Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Datin Seri Rosmah Bakal Dikenakan Waran Tangkap? Ini Puncanya. | PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor boleh dikenakan waran tangkap sekiranya beliau gagal hadir pada prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, Isnin ini. Ia selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah dan bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah sebulat suara memutuskan untuk menahan pengeluaran waran tangkap itu hari ini. “Kami telah mempertimbangkan cadangan responden agar perayu (Rosmah) dikenakan waran tangkap namun kami juga mengambil kira hujah peguam bela bahawa situasi ini berlaku kerana pembelaan terlepas pandang dalam menasihati perayu berhubung kehadirannya hari ini. “Kami juga mengambil maklum…

Read More

Ibu Sempat Tulis Surat Terakhir. Isinya Buat Ramai Orang PILU. | PETALING JAYA – Sepucuk surat terakhir yang ditulis oleh seorang ibu sebelum meninggal dunia meminta jenazahnya dikafankan di hospital dan memaklumkan kepada anaknya seorang (orang kurang upaya) OKU bahawa beliau telah meninggal dunia mengundang rasa sebak orang ramai. Menerusi hantaran di laman Instagram official_rizalhakimm, seorang ibu yang telah meninggal dunia di rumahnya ditemani seorang anak OKU telah menulis surat terakhir membuat permintaan yang berkaitan pengurusan jenazahnya kepada pihak hospital. Berdasarkan surat yang dikongsi oleh official_rizalhakim , warkah ibu itu dimulakan dengan permintaan kepada doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital…

Read More

Selepas Tewas Kepada KL City. Ini Reaksi Ketua Jurulatih JDT. | KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora tidak menolak kemungkinan beliau akan kehilangan jawatannya selepas Skuad Harimau Selatan itu, tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi. Mora, 42, berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau. Bagaimanapun, jurulatih dari Mexico itu yang pernah membawa Harimau Selatan memenangi beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019, sejak mengendalikan JDT buat kali kedua pada 2018, mengakui setakat…

Read More

KL City Juara Piala Malaysia. Ini Respon TMJ Di Twitter. | PETALING JAYA – Kemenangan bersejarah pasukan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia menundukkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam pastinya meninggalkan kesan mendalam buat penyokong kedua-dua pasukan. Walaupun perlawanan sudah berakhir namun drama penyokong kedua-dua pasukan masih berterusan sehingga kini. Ada juga penyokong yang mencuri tumpuan apabila sengaja ‘mengusik’ pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter oleh @khairizulfadhli, beliau mentertawakan pasukan kesayangan TMJ tersebut kerana tewas…

Read More

Ain Dan Bapa Disaman Guru Berhubung Isu Jenaka R#g0l. | Satu saman fitnah difailkan ke atas pelajar tingkatan lima, Ain Husniza Saiful Nizam, yang sebelum ini menarik perhatian ramai dengan hantaran TikToknya mengenai jenayah rogol yang dijenakakan. Melalui ciapan hari ini, bapa pelajar terbabit, Saiful Nizam Ab Wahab, mendedahkan writ saman berkenaan dia bersama Ani Husniza sebagai defendan. “Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan daripada Khairul Nizam Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di mahkamah Shah Alam pada 26hb November 2021,” ciapnya petang tadi. Mengiringi ciapan Saiful Nizam itu ialah tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace (Jadikan…

Read More

PM Lantik Penasihat Agama. Ini Respon Menteri Agama.| SEPANG – Pelantikan penasihat agama kepada Perdana Menteri tidak menyebabkan pertindihan peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad berkata, beliau percaya penasihat agama untuk Perdana Menteri mempunyai peranan bidang lain yang berbeza. “Mungkin penasihat agama ada bidang yang lain. itu dilantik oleh Perdana Menteri sendiri. Benda ini bukan baru, dari dahulu dah ada. “Mungkin penasihat agama baru dilantik tersebut ada peranan bidang yang lain. Oleh sebab itu, pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri sendiri. Perkara ini bukan baru,” “(Peranan) saya lebih…

Read More

3 Personaliti Media Sosial Dipenjara Lebih Tiga Tahun. Ini Puncanya. | MOSCOW: Tiga personaliti media sosial di Rusia dikenakan hukuman penjara lebih tiga tahun selepas didapati melakukan prank melampau terhadap seorang pemandu e-hailing dengan berpura-pura mencuri keretanya. Lapor Oddity Central, pada Mac lalu, tiga influencer tersebut memutuskan untuk melakukan prank itu dan merakam serta memuat naik video berkenaan di laman media sosial. Ketika kejadian, tiga individu tersebut menghubungi syarikat perkhidmatan e-hailing kononnya mahu menempah kereta untuk melakukan perjalanan. “Apabila kereta sudah sampai, dua individu itu masuk ke dalam kereta dan meminta pemandu untuk membantu seorang lagi rakan yang sedang meletakkan…

Read More

Isu Mandi Safar. Ini Respon Timbalan Menteri Agama. | PUTRAJAYA – Semua pihak termasuk pihak berkuasa agama dan pendakwah digesa bekerjasama dalam membanteras dan menghentikan polemik mandi Safar. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihak tersebut juga diseru menyebarkan kepada masyarakat iktikad yang benar mengenai musibah dan bala bencana. Menurutnya, ia tidak berlaku disebabkan kesialan tahun, bulan, minggu, hari atau masa yang tertentu, tetapi dengan kehendak dan izin ALLAH SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Taghabun ayat 11. “Amalan mandi Safar yang berasaskan kepercayaan bulan Safar sebagai bulan pembawa musibah atau bala adalah…

Read More

Persatuan Pengguna Terima Lebih 100 Aduan Makanan Mahal Di Kedah. | ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) meminta pengguna memboikot kedai yang menjual makanan yang mahal dan memilih kedai yang lebih murah. Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff, berkata setakat ini pihaknya menerima lebih 100 aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga makanan serta bahan mentah di negeri ini. Kebanyakan aduan adalah berkaitan makanan di kedai makan terutama di daerah Kota Setar dan Kuala Muda. “Selain aduan berkaitan harga ikan siakap mahal di Langkawi, kita juga menerima maklumat berkaitan harga roti canai sekeping RM4 di pulau itu. “Harga itu tidak masuk akal…

Read More

“Jangan Pilih Saya”. Ini Penjelasan Tengku Razaleigh Hamzah . | Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah percaya kerjaya politiknya akan tamat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Razaleigh mewakili Gua Musang (dan pendahulunya, Ulu Kelantan) di Dewan Rakyat sejak 1974, yang merupakan perkhidmatan berterusan paling lama di Parlimen, kerana Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang pertama kali dipilih masing-masing pada 1964 dan 1969, tidak berkhidmat secara berterusan di satu-satu parlimen. Sebelum itu, Razaleigh, kini 84, berkhidmat sepenggal di DUN Kelantan. Bagaimanapun, dia memberitahu bahawa khidmatnya akan berakhir. “Saya dah banyak kali cakap perkara ini. Dua pilihan…

Read More