Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Muhyiddin Yassin Disahkan Positif Covid-19. | PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 hari ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau di Facebooknya dan Presiden Bersatu itu berkata dirinya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik. Beliau juga akan menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). “Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya. Muhyiddin juga menasihatkan mana-mana individu berkemungkinan menjadi kontak rapatnya untuk mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM. “Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,”…

Read More

Ini Suasana Pengebumian Rayan Oram Yang Buat Ramai SEBAK. | Ighrane: Orang ramai menghadiri majlis pengebumian Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam perigi sedalam 32 meter. Ratusan hadirin meratapi pemergian kanak-kanak itu di tanah perkuburan yang terletak di lokasi terpencil di utara wilayah Chefchaouen, beberapa kilometer (km) dari lokasi tragedi ketika seorang imam membacakan doa pada Isnin. Keranda kecil menempatkan jenazah Rayan dilitupi kain hijau tertera ayat al-Quran. Jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad sambil diiringi doa dan bacaan ayat suci al-Quran. Warga maya turut tidak terkecuali mengucapkan takziah atas…

Read More

Kontroversi Iqbal. Pihak Astro Tampil Jelas Perkara Sebenar. | Kuala Lumpur: Penerbit program realiti nyanyian Big Stage musim keempat iaitu Astro Ria menegaskan usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli memenuhi semua kriteria ditetapkan Big Stage walaupun tindakan membawa masuk Iqbal sebagai peserta ke-12 mengundang kecaman hebat pelbagai pihak termasuk penyanyi tanah air. Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihak penerbitan juga menyediakan pelbagai inisiatif kepada semua peserta untuk memperbaiki mutu persembahan mereka. “Dengan 2.1 juta ‘views’ yang dimiliki Iqbal menerusi single pertama, Hujan, Big Stage menawarkan platform untuk membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya di pentas yang lebih…

Read More

Seorang Bayi Lelaki Baru Lahir Maut Ditikam Ibu Kandungnya. | KEMAMAN – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di daerah ini, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu. “Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.…

Read More

Lelaki Cuba Bunuh Diri Kerana Teman Wanita Tidak Jawab Panggilan Telefon. | Shah Alam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa empat jam bagi memujuk seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri di tingkat 18 sebuah pangsapuri di Seksyen U2 dekat sini, awal pagi hari ini. Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian berikutan panggilan telefonnya tidak dijawab oleh teman wanita. Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden cubaan bunuh diri berkenaan pada 3.35 pagi. Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas…

Read More

PKP Di Aidilfitri? Ini Jawapan TEGAS Menteri Kesihatan. | PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan gelombang penularan Omicron dapat diturunkan sebulan atau dua bulan lagi sekali gus membolehkan sambutan Aidilfitri pada awal Mei depan tanpa sekatan pergerakan. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bergantung kepada pematuhan langkah pengawalan oleh rakyat termasuk mengambil dos penggalak dan mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka. “Ini semua tentang tingkah laku, saya tahu ramai risau tentang raya dan sebagainya, tetapi jika kita memainkan peranan penting, dapatkan dos penggalak, vaksin anak-anak, kita jangka akan dapat stabilkan pandemik dalam masa sebulan atau dua bulan…

Read More

KKM Bakal Gunakan Antivirus Pada Pesakit Covid. | PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses memantapkan Kaedah Penjagaan Klinikal pesakit Covid-19 bagi tujuan memulakan ubat antivirus terkini yang akan diberikan kepada pesakit wabak itu yang berisiko tinggi, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata, ia akan diberikan kepada pesakit Covid-19 pada peringkat awal iaitu semasa mereka bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk. Bercakap ketika sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 pada Isnin, Khairy berkata, rawatan antivirus ini akan meliputi pesakit di klinik kesihatan, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital bagi…

Read More

Mayat Wanita Ditemui Dlm Keadaan Badan Dan Kepala Hancur. | PETALING JAYA: Seorang wanita ditemukan dalam keadaan hancur pada badan dan kepala selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah menara di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields dekat sini hari ini. Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu di lobi menara berkenaan pada pukul 6.41 pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri mangsa di lokasi kejadian. Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. “Polis menyeru orang ramai tidak membuat…

Read More

Seorang Lelaki Kehilangan 7 Ahli Keluarga Maut Dlm Kemalangan. | SUKOHARJO: Seorang lelaki kehilangan tujuh ahli keluarga sekali gus dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Imogiri-Mangunan, Bantul semalam. Mulyadi, 49, menceritakan, dia bersama keluarganya mengikuti rombongan berkelah dengan menaiki dua bas persiaran dan dia terselamat kerana menaiki satu lagi bas. “Antara tujuh ahli keluarga saya yang terkorban termasuklah ibu, kakak dan kakak ipar saya. “Saya sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda dengan ketentuan ini,” katanya. Mulyadi turut memberitahu, mereka tidak mempunyai sebarang firasat atau perasaan pelik sebelum bertolak. “Kami amat gembira untuk berkelah kerana selepas dua tahun pandemik…

Read More

MUDA Nak Tanding 10 Kerusi. Ini Reaksi DS Anwar Ibrahim. | SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu mengemukakan terlebih dahulu senarai 10 kerusi mahu ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaik menerima senarai berkenaan pihaknya akan mengadakan perbincangan termasuk bersama semua rakan komponen gabungan. “Tak apa biar mereka (Muda) bawa senarai dulu kepada kita (PH), kemudian baru kita bincang,” kata Anwar mengulas hasrat Muda yang dikatakan menyasarkan untuk bertanding 10 kerusi pada PRN Johor. Beliau ditemui pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (Serve) 2022 di Dewan…

Read More