Enam Beradik kehilangan Ibu Akibat Covid-19. | SUNGAI PETANI: “Jaga adik-adik dengan baik dan dengar semua nasihat nenek.” Itulah pesanan terakhir seorang ibu, Faridah Omar, 35, kepada salah seorang anaknya, Muhd. Syakir Safwan Muhd. Saifol, 10, sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam. Faridah yang tinggal di Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini mempunyai enam orang anak berusia antara empat tahun hingga 15 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu. Menurut Muhd. Syakir, dia tidak menyangka ungkapan itu merupakan pesanan terakhir…
Author: Admin Soleh
Ingat Lagi Adik Ain Ni. Terkini Dia Dapat Surat Tuntutan Lawyer.| Beberapa bulan lepas kisah adik Ain ni viral. Terkini dia maklum ketika sedang jalani kelas online, dia dapat surat tuntutan dari lawyer. Tak sangka. Baca selanjutnya. Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan tindakan seorang guru menjadikan jenayah rogol sebagai satu gurauan memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya. Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya petang tadi memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fitnah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga…
Duit Puluh Ribu Bertaburan Di Hospital. Ini Cerita Sebenarnya | Gambar ini jadi viral di laman sosial apabila sejumlah wang tunai bertaburan di atas lantai sebuah hospital. Ramai yang bertanya kenapa duit ini bertaburan di atas lantai ini. Rupa-rupanya duit ini adalah milik kepunyaan seorang wanita yang inginkan rawatan di hospital berkenaan. Untuk ketahui kisah selanjutnya baca kisah di bawah. Gambar ini diambil di sebuah hospital dan ada kisah di sebaliknya. Ia bermula apabila seorang wanita mengalami penyakit kanser sedang mengusung beg yang dipenuhi dengan wang kertas yang sangat banyak dengan harapan doktor di situ dapat menyelamatkan hidupnya dan dia…
Usul Undi Percaya. Ini Komen Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang. | KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Blok Pembangkang bersependapat bahawa satu mesyuarat khas Parlimen mesti diadakan sesegera mungkin dan tidak lewat dari 9 Ogos. Menerusi satu kenyataan bersama, mereka berkata mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri. “Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga bulan September. “Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah Kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen. “Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik…
Tarik Sokongan Pada PM. Ini Komen DS Nazri Aziz. | KUALA LUMPUR: Pendedahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada yang mendesak beliau campur tangan urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah membuktikan bahawa keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dibuat atas kepentingan peribadi, dakwa Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Menurut Nazri, pendedahan yang dibuat Muhyiddin itu membuktikan keputusan pihak yang menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini. “Saya kira ini kali pertama Perdana Menteri mendedahkan perkara ini kepada umum. “Jadi bila…
Pengumuman Khas Perdana Menteri. Ini Komen DS Najib Razak. | Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi menghadap Seri Paduka, pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara. Pada sesi menghadap hampir sejam itu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau menyembah maklum mengenai penerimaan jumlah surat akuan bersumpah (SD) yang disifatkan sebagai meyakinkan. Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen yang…
Pengumuman Khas YAB Perdana Menteri. | PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri. Menurut sumber, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu. Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi. Selesai menghadap Seri Paduka, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Difahamkan beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid…
Anak-Anak Video Call Dengan Abah Sebelum Ditidurkan. | Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi pilu yang dilalui keluarga ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa bapa tercinta akan ‘ditidurkan’ selepas dijangkiti wabak maut, Covid-19. Kisah sayu itu dikongsikan oleh Nurul Shamimi menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut wanita ini., kali terakhir dia berjumpa ayahnya adalah pada tahun lepas. Baru-baru ini, bapanya telah dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin merosot. Abah kena kuat, kami nak peluk cium tangan abah minta maaf. Allah bagi kami peluang itu.…
Ini Yang Sedang Berlaku Di Rumah YAB Perdana Menteri Sekarang. | Beberapa kenderaan milik orang kenamaan dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa malam. Beberapa rakaman video dimuat naik oleh BERNAMA TV, memaparkan situasi semasa di perkarangan kediaman Muhyiddin Yassin. Difahamkan, antara yang dilihat hadir ialah bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disusuli Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. Selain itu, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran turut dilihat memasuki kediaman…
Seorang Menteri Daripada Parti Umno Letak Jawatan. | KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini. Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keputusan dan pendirian UMNO. “Pertama saya merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana saya diberikan peluang berkhidmat sebagai Menteri Tenaga Dan Sumber Asli dan pastinya pimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan. “Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli UMNO yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan…