Kanak-Kanak Perempuan Maut Terjatuh Dari Tingkat 7. | PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kuarters penjawat awam, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 5 itu, mangsa dikenali sebagai Keisha Nawrah Md. ditemui orang awam di bawah bangunan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa sempat diberikan rawatan kecemasan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut namun,…
Author: Admin Soleh
Seorang Lelaki Maut Ditetak Rakan Serumah Kerana Telefon Bimbit. | BUTTERWORTH – Seorang lelaki maut ditetak selepas bergaduh dengan rakan serumahnya dipercayai pergaduhan itu berpunca daripada kehilangan sebuah telefon bimbit milik kawan mereka, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di sini pada Ahad malam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Sisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan kejadian terhadap lelaki berusia 30 tahun itu pada jam 7.35 malam. “Berdasarkan keterangan saksi iaitu adik lelaki tiri suspek, dia yang tinggal di rumah bersebelahan terdengar pertengkaran mulut antara abang tirinya yang menyewa rumah itu…
Tengku Adnan Dedahkan SESUATU. | PETALING JAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor mendakwa beliau dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas kekalahan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan mendakwa beliau antara Ahli Parlimen Umno yang dipujuk melompat ke Bersatu. “Saya telah diminta untuk memberikan sokongan kepada mereka, lompat kepada parti mereka dan diberikan janji pelbagai jawatan sehinggakan jawatan penghabisan adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Namun demi Allah, apa yang saya ada hari ini adalah kerana Umno dan saya tidak akan mengkhianati parti saya. “Walau apa terjadi saya tidak akan mengikut apa…
Meninggal Dunia Sehari Selepas Perkahwinan. | KOTA BHARU – “Abang…kita dah kahwin,” itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh Siti Saraf Ismail, 25, kepada suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz, 25, sebelum meninggal dunia pada Ahad. Mahligai bahagia yang dibina hanya bertahan seketika apabila Siti Saraf yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya telah dijemput Illahi dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal. Sungguhpun agak pahit untuk ditelan, Mohamad Amirul Akmal dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan. “Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala. “Selepas itu dia…
Seorang Wanita Nekad Membakar Bilik Ayahnya Kerana Lapar. | Seorang wanita berusia 20 tahun yang menetap di Willingham, Cambridgeshire tergamak membakar bilik tidur ayahnya berikutan lapar dan tidak mempunyai makanan yang mencukupi di rumah, lapor Daily Star. Wanita yang bertindak membakar bilik tidur ayahnya setelah bengang kerana kekurangan makanan di rumah mereka berjaya menghindari hukuman penjara. Pada hari kejadian, wanita tersebut menelefon ayahnya yang sedang berada di tempat kerja dan beliau mengadu bahawa tidak ada makanan yang mencukupi di rumah. Wanita itu meminta ayahnya untuk keluar membeli makanan, tetapi ayahnya menegaskan bahawa dia perlu membeli makanannya sendiri, dengan nada yang…
Dituduh Buat Kecoh Persidangan UMNO. Ini Jawapan BALAS DS Idris Haron. | MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjelaskan, kekecohan yang didakwa berlaku ketika Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Klebang Kechil, bukan dicetuskan dirinya. Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata, mesyuarat berkenaan berlangsung di hadapan rumahnya dan bertukar kecoh selepas kehadiran beberapa pemimpin UMNO Bahagian Tangga Batu. Katanya, sebagai individu yang telah dipecat keahlian daripada parti, beliau memahami keadaan itu dan tidak langsung mencampuri perjalanan persidangan, namun tetap memberikan kebenaran untuk diadakan di anjung rumahnya atas dasar menghormati masyarakat sekitar. “Persidangan berlaku…
Pilihan Raya Waktu Covid. Ini Perkara Yg Tak Boleh Dilakukan Semua Parti Politik. | Sebarang kegiatan, perhimpunan atau majlis sosial sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka – termasuk ketika kempen – adalah tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan. Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia bagi mengelakkan peningkatan kes dan kluster Covid-19 yang berisiko tinggi menular dalam perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul dari seluruh negara. “Memandangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 masih tinggi, terutama dengan penularan…
Kumpulan Antivaksin Tak Bebas. Ini Tindakkan Menteri Kesihatan. | KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati oleh kumpulan antivaksin berbanding individu yang lengkap divaksin, Dewan Negara diberitahu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin Covid-19. Beliau berkata, terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan, iaitu mereka yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan mereka yang enggan menerima vaksin. “Dimaksudkan di sini bukan kita…kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri, iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin,…
Dua Pegawai SPRM Lari Lintang Pukang Selepas Didakwa Rasuah. | JOHOR BAHRU: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan menipu seorang penguatkuasa untuk menyerahkan RM40,000, bagi menyelesaikan kesnya yang disiasat agensi berkenaan, Khamis lalu. Tertuduh pertama, Penolong Penguasa P29 SPRM Kluang, Amir Izham Shahak, 32, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan. Tertuduh kedua, Penguasa P42 SPRM Johor Bahru, Wan Kamarul Zaim Wan Mansor, 34, pula, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama sebagai ejen kerajaan iaitu Penolong…
Seorang Anak Tergamak Membelasah Ibunya Yg Berusia 73 Tahun. | PETALING JAYA: Seorang lelaki membelasah ibunya yang berusia 73 tahun hingga patah pergelangan tangan selepas wanita itu enggan memberikan wang bagi membeli dadah. Wanita itu diserang dengan kayu oleh anaknya yang berusia 45 tahun di rumah mereka di Pelangi Damansara di sini pada jam 7 malam Sabtu lalu. Wanita itu kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, susulan laporan wanita itu, pada jam 11.30 malam hari yang sama, polis menyerbu kediaman berkenaan dan menahan suspek. “Polis menahan suspek yang berusia 45 tahun…