Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Wanita Rempuh Anggota Polis Dgn Kenderaan Curi Berjaya Ditahan. | KOTA KINABALU: Cubaan seorang wanita melarikan diri dengan merempuh anggota polis menggunakan kenderaan curi yang dipandu berjaya digagalkan di hadapan lampu isyarat Tebobon, Jalan Sepanggar, Menggatal, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, wanita tempatan berusia 35 tahun itu berjaya ditahan selepas berlaku aksi kejar-mengejar sehingga anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar dan cermin penumpang belakang kenderaan yang dipandu suspek. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan George Abdul Rakman yang mengesahkan penahanan itu berkata, anggota bertugas terpaksa melepaskan beberapa das tembakan kerana suspek bertindak agresif ingin…

Read More

4 Pegawai Dan Anggota Polis Cedera Dilibas Parang Dan Kerambit. |TUMPAT: Empat pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, cedera dilibas parang dan kerambit oleh seorang lelaki mengamuk di Kampung Sedar di sini, malam kelmarin. Akibat serangan itu, dua mangsa luka di lengan, terpaksa menerima lapan jahitan serta luka sepanjang sembilan sentimeter di belakang kepala, manakala dua lagi cedera ringan di belakang badan dan tangan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata semua mangsa yang berusia 20-an hingga 30-an itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah. “Pada jam 8.30 malam Sabtu lalu, kami menerima panggilan…

Read More

Hishammuddin Hussein Didesak Letak Jawatan. Ini Puncanya. | Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada acara MIC di Johor, semalam. Ia susulan penularan video yang menunjukkan pemimpin meredah kerumunan hadirin pada majlis pelancaran briged MIC Johor di Kota Iskandar, Johor semalam. Antara pemimpin yang dilaporkan hadir pada majlis itu selain Hishammuddin, ialah penyandang menteri besar Johor, Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran. Yeoh berkata, Hishammuddin memegang jawatan sebagai pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, sebelum ini telah mengumumkan pelbagai SOP Covid-19 kebangsaan – termasuk ziarah umrah dan MyTravelPass…

Read More

Makan Sotong Hidup Cicah Sos. Ini Amaran Kementerian Kesihatan Thailand. | BANGKOK – Kementerian Kesihatan Thailand memberi amaran berkenaan hidangan sotong hidup dicicah sos pedas yang sedang tular berisiko menyebabkan keracunan makanan, lapor laman berita The Thaiger semalam. Penyediaan makanan itu bermula dengan memasukkan sotong hidup ke dalam sos cili yang pedas dan masam selama beberapa minit untuk membiarkan ia meresapnya. Sesetengah orang akan mencelup sotong itu sekejap di dalam sos lalu memakannya dengan pantas. Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Kesihatan, Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, sotong mentah hidup itu berpotensi mengandungi vibrio parahaemolyticus, bakteria yang boleh ditemui di dalam persekitaran hidupan marin yang…

Read More

Seorang Lelaki Cipta Dapur Memasak Tanpa Gas Hanya Gunakan Air. | ABUJA – Seorang lelaki warga Nigeria yang menetap di kawasan Jekadafari, negeri Gombe dilaporkan mencipta dapur memasak tanpa gas yang boleh berfungsi dengan hanya menggunakan air, lapor laman berita Legit. Hadi Usman, 67, mencipta dapur yang tidak memerlukan gas atau minyak tanah dalam menghasilkan api untuk memasak. Menurut media tempatan, juruteknik elektronik itu berjaya menghasilkan inovasi berkenaan kerana ingin memberikan sibsidi kepada kos penggunaan gas dan minyak tanah. Sebuah video di laman YouTube memaparkan situasi ketika Hadi menunjukkan bagaimana dapur tanpa gas itu berjaya menghasilkan api. Lelaki yang pernah…

Read More

Seekor Ikan Di Dakwa Kerana Menyerang Nelayan. | NEW DELHI – Satu kes dilaporkan telah difailkan ke atas seekor ikan di balai polis Parawada di bandar Visakhapatnam, India kerana menyerang seorang nelayan sehingga menyebabkan kematian, lapor laman berita Wion News kelmarin. Kejadian tersebut berlaku ketika enam nelayan dari pantai Muthyalamma Palem termasuk mangsa, N. Joganna, 40, sedang memancing di kawasan Parawada, minggu lalu. Polis dimaklumkan mengenai insiden tersebut oleh lima nelayan lain yang menemani Joganna ketika memancing. Ketika Joganna turun ke dalam air, dia telah diserang oleh seekor ikan spesies Marlin Hitam. Muncung berduri seperti pedang daripada ikan tersebut telah…

Read More

Video Lelaki Tiba-Tiba Turun Dari Kereta Dan Mengamuk. | PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara tiba-tiba mengamuk dan memaki pengguna jalan raya yang lain. Kejadian yang dirakam di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Centerpoint, Seremban itu telah mengakibatkan jalan sekitar kawasan tersebut sesak seketika. Klip video berkaitan kejadian itu kemudiannya dikongsi di laman Facebook Inforoadblock, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila kejadian itu dirakam. Berdasarkan klip video berdurasi 1 minit 31 saat itu, kelihatan lelaki yang memandu MPV jenis Perodua Alza telah menghentikan kenderaannya di persimpangan terbabit. Lelaki itu diihat keluar dari kenderaannya…

Read More

Perlawanan Bola Sepak Dicemari Aksi Pergaduhan. Ini Puncanya. | PETALING JAYA : Perlawanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala Menteri Besar Terengganu 2022 antara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC dicemari dengan aksi pergaduhan. Pergaduh bermula selepas sepakan penalti minit terakhir babak pertama yang dilakukan pemain Penang FC gagal disempurnakan dan dikata pasukan tuan rumah mula mengejek pemain lawan. Daripada situ bermulanya pertarungan umpama WWE Royal Rumble, dengan aksi kejar-mengejar, ‘flying kick’, bertumbuk di antara pemain-pemain Terengganu dan Penang. Hampir semua pemain kedua-dua pasukan kelihatan berbalas tumbukan dan berlari di sekitar padang sebelum diredakan oleh pegawai-pegawai bertugas. Salah seorang…

Read More

Ini Punca Remaja Berusia 15 Tahun Tikam Bayi Baru Lahir. | KEMAMAN – Seorang bayi lelaki baru lahir mati dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai ditikam ibu kandungnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah daerah ini semalam. Mayat mangsa dijumpai de­ngan kesan tikaman di dada kiri pada pukul 10 pagi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang sudah tidak ke sekolah sejak beberapa tahun lalu itu dipercayai berada seorang diri di rumahnya ketika melahirkan bayi malang tersebut. “Remaja tersebut kemudian meminta pertolongan seorang rakan untuk memaklumkan kelahiran bayinya kepada kakitangan sebuah klinik…

Read More

Telekom Malaysia Mahu Jual Menara TM. | Telekom Malaysia Bhd (TM) mengiklankan tawaran jualan aset miliknya iaitu Menara TM yang terletak di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Iklan berkenaan disiarkan dia akhbar The Star hari ini dan juga di portal propertyguru. Bagaimanapun harga bagi bangunan setinggi 55 tingkat itu dengan keluasan 989,200 kaki persegi itu tidak didedahkan. Tarikh tutup peringkat pertama bagi jualan Menara TM adalah pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac ini. Bangunan itu dibina oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd pada 2001 dan berstatus pegangan bebas dan ketika ini dihuni sepenuhnya. Menurut iklan itu, Menara…

Read More