Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Ada Parti Yg Ingin Jatuhkan UMNO. Ini Komen PEDAS Zahid Hamidi. | SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) tetap bersedia menghadapi cabaran politik meskipun ada pihak lain yang berusaha bergabung untuk menjatuhkan parti tersebut. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, ada pihak yang sebelum ini bermusuhan dan berbeza ideologi bergabung menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semata-mata hendak menjatuhkan BN. “Tidak mengapa mereka mahu bergabung berapa banyak parti sekali pun kerana BN tetap ‘steady’ dan ‘ready’ untuk berdepan cabaran politik. “Mereka yang bermusuhan dan berbeza ideologi itu mahu bergabung menyertai PRN Johor semata-mata demi melawan BN. “Tentunya…

Read More

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Selepas 37 Jam Bergelar Suami. |Kuala Terengganu: “Menantu saya masih dalam keadaan trauma malah masih menunggu teh ais dan apam balik yang dipesan kepada suaminya,” kata Zaiton Yusof, ibu kepada Allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Surau Panjang, di sini, semalam. Zaiton, 57, berkata, menantunya, Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, sedar suaminya sudah meninggal dunia selepas kira-kira 37 jam mereka bergelar suami isteri namun masih belum dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang. Menurutnya, Allahyarham Muhammad Mustaqim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik berkahwin Sharifah Erin Nurshafieka di…

Read More

Adakan PRN Johor Ketika Kes Meningkat. Ini REAKSI Adham Baba. | JOHOR BAHRU: Peningkatan kes positif Covid-19 yang direkodkan pada ketika ini dilihat tidak menjadi penghalang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan. Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya lebih yakin dengan pemberian vaksin Covid-19 termasuk suntikan penggalak yang telah diberikan sebagai pelindung daripada jangkitan. Tambahnya, keadaan kini juga adalah lebih baik berbanding ketika mengadakan PRN di Melaka dan Sarawak sebelum ini. “Pihak berkuasa dalam mengendalikan SOP (prosedur operasi standard) ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah tentu akan melindungi pengundi daripada terjejas dengan jangkitan.…

Read More

MB selangor Mohon Maaf Kepada Mangsa Banjir. Ini Puncanya. | SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf susulan kelewatan penyerahan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mangsa banjir bagi daerah Klang dan Petaling. Amirudin berkata, kelewatan itu disebabkan terdapat tambahan permohonan yang tinggi di daerah berkenaan. Menurut beliau, kerajaan negeri juga mendapati terdapat permohonan dibuat lebih daripada sekali menyebabkan saringan kelulusan mengambil masa. “Klang mencatatkan bilangan 77,000 permohonan dan 30,000 daripadanya masih belum diselesaikan. “Kapasiti pembayaran dihadkan kepada 1,000 permohonan sehari menyebabkan proses agihan mengambil masa yang panjang,” katanya ketika sidang akhbar khas BSB di Bilik…

Read More

Lelaki Terjun Sungai. Rupa-Rupanya Ini Niat Sebenarnya. | Jertih: Tindakan lelaki terjun ke sungai dari Jambatan Jertih arah Bandar Jertih menghala ke Seberang Jertih, Besut, di sini, tengah hari semalam dipercayai kerana mahu menyejukkan badannya. Ini berikutan lelaki itu mendakwa badannya berasa amat panas lalu mengambil tindakan terjun ke sungai berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, keadaan lelaki itu selamat apabila dia pulang ke rumah, tetapi memberitahu mengalami kesakitan pada badan. Menurutnya, isteri mangsa bersama anaknya datang ke Balai Polis Jertih pada 9.30 pagi tadi memaklumkan bahawa individu yang terjun dari Jambatan Seberang Jertih…

Read More

BERANG Isteri Ke Pejabat Pada Hari Cuti. Ini Tindakkan MENGEJUT Si Suami. | Seorang lelaki nekad membakar bangunan pejabat Badan Perancang Kemajuan Wilayah (Bappeda) di Riau, Jalan Gajah Muda, Pekanbaru, Indonesia hanya kerana berang terhadap isterinya, lapor portal Kumparan. Lelaki tersebut didakwa geram terhadap isterinya yang tetap pergi bekerja meskipun pada Selasa (1/2/2022) adalah cuti Tahun Baru Cina. “Saya marah,” ujar lelaki itu ketika diiring anggota polis menuju ke lokasi dimana dia menuangkan minyak untuk dibakar. Ketua Polis Pekanbaru, Kombes Pol Pria Budi berkata, ketika lelaki itu datang ke bangunan Bappeda, dia tidak berjaya menemui isterinya. Padahal, dari rumah, si…

Read More

Caj RM1 Di ATM. Ini Respon Pemuda UMNO Buat Ramai SETUJU. |SHAH ALAM – Pemuda UMNO menggesa Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menarik kembali pelaksanaan semula caj RM1 bagi transaksi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) yang bermula pada bulan ini. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengecualian caj tersebut seharusnya diteruskan sekurang-kurangnya setahun lagi. Jelas beliau, pelaksanaan langkah itu juga dilihat sebagai tidak prihatin kepada keadaan semasa rakyat yang masih bergelut dengan kekurangan tunai dan peluang pekerjaan di samping peningkatan berterusan harga barangan keperluan asas. “Malahan…

Read More

Pesakit Mental Mati Mengejut Selepas Mengamuk Dan Menyerang Bapanya. | PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kematian seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang bapanya di Kampung Temong Hilir, Perak semalam. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT). Menurut beliau, pada pukul 7 malam, 29 Januari, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar mendapat maklumat berhubung seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai pesakit mental yang mengamuk dan menyerang bapanya. “Polis tiba di lokasi kejadian mendapati suspek dalam…

Read More

Seorang Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Sedang Bertugas. | Tawau: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya berhampiran Taman Eastern, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian 10.30 pagi itu mangsa berusia 41 tahun dikatakan sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan bersendirian sebelum dipercayai terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang mangsa lelaki tergantung pada…

Read More

Adun Umno Jawab Dakwaan Tarik Sokongan Kerajaan Kedah. | Alor Setar: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu daripada Umno, Datuk Norsabrina Mohd Noor menafikan dakwaan bahawa beliau dan seorang lagi Adun parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Norsabrina berkata, beliau tidak pernah memperkata atau membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak sebaliknya ingin fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangunkan Kedah. “Saya ada terima mesej (tangkap layar) itu sebab orang tanya saya mengenainya, memang tidak ada dibincangkan atau diperkata, tidak ada langsung tajuk itu. Dua Adun Umno (yang dirujuk)…

Read More