Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

2 Warga Malaysia Di Australia Dipenjara 4 Bulan Kerana Teh. | SYDNEY: Dua wanita warga Malaysia dilaporkan menjalani hukuman penjara selama empat bulan di Australia selepas disalah tuduh mengimport dadah ke negara itu. Connie Chong Vun Pui dan anak perempuannya, Melanie Lim San Yan sebenarnya cuba membawa kira-kira 25 kilogram (kg) teh gula perang tebu ke Australia. Teh itu digunakan sebagai ubat popular dan tradisional untuk pelbagai jenis penyakit. Menurut laporan Sydney Morning Herald, wanita tersebut pada mulanya merancang menjual teh berkenaan untuk memperoleh keuntungan sebanyak AUD90 (RM273) bagi setiap lima kotak. Namun, pada Januari lalu, pegawai Pasukan Sempadan Australia…

Read More

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Terpaksa Tangguh. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR – Selepas prosiding berlangsung hampir 30 minit, hujahan di akhir pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ditangguhkan Rabu ini. Ia selepas peguam, Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak dapat meneruskan prosiding kerana mengalami sakit gout. Ketika memberitahu mahkamah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Hamidi berkata, dia hanya dapat meneruskan prosiding sehingga jam 1.30 tengah hari kerana ada temu janji…

Read More

PKR tewas Di Melaka Kerana Perikatan Nasional. Ini Sebabnya. | KUALA LUMPUR: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan PKR tewas di semua kerusi dipertandingkan selain DAP kehilangan kubu kuatnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka didakwa kerana pecahan undi yang ‘diambil’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, hal itu disebabkan Bersatu sebelum ini pernah bersama PH yang memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun, tindakan parti itu membentuk pakatan baharu dinamakan Perikatan Nasional (PN) menyebabkan pola undi sudah berpecah. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, masih terlalu awal untuk PH menyimpulkan punca…

Read More

Ini Respon Datuk Norhizam Selepas Tewas PRN Melaka. | MELAKA – Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak menyesal dengan tindakannya menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebelum ini. Beliau yang popular dengan gelaran YB Viral berkata, meskipun gagal mempertahankan DUN itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, dirinya telah melakukan yang terbaik untuk penduduk Pengkalan Batu selama ini. “Saya tiada rasa menyesal. Kita sudah buat yang terbaik dan berhenti (tidak lagi menjadi wakil rakyat) dalam keadaan baik. Kita tidak boleh berkempen, mereka (calon lain) boleh…

Read More

Kalah PRN Melaka. Ini Tindakkan Pengerusi DAP Melaka Yg Mengejutkan. | MELAKA: Tidak sampai 24 jam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak menyebelahi Pakatan Harapan (PH), Datuk Tey Kok Kiew mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP negeri berkuat kuasa serta-merta. Menurut Kok Kiew, beliau mengambil rasa tanggungjawab dengan kekalahan DAP terhadap separuh daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam pilihan raya itu. Beliau juga memohon maaf terhadap kegagalan PH untuk membentuk kerajaan negeri. Bagaimanapun Kok Kiew memaklumkan beliau kekal sebagai ahli DAP. “Kita bukan sahaja gagal membentuk kerajaan negeri yang baharu, malah lapan kerusi yang kita…

Read More

Ini Permintaan Najib Razak Pada Menteri Kewangan Yg Buat Ramai Setuju. | PETALING JAYA – Selepas Barisan Nasional menang ‘besar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut. “Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulisnya. Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan…

Read More

Dicadang Bubar Parti Dan Kembali Kepada Umno. Ini Jawapan Muhyiddin Yassin. | Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata dia tidak berhasrat kembali semula ke pangkuan Umno meskipun Perikatan Nasional (PN) mencatatkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung semalam. Muhyiddin berkata ini kerana gabungan itu mendukung prinsip integriti dan tadbir urus kerajaan yang lebih baik. Dia berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam agar membubarkan Bersatu berikutan prestasi buruknya pada PRN Melaka, meskipun PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). “Terima kasih Lokman Adam menjadi penasihat saya tetapi minta…

Read More

Angkat Sumpah Jam 12.58 Malam. Ini Penjelasan KM Melaka. | Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan. Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. “Insya-Allah saya akan memaklumkan perkara ini juga selepas saya mengambil kira segala aspek, kebolehan, begitu juga pengalaman (Exco) bagi setiap portfolio yang akan saya lantik nanti berlandaskan kepada mereka yang telah memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Dan…

Read More

DS Sulaiman Selesai Angkat Sumpah KM Melaka Pukul 12.58 Malam. | MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada pukul 12.58 tengah malam tadi. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar 21 kerusi. Hadir sama isteri Mohd. Ali, Toh Puan Asmah Abd. Rahman. Turut hadir menyaksikan acara angkat sumpah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.…

Read More

Syed Saddiq Tak Sokong Belanjawan 2022. Ini Puncanya. |PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memutuskan untuk tidak menyokong Bajet 2022 yang dijangka diadakan undiannya pada petang ini. Pendirian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Parlimen Muar yang tidak mendapat peruntukan seperti mana kawasan pembangkang yang lain. Beliau berkata, perkara itu diputuskan kerana kebajikan rakyat Muar adalah tanggungjawab beliau. “Apabila orang Muar didiskriminasikan dan di anak tirikan, sampai duit peruntukan pun disekat, apa lagi pilihan saya ada? Saya memutuskan untuk tidak akan menyokong Bajet 2022. “I need to hold our government accountable to the people (Saya perlu pegang…

Read More