Mayat Seorang Lelaki Ditemukan Dalam Tandas Awam. | WANGSA MAJU – Seorang lelaki disyaki gelandangan ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah tandas terbiar di dewan blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Balai Polis Setapak telah menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10.30 pagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan. “Saksi awam yang menghubungi polis memaklumkan mereka telah menendang pintu tandas tersebut kerana berkunci dari dalam selepas tiada jawapan apabila dipanggil. “Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa yang berbadan…
Author: Admin Soleh
Anak Penggal Kepala Ibu. Ini Respond SAYU Bapa. | KUALA SELANGOR – “Saya maafkannya dan berharap dia insaf. Dia (suspek) tetap anak dan darah daging saya”. Demikian kata-kata pilu suami kepada seorang wanita yang maut dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, kelmarin. Menurutnya yang berusia 61 tahun, ketika kejadian dia sedang menjual udang di sekitar Kampung Bukit Belimbing, kira-kira pukul 5 petang. “Saya kemudian didatangi penduduk kampung yang memaklumkan kejadian itu lalu segera pulang ke rumah. “Sejurus tiba, remuk hati saya melihat kawasan kediaman sudah dipenuhi orang ramai dan arwah isteri sudah…
Ini Nasihat Hakim Pada Pihak Masjid Dan Orang Yang Merakam. | SHAH ALAM – Pihak masjid dan mereka yang merakam dan menularkan insiden seorang remaja dimandikan seperti jenazah dalam cubaan mencuri sebelum ini diminta tampil membuat permohonan maaf. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Halim Aman berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kepada pesalah (Daniel Iskandar) khususnya dan masyarakat secara umumnya. Katanya, perkara tersebut bukan satu perintah mahkamah sebaliknya saranan daripada beliau. “Jika saranan itu dipersetujui, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) boleh mengaturkannya (untuk permohonan maaf tersebut). “Langkah ini bagi menjernihkan semua pihak agar tidak berpanjangan dan diharap perbincangan…
Jiran Kongsi detik Cemas Kes Wanita Dipenggal Kepala. | Kuala Selangor: “Saya terkejut melihat keadaan rumah arwah yang berlumuran darah namun tidak berani untuk masuk ke dalam.” Begitu kata Ghazali Atan, 64, jiran kepada seorang wanita yang maut selepas kepalanya dipenggal anak kandung sendiri dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat sini, semalam. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menganyam daun nipah di rumahnya sebelum didatangi seorang wanita yang meminta pertolongan, kira-kira 5 petang. “Wanita itu mengatakan ibunya ‘sudah keluar darah’. Saya bergegas ke rumah mereka untuk melihat apa yang terjadi. “Tak sangka kejadian tragis itu berlaku kepada arwah. Kami…
Tular Pergi Mekah Tak Vaksin. Ini Penjelasan Ustaz Abu Syafiq. | Ketika tular perbincangan mengenai ustaz yang berjaya ke Mekah walaupun tidak divaksin, pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq tampil menjelaskan mengenai “vaksin” dimaksudkannya. Ketika dihubungi Malaysiakini, Abu Syafiq menjelaskan vaksin yang dimaksudnya adalah “Meningococcal Meningitis” atau MM dan bukannya vaksin Covid-19 seperti tanggapan warganet. “Vaksin MM, apa ini orang yang hendak pergi umrah perlu suntik dan mendapat buku vaksin oren kuning. Sekarang ini tahun 2022 kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM. “Sekarang ini untuk umrah. Untuk ke Mekah, Madinah kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan vaksin MM,”…
Penceramah Bebas Mengaku Tak Vaksin Dan Bawa Jemaah Tak Vaksin Ke Arab Saudi. | PETALING JAYA: Seorang penceramah bebas dikecam selepas membuat pengakuan secara terbuka di Instagram bahawa dia tidak divaksin dan kemudiannya membawa orang yang tidak divaksin ke Arab Saudi. Dalam akaun Instagram itu, dia menulis: “Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’”. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin…
Covid : Saintis Temui Varian Terbaharu iaitu “Deltacron”. | PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu Covid-19. Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg. Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta. Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut. Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital. “Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada…
Suami Meninggal Dunia Tak Sempat Lihat Anak Sulung Bakal Dilahirkan. | PETALING JAYA – Hari bahagia yang diimpikan seorang wanita untuk melahirkan zuriat sulung pada April depan selepas 10 tahun menanti tidak kesampaian apabila suaminya menghembuskan nafas terakhir ketika bertugas membantu mangsa banjir di Bukit Lanchong pada 5 Januari yang lalu. Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan, Dilla, 36, terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang hanya selepas tiga bulan bapanya menghadap Ilahi. Menurut Dilla, kehilangan dua lelaki paling bermakna dalam hidupnya ketika dia sarat mengandungkan anak sulung merupakan dugaan hidup paling besar yang pernah dihadapinya, Kata wanita itu, dia dan arwah…
Ahli Parlimen Bintulu Mempersoal Keupayaan Dr Noor Hisham. Ini Jawapan YB KJ. | NKUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China mengamalkan strategi sifar COVID-19 dengan melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes COVID-19 tidak bergejala dikesan di bandar raya itu, baru-baru ini. Meskipun mengakui strategi itu berkesan namun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia mengamalkan strategi mitigasi dalam mengawal pandemik COVID-19. “Tidak dinafikan pendekatan China berkesan. Namun strategi mereka iaitu containment atau zero COVID-19 bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan…
Lindungi Long Tiger. Ini Hukuman Dikenakan. | SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berperwatakan wanita dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, bulan lalu. Tertuduh, Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad. Nurul Ainna menjatuhkan hukuman penjara tersebut dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Disember lalu. Mengikut kertas pertuduhan, Rusli yang mengenakan blaus belang hitam dan putih serta seluar jeans didakwa melindungi Abdul Hamim Ab Hamid dengan niat untuk mengelakkan lelaki terbabit daripada ditangkap.…
