21 Kluster Pendidikan Dan 8 Buah Sekolah Ditutup Kerana Covid. | SEREMBAN: Terdapat 21 kluster jangkitan Covid-19 berkaitan pendidikan telah dilaporkan di Negeri Sembilan sehingga semalam dan sebanyak lapan buah sekolah juga telah ditutup buat sementara waktu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penutupan lapan buah sekolah tersebut adalah berdasarkan penilaian risiko oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi tujuan pengesanan kontak rapat, isolasi, sanitasi dan mitigasi serta akan dibuka semula secara berperingkat. “Kesemuanya melibatkan lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) manakala tiga buah lagi melibatkan Sekolah Kebangsan (SK). “Hasil penelitian, pola penularan kes Covid-19 di sekolah kebanyakannya bersifat sporadik…
Author: Admin Soleh
Jururawat Suntik Vaksin Anak KJ Tampil DEDAH Cerita Sebenar. | PUTRAJAYA – “Demi Allah saya tak ada langsung keluarkan apa-apa vaksin, yang tak masuk pada badan budak-budak,” itu penjelasan jururawat yang memberi suntikan dos vaksin Covid-19 kepada anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menerusi video yang dimuat naik pada Facebook Kementerian Kesihatan, wanita tersebut menjelaskan, dia sudah melakukan prosedur yang betul sepanjang pemberian vaksin Covid-19 itu menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids). “Saya melakukan prosedur sama kepada ibu bapa lain iaitu saya ambil vaksin dan tunjukkan jenisnya, saya tunjuk cara saya keluarkan vaksin itu dari botol, saya tunjuk…
Dituduh Anak ‘Cucuk Angin’. Ini Jawapan BALAS YB KJ. | Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan anak Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin, mengambil suntikan vaksin Covid-19. Apa yang disebarkan oleh sesetengah pihak, di dalam video itu seolah-olah anak Menteri berkenaan hanya ‘cucuk angin’. Selepas tersebarnya video fitnah tersebut, akhirnya YB Khairy Jamaludin tampil membuat satu kejayaan di twitter miliknya. Makin dihentam, makin kuat menongkah arus. Demikianlah perumpamaan tepat boleh ditujukan buat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Mungkin ramai sedia maklum, selaku insan utama dalam sektor kesihatan negara, pelbagai usaha yang dilakukan beliau dalam memerangi wabak COVID-19. Perjuangan terbesar yang dilakukannya…
Sempat Kemas Rumah sebelum Ditemui Lemas Di Air Terjun. | Sabak Bernam: “Semalam, adik ada mengemas rumah dan perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini dia seperti endah tak endah apabila saya minta tolong,” kata Siti Suzelawati Ma’asor, 38. Siti Suzelawati adalah kakak sulung kepada Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz, 20, yang ditemukan lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai dekat perkampungan Orang Asli di Kampar, Perak hari ini. Turut ditemukan lemas adalah sahabat Muhammad Amirul Hafidz, Muhammad Fikri Adam Azmi juga berusia 20 tahun dalam kejadian pada 10 pagi itu. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika kedua-dua mangsa bersama…
Seorang Lelaki Bertindak Membakar Rumah Jiran. Ini Puncanya. | JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di wilayah Sumatera Utara bertindak nekad membakar rumah jirannya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Suara.com semalam. Suspek yang dikenali sebagai NS, 39, membakar rumah mangsa, Gong Martua Pulungan, 37, yang tinggal di hadapan rumahnya. Menurut Ketua Polis Barumun, Asisten Komisioner Polis Miptahuddin, suspek pada awalnya pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya, namun gagal menemui lelaki itu. Akibat tidak dapat menahan marah, dia menyiram minyak petrol ke atas sebuah motosikal model Honda Beat milik mangsa yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.…
Seorang Lelaki OKU Ditemui Rentung Dalam Bilik Tidurnya. | KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung selepas bilik tidurnya terbakar di sebuah rumah di Lorong Changkat Damai, Kampung Changkat Damai, dekat sini hari ini. Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada orang awam pada pukul 10.01 pagi. “Seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan Selayang dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran pada sebuah bilik tidur di rumah berkenaan dan seorang lelaki ditemui rentung,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.…
Bagai Gergasi Hitam. Aksi Ribuan Burung Terbang Buat Ramai SERAM. | Sekumpulan burung perling yang berkumpul berhampiran bandar Patras, Greece pada Rabu lalu mencipta semula babak yang berada dalam filem seram arahan Alfred Hitchcock, iaitu The Birds (1963). Memetik Greek Reporter, ribuan burung perling tersebut terbang melintasi jambatan Rio-Antirrio dalam formasi sfera yang sangat jelas. Jelas kelihatan di udara, ribuan kawanan burung itu seolah-olah mengembang dan mengecut dengan seragam. Hal ini sangatlah jarang berlaku dan ‘rare’. Saat yang menakjubkan itu sempat dirakam oleh seorang individu warga tempatan Menurut Greek Reporter, terdapat burung-burung ini yang bermastautin di Eropah barat dan selatan…
PELIK. Menara Pasir Bentuk Arca Ditemui Di Pantai. Ini Puncanya. | Jika sebut mengenai alam semulajadi, bermacam-macam kejadian unik pernah berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pernah tular di Sabah dan Sarawak, berlaku satu fenomena garisan cahaya yang sangat jelas di langit yang dinamakan sebagai ‘light pillar’. Baru-baru ini pula di United State (US), muncul beberapa arca berbentuk agak luar biasa terbina daripada pasir, dipercayai akibat tiupan angin sejuk. Merujuk kenyataan dari Sciphysics, arca tersebut terbina secara semulajadi di pinggiran pantai Tasik Michigan, Bandar St.Joseph. Menerokai artikel tertbitan Sciphysics, ‘binaan’ tersebut terjadi disebabkan oleh angin kencang yang…
Misteri Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terjawab. | MELAKA: Misteri kehilangan seorang warga emas berusia 87 tahun terjawab selepas tengkorak berbentuk kepala manusia ditemui di tanah lapang bersebelahan sebuah hotel di Jalan Tengkera di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan di tempat kejadian menemukan kad pengenalan (MyKad) seorang lelaki berbangsa Cina dalam dompet di poket seluarnya berdekatan rangka dijumpai. Beliau berkata, semakan mendapati penama pernah dilaporkan hilang oleh anak saudaranya pada 31 Januari lalu. “Polis menerima panggilan daripada seorang pekerja kedai tayar, beritahu terjumpa tengkorak berbentuk kepala manusia di tanah lapang bersebelahan sebuah hotel…
Pemandu Lori Mabuk Rempuh 5 Kenderaan. Seorang Maut. |JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang terbabas sehingga merempuh lima kenderaan di Kilometer 19 Lebuhraya Pasir Gudang dan mengakibatkan seorang maut dalam insiden Sabtu lalu, mempunyai 21 saman kesalahan trafik. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata lelaki berusia 37 tahun berkenaan yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. “Pemandu berkenaan dimasukkan ke hospital, manakala mangsa lain yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi. Kelmarin media melaporkan seorang lelaki 21 tahun yang memandu Perodua Alza meninggal dunia di hospital selepas keretanya serta empat kenderaan…




