Saksi Dedah Keadaan Bella Semasa Jumpa Kali Pertama Di HKL | KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menemui remaja Sindrom Down dikenali Bella dalam keadaan kurus dan ketakutan dengan kesan kecederaan pada tangan serta muka. Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, yang juga pegawai pelindung remaja berusia 13 tahun itu berkata keadaan itu dilihatnya kali terakhir beliau berjumpa Bella di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 4 Julai 2021. “Saya melawat Bella di HKL, saya nampak muka Bella berparut dan sedikit kurus berbanding peringkat awal penyerahan remaja itu kepada Siti Bainun (pada 2020). “Secara fizikal…
Author: Admin Baik
Terkini! Ini Harga Ayam Sekilo Mulai 1 Julai | PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji). Ronald berkata penetapan harga ayam standard dan telur ayam itu membabitkan Semenanjung. Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling ayam pada…
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidiladha Umum Malam Ini | KUALA LUMPUR: Pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar Hari Raya Aidiladha akan dibuat hari ini. Penetapan tarikh Aidiladha ini akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas sesi pencerapan oleh panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada petang ini. Setakat ini, tarikh perayaan itu masih kekal seperti diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan. Ketika ini terdapat sejumlah 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun. SUMBER : Astro Awani
Isteri Belum Hamil Lepas Seminggu Kahwin, Mentua Suruh Anak Kahwin Lain | Sebuah hantaran yang tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang baru seminggu berkahwin tetapi dibantah oleh keluarga mentua kerana belum hamil, lapor laman berita Suara.com. Hantaran berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @/igtainmentt. Wanita itu mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu berkahwin. “Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak. “Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan,…
Berita Baik Buat Kaki Shopping, Langkawi Premium Outlet Bakal Dibuka! | KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB) menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini. Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus. “Saya sangat gembira mengenai pembukaan projek ini serta 36 daripada 38 unit LPO ini telah berjaya disewakan kepada usahawan tempatan, ini adalah perkembangan baik buat BDB,” katanya ketika membuat lawatan kerja di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini. Dalam masa sama, beliau berkata fasa kedua projek berkenaan dijangka siap pada 2024 merangkumi…
“Demi Allah Saya Tak Tumbuk, Tendang Dan Cekik”, Sharnaaz Ahmad Buka Cerita Sebenar | KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan dia bertindak kasar terhadap seorang individu dalam kejadian di sebuah kondominium di Segambut, di sini baru-baru ini. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menegaskan, dia hanya membantu mempertahankan seorang pengawal keselamatan yang didakwa sedang bergaduh dengan pengadu yang juga penghuni di kondominium tersebut. “Di rumah saya ada guard (pengawal keselamatan), salah seorang penduduk iaitu pengadu sedang bergaduh dengan guard sebab tak boleh bawa masuk minyak… tapi itu minyak kawan dia, saya tak…
Penderma Darah Dapat Hadiah Mi Segera Perisa Daging Babi, Ini Tindakan Polis | BATU PAHAT: Polis daerah ini membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam (27 Jun). Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada jam 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan. “Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang. “Siasatan awal mendapati, satu program derma darah…
Kegembiraan Bercuti Bertukar Tragedi. Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Ketika Bermain | KUALA NERUS: Seorang kanak-kanak meninggal dunia manakala dua kakaknya dirawat di hospital akibat disengat tebuan dalam kejadian di hadapan rumah datuk mereka di Kampung Tok Jembal pada petang Ahad. Kejadian malang itu berlaku pada pukul 5.40 petang ketika tiga beradik itu, Eidrish Mohd. Khalid, 5, Nur Aiyris Dania, 7, dan Nur Adelya, 10, sedang bermain di sebuah padang sebelum terkena sengatan tebuan yang dipercayai bersarang di pelantar jeti terbiar berdekatan. Bagaimanapun, Eidrish disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 11.20 malam semalam dan dikebumikan di…
Ibu Hilang Anak Tersayang Sekelip Mata. ALFATIHAH. | KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama rakannya berhampiran balai raya Chengal Lempong, semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian. Beliau berkata, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity ditemui orang awam sekitar tali air itu selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan. “Anggota bomba yang tiba…
Masjid Al-Aqsa Mungkin Akan Runtuh | BAITULMAQDIS – Masjid al-Aqsa berisiko runtuh disebabkan kerja penggalian yang giat dilakukan Israel menyebabkan kesan retak dan kerosakan pada struktur bersejarah tersebut. Amaran tersebut diberikan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam dan Hal Ehwal al-Aqsa, Azzam al-Khatib selepas projek berkenaan dijalankan di masjid ketiga paling suci itu sejak beberapa minggu lalu. “Terdapat kerja penggalian berbahaya dan tidak diketahui. Tiada siapa tahu apa tujuan dan matlamat sebenar mereka. Kami hanya dapat melihat impak pada struktur. “Getaran kuat yang berlaku juga menyebabkan runtuhan daripada siling di ruang solat di bahagian selatan,” ujarnya sambil menambah projek tersebut semakin…