UMNO Putus Hubungan Politik Dgn PAS Kelantan. Ini Reaksi MB. | Kota Bharu: Pas Kelantan menghormati pendirian Umno negeri itu apabila membuat keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan parti itu, semalam. Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah pendirian Umno. “Pendirian kita, Pas masih lagi duduk bersama dengan Umno dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) serta untuk memperkasakan lagi PN. “Kita hormat pendirian mereka (Umno), tetapi memandangkan (kita) melihat perpaduan orang Melayu dan Islam ini penting, hasrat kita akan teruskan bersama Umno sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya. Beliau…
Author: Admin Soleh
PRN Johor. Ini Reaksi Perdana Menteri.| BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masih terlalu awal untuk menyatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi sebagai penanda aras kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. Beliau berkata, meskipun ramai pihak beranggapan bahawa PRN Johor boleh dijadikan penanda aras PRU-15 tetapi ia masih terlalu awal untuk dijadikan ukuran. “Kita kena lihat dulu (penanda aras PRU-15), PRN Johor belum pun bermula,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di sini hari ini. Semalam Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan pembubaran…
Ini Keadaan Terkini Tun Dr. Mahathir. | PETALING JAYA: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya. Mengesahkan perkara itu satu sumber terdekat memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu sudah mula bercakap. “Alhamdulillah, keadaan Tun terus stabil dan mula sedar sepenuhnya dan boleh bercakap,” katanya di sini hari ini. Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut. Terdahulu…
Tular Gambar Kubur Upin Ipin. Wanita Tampil Cerita Kisah Sebenar. | Selepas tularnya video wujudnya makam watak popular Upin & Ipin di Indonesia, seorang wanita dikenali sebagai Limiyadin telah tampil untuk bercerita kisah sebenar di sebalik kewujudan makam tersebut. Limiyadin berkata makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia tersebut tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com, semalam. Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih. “Jadi sekitar tahun itu, kami memperbaiki makam ini dan kedua orang tuanya tidak tahu memberikan nama apa. Salah seorang ahli keluarga…
Dituduh Tidur Sebilik Dgn Teman Lelaki. Ini Jawapan BALAS Janna Nick. | KUALA LUMPUR – Pelakon Janna Nick enggan melayan tuduhan netizen, kononnya dia tinggal sebilik dengan kekasihnya, Dinie Schatzman sepanjang percutian di London, baru-baru ini. Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, lebih baik dia mementingkan kesihatan berbanding melayan gosip liar yang tidak berasas sebegitu. Tegas pelakon Misteri Mona itu, dia sebenarnya tidak tidak perlu menjawab fitnah tersebut kerana sepanjang di London, mereka bukan sekadar bercuti, sebaliknya turut melakukan penggambaran sebuah telefilem produksi miliknya. Percutian tersebut juga disertai keluarga serta kakitangan syarikatnya. “Memang saya ada melihat dan ternampak…
Tular Gambar Makanan RMT. Cikgu Ini Tampil Jelaskan Cerita Sebenar. |Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah. Menerusi hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT. Menurut hantaran tersebut, “Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” tulisnya. Di dalam facebook seorang cikgu menjelaskan bahawa makanan tersebut bukan makanan RMT tetapi makanan yang disedekahkan oleh pengusaha kantin. Saya ada…
Video Tular 2 Pemuda Turun Ke Sawah Ketika Dikejar Polis. | JAKARTA – Dua pemuda tular di media sosial gara-gara bertindak masuk ke kawasan sawah padi untuk mencabut rumput kerana mengelak daripada disaman oleh polis, lapor laman berita Suara.com semalam. Video kejadian dimuat naik ke akaun Instagram bernama @gopos.id. Menerusi paparan video tersebut, dua orang lelaki berada di dalam kawasan sawah padi dan dilihat sedang mencabut rumput. Bagaimanapun, mereka sebenarnya dikatakan cuba melarikan diri daripada disaman sepasukan polis yang bertindak mengepung mereka kerana tidak memakai topi keledar. Dua lelaki tersebut dilihat meninggalkan selipar di atas tanah lalu turun ke dalam…
Lelaki Maut Di Restoran. Isteri Tampil Jelaskan Penyakit Suami. | Rawang: “Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu,” kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54. Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini, pagi hari ini. Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak. Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.…
Bayi Maut Gara-Gara Ambulans Terperangkap Dlm Kesesakan Lalu Lintas. | MAKASSAR: Gara-gara kesesakan lalu lintas yang teruk dan tiada kerjasama daripada pengguna jalan raya, sebuah ambulans yang membawa pesakit tidak sempat sampai ke hospital pada waktu yang sepatutnya. Akibatnya, pesakit yang merupakan seorang bayi itu meninggal dunia di dalam ambulans dan situasi itu dikesali pelbagai pihak termasuk pemandu kenderaan kecemasan tersebut. Menerusi satu video yang tular, pemandu ambulans itu dilihat menghantar pesakit itu ke hospital dan memaklumkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia akibat terlalu lama untuk sampai hospital kerana kesesakan lalu lintas. Pemandu tersebut juga memaklumkan, pengguna jalan raya enggan…
Tangkap Suami Bersama Kekasih Gelap. Tindakkan Wanita Ini Buat Ramai Orang CEMAS. | JAKARTA – Seorang wanita yang mendapat tahu mengenai kecurangan suaminya bertindak nekad dengan berdiri di hadapan kereta lelaki itu yang sedang dipandu sehingga dirempuh secara tidak sengaja, lapor laman berita Suara.com semalam. Berdasarkan sebuah video yang tular di media sosial, seorang wanita bertudung hitam dilihat berdiri di hadapan sebuah kereta berwarna hitam yang dipandu suami bersama perempuan simpanannya. Wanita itu dirempuh secara perlahan oleh kereta tersebut sehingga membuatkannya hampir jatuh, namun, dia dengan pantas memanjat ke atas bonet hadapan kereta itu. Kedengaran suara orang ramai yang berada…
