Seorang Lelaki Gantung Diri Kerana Peminjam Tak Bayar Hutang. | Sungai Petani: Tertekan kerana peminjam gagal melunaskan hutang membuatkan seorang lelaki menggantung diri di rumahnya di sini, hari ini. Dalam kejadian, mayat lelaki berusia 58 tahun yang menjalankan perniagaan pinjaman wang berlesen ditemui isterinya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, polis menerima panggilan pada 7.15 pagi daripada isteri mangsa. Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tinggal di rumah terbabit bersama isteri dan anak perempuan berusia 17 tahun. “Isteri memberitahu suaminya dilihat berada di ruang tamu seorang diri sebelum tidur di atas sofa jam 12.30 tengah…
Author: Admin Soleh
Zahid Cabar Sumpah Laknat. Ini Jawapan Balas Muhyiddin Yassin. | Muhyiddin Yassin menolak cabaran sumpah laknat Zahid Hamidi berkaitan dakwaan bahawa presiden Umno membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah. “Saya takkan sumpah pasal saya tak pernah bohong,” kata Muhyiddin ketika menjawab soalan pemberita di Putrajaya hari ini. Dalam ceramah di Tangkak, Johor pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa selepas dia dilantik sebagai perdana menteri Zahid menemuinya dengan membawa ‘fail bertimbun’ untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi olehnya. “Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan…
Bomba Berjaya Selamatkan Gadis Usia 18 Tahun Cuba Bunuh Diri. | SELAYANG – Akibat cinta terhalang seorang remaja perempuan cuba untuk terjun dari tingkat lapan sebuah kondominium, di Kampung Kenneison, di sini petang ini. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.16 petang. “Setibanya di lokasi kita mendapati remaja perempuan berusia 18 tahun itu sedang berdiri di balkoni rumahnya di tingkat lapan. “Mangsa juga bertindak mengunci pintu dari dalam dan bersendirian di rumah ketika kejadian,” katanya dalam satu…
Bawa Fail Jumpa Muhyiddin. Ini Jawapan BALAS Zahid Hamidi. | Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesanggupannya untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bahawa dia pernah meminta pertolongan berkaitan perbicaraan kesnya di mahkamah. Zahid mempersoalkan dakwaan itu yang menurutnya hanya timbul menjelang musim pilihan raya, merujuk PRN Johor yang bakal diadakan bulan depan. “Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi perdana menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah. “Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan. “Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk…
Seorang Lelaki Maut Dlm Kereta Selepas Sesak Nafas. | TAMPIN – Seorang lelaki tidak sempat dihantar ke klinik bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sesak nafas yang teruk lalu meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di hadapan rumahnya di Felda Bukit Rokan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab, pihaknya menerima panggilan telefon daripada Klinik Kesihatan Gemencheh memberitahu ada seorang lelaki telah meninggal dunia di dalam kereta di hadapan rumahnya di felda berkenaan.…
Seorang Petani Diserang Dan Diseret Buaya Sehingga Lemas. | Seorang petani dilaporkan telah diserang seekor buaya ketika membersihkan dirinya di tepi terusan dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu. Memetik laporan Kompas.com, kejadian yang berlaku di Desa Bebatu, Kabupaten Tana Tidung, Kalimantan Utara itu menyaksikan petani berusia 40 tahun tersebut sedang memandu sebuah trak pikap bersama pembantunya sebelum berhenti rehat di tepi terusan itu. Ketua Polis Daerah Sesayap Hilir, Iptu Jaimin berkata mereka membawa trak pikap yang sarat dengan 10 bongkah kayu. “Dia selesai memunggah, kemudian berehat dan mengambil daun nipah dan seterusnya membersihkan dirinya di tepi terusan. “Mangsa melihat…
Dituduh Sorok Kedudukan Kewangan Negara. ini RESPON Tengku Zafrul. | PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menjelaskan dakwaan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kedudukan kewangan negara. Jelasnya, laporan yang disampaikan kepada Muhyiddin adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat MPN, seperti mana laporan-laporan lain yang diberikan rakan-rakan Kabinet saya tidak kira dari mana-mana parti. “Sebagai Pengerusi MPN, beliau memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca-Covid-19. “Malah, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah…
Ini RESPON DS Najib Razak Yg MENGEJUTKAN Terhadap Surat Tun M. | PETALING JAYA: Najib Razak mendedahkan Dr Mahathir Mohamad selalu memberi tekanan kepada beliau untuk menyokong projek-projek kroni Ahli Parlimen Langkawi itu sewaktu menjadi Perdana Menteri. Najib berkata demikian sebagai respon kepada surat kedua Mahathir kepada pengundi Johor yang tidak mahu dirinya kembali berkuasa. “Mungkin dia pernah tekan Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) untuk sokong saya tapi masalahnya ialah selepas saya jadi Perdana Menteri Tun (Mahathir) asyik tekan saya untuk sokong projek-projek kroni kamu juga. “Bila saya tolak, Tun meroyan pulak dan mula mencorak langkah untuk berkomplot dengan Muhyiddin…
Pasar Unik. Beli Barang Dibayar Hanya Dengan DOA. | Beli Setiap kali membeli-belah barangan keperluan dapur, pastinya para ibu berkira-kira untuk berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi, ketika ini semua harga barangan basah memang melambung tinggi. Sudah tentunya dengan peruntukan ‘kecil’, mana-mana barangan penting perlu diutamakan. Jika anak masih menyusu dan memakai lampin pakai buang, para ibu perlu ‘potong bajet’ atau mencari barangan yang lebih murah demi kelangsungan hidup mereka. Pun begitu, pernahkah anda terfikir jika dapat membeli barangan keperluan dapur seperti sayur, ikan, ayam, daging, beras waima gula sekali pun hanya diperlu dibayar dengan DOA? Jangan tidak percaya,…
‘Ketika Kami Buka Lampu, Suspek Melibas Parang’. | Tumpat: “Kami sudah biasa mendapat kecederaan ketika menjalankan tugas namun situasi kali ini sedikit tegang kerana membabitkan orang kurang siuman namun Alhamdulillah, kami hanya mengalami kecederaan tidak parah,” kata Inspektor Mohd Afifi Jamaludin. Mohd Afifi, 36, antara mangsa amuk pesakit mental yang juga di bawah pengaruh dadah pada malam Sabtu lalu di Kampung Sedar di sini. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan seorang lelaki mengamuk dengan menggunakan dua senjata iaitu sebilah parang dan pisau di sebuah rumah. “Saya dan tiga rakan setugas bergegas ke lokasi dan melihat suspek yang…