

Read More

Leher Seorang Pelancong Tembus Ditusuk Ikan Jarum. | BANGKOK – Seorang pelancong mengalami kecederaan selepas seekor ikan jarum me­nusuk lehernya ketika dia be­renang di sebuah pantai popular di Thailand Khamis lalu, lapor laman berita Thaiger. Petugas-petugas penyelamat pantai memberikan pertolongan cemas kepada lelaki itu, namun berhati-hati untuk tidak mencabut ikan jarum daripada leher mangsa. Kejadian berlaku di Pantai Ao Tan Khi, wilayah Trat di timur Thailand. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan). Pegawai tempatan kemudian memberi amaran kepada perenang supaya berhati-hati dengan ikan jarum. Ikan jarum ditemui di perairan yang cetek. Ia mempunyai badan memanjang…

Read More

Will Smith Tampar Chris Rock Di Pentas Anugerah Oscar. Ini PUNCANYA.| LOS ANGELES: Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dicemari dengan insiden aktor ternama Will Smith menampar selebriti Chris Rock di pentas anugerah berprestj itu di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia). Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak. Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang…

Read More