Suami Meninggal Dunia Tak Sempat Lihat Anak Sulung Bakal Dilahirkan. | PETALING JAYA – Hari bahagia yang diimpikan seorang wanita untuk melahirkan zuriat sulung pada April depan selepas 10 tahun menanti tidak kesampaian apabila suaminya menghembuskan nafas terakhir ketika bertugas membantu mangsa banjir di Bukit Lanchong pada 5 Januari yang lalu. Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan, Dilla, 36, terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang hanya selepas tiga bulan bapanya menghadap Ilahi. Menurut Dilla, kehilangan dua lelaki paling bermakna dalam hidupnya ketika dia sarat mengandungkan anak sulung merupakan dugaan hidup paling besar yang pernah dihadapinya, Kata wanita itu, dia dan arwah…
Author: Admin Soleh
Ahli Parlimen Bintulu Mempersoal Keupayaan Dr Noor Hisham. Ini Jawapan YB KJ. | NKUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China mengamalkan strategi sifar COVID-19 dengan melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes COVID-19 tidak bergejala dikesan di bandar raya itu, baru-baru ini. Meskipun mengakui strategi itu berkesan namun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia mengamalkan strategi mitigasi dalam mengawal pandemik COVID-19. “Tidak dinafikan pendekatan China berkesan. Namun strategi mereka iaitu containment atau zero COVID-19 bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan…
Lindungi Long Tiger. Ini Hukuman Dikenakan. | SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berperwatakan wanita dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, bulan lalu. Tertuduh, Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad. Nurul Ainna menjatuhkan hukuman penjara tersebut dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Disember lalu. Mengikut kertas pertuduhan, Rusli yang mengenakan blaus belang hitam dan putih serta seluar jeans didakwa melindungi Abdul Hamim Ab Hamid dengan niat untuk mengelakkan lelaki terbabit daripada ditangkap.…
Kes Tan Sri Azam Baki. Ini Tindakkan 3 Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM. | KUALA LUMPUR: Tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyatakan pendirian menyokong Tan Sri Azam Baki, yang kini terpalit dengan kes pemilikan saham, yang dibangkitkan pihak tertentu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali (Pencegahan) dan Datuk Junipah Binti Wandi (Pengurusan dan Profesionalisme) berpendirian tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM. Justeru, mereka menggesa supaya semua pihak menghentikan kemelut itu dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus…
Tular video Kumpulan Remaja Membelasah Seorang Rakan. | PETALING JAYA: Polis menahan tujuh orang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh di Tapak Pasar Tamu, Pekan Kunak, Tawau, Sabah bagi membantu siasatan. Makluman tersebut dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, susulan tular satu klip video pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja lelaki di media sosial. Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain. Aksi ganas itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja…
Penangguhan Ibadah Umrah. Ini Respon Mufti Pulau Pinang. | GEORGETOWN – Tindakan penangguhan ibadah umrah disifatkan sebagai wajar terutamanya dunia masih bergelut dengan pelbagai varian Covid-19. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, selain faktor Covid-19, keputusan penangguhan itu juga dianggap satu tindakan yang betul susulan beberapa buah negeri telah dilanda musibah banjir. Oleh itu katanya, adalah lebih baik keutamaan diberikan kepada usaha membantu memulihkan ekonomi mereka yang terjejas teruk akibat bencana tersebut. “Pelbagai pihak menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan untuk mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Januari ini. “Keputusan ini dianggap wajar terutama…
Gugur 144 Atlet Kebangsaan. Ini Respon Bekas Timbalan Menteri Sukan. | PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP menyelar tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) menggugurkan 144 atlet negara daripada program latihan kebangsaan dengan menyifatkan tindakan itu amat mengecewakan terhadap pembangunan industri sukan tanah air. Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan seharusnya memecat sepuluh Menteri dan sepuluh Timbalan Menteri yang gagal berfungsi daripada menggugurkan atlet yang berkhidmat untuk negara tanpa sebarang ganjaran lumayan sekiranya isu kekurangan dana menjadi cabaran ketika pandemik. “Lebih baik pecat sepuluh Menteri dan sepuluh Timbalan Menteri bergaji besar dalam Kabinet gergasi yang gagal berfungsi…
Mana Duit Sumbangan Jutaan Ringgit? Ini Jawapan Pengetua Ittifaqiyah. |KUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood menjelaskan bahawa sumbangan berjuta ringgit daripada orang ramai kepada pusat itu dibekukan atas arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau mengulas keluhan waris mangsa kebakaran kerana tidak menerima “walau sesen” daripada wang derma berjumlah RM10 juta susulan kebakaran di pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru pada 2017. Keadaan itu antara lain memaksa waris mangsa tragedi berkenaan mengambil tindakan saman terhadap Zahid, isterinya dan Majlis Agama Wilayah Persekutuan pada tahun berikutnya. “Yang ditularkan di surat khabar dan sebagainya.…
Jantung Bayi Tiba-Tiba Berdegup Ketika Dikafankan. | RIO DE JANEIRO – Seorang bayi di Brazil yang disahkan meninggal dunia semasa dilahirkan dan sedang disiapkan untuk dikebumi didapati masih bernyawa, lapor akhbar New York Post kelmarin. Bayi lelaki pramatang itu dilahirkan tiga bulan lebih awal di sebuah kediaman di Ariquemes, negeri Rondonia pada 27 Disember tahun lalu. Menurut laporan, pada mulanya, ibu kepada bayi itu yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun, tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil. Keluarganya berkata, dia pergi berjumpa dengan doktor selepas mengadu berasa kesakitan yang teruk, namun pasukan perubatan meminta dia pulang ke rumah. Dia kemudian…
Video NGERI Sebuah Treler Tergantung Di Tebing Tinggi. | BEIJING: Video dramatik yang diambil pada 1 Januari lalu oleh pemandu pelancong tempatan, dikenali sebagai Wu menunjukkan sebuah treler tersangkut dan tergantung di tebing sebuah jalan raya berbahaya di sepanjang pinggir gunung di utara China. Kepala treler itu dilihat terbabas dari jalan dan berjuntai di atas gaung setinggi kira-kira 100 meter. Nasib baik pemandunya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu. Wu yang mengekori di belakang treler itu ketika kejadian memberitahu media tempatan bahawa pemandu itu mengambil jalan pintas berdasarkan panduan navigasi satelit. “Laluan ini tidak membenarkan kenderaan…