Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Siput | Seorang lelaki maut akibat diserang buaya semasa sedang mengutip siput bersama dua rakan di muara sungai Kampung Pagason, Kudat. Polis sudah mengenal pasti mangsa yang didakwa dibaham buaya di perairan Kampung Mapan-Mapan di sini dan mayatnya akan diambil untuk proses bedah siasat. Mangsa dikenali sebagai Serata berusia 40-an parah di bahagian rusuk kanan akibat diserang haiwan reptilia itu dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, mangsa bersama dua rakannya melakukan aktiviti mencari siput di perairan Kampung Pagason.…

Read More

Pelik..Rambut Kanak-Kanak Ini Tidak Boleh Sikat, Ini Puncanya.. | Seorang kanak-kanak lelaki negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) menghidap sejenis sindrom rambut tidak boleh disikat (UHS) sehingga menyebabkan ia kalis air, lapor laman berita Wion News semalam. Rambut perang kanak-kanak lelaki bernama Locklan Samples dan berusia 14 bulan itu berdiri tegak sehingga memudahkan ibunya, Katelyn Samples, untuk menjaganya kerana hanya perlu dicuci sekali seminggu. “Rambut itu kalis air, jadi ia mengambil masa seminit untuk menyerap air dan syampu yang lembut,’’ kata Katelyn. Menurut laporan, keadaan itu amat jarang berlaku dan hanya terdapat 100 kes di seluruh dunia. Bahkan, ada yang percaya…

Read More

Solat Rapatkan Saf, Ini Respon Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Kerajaan ne­geri bersedia untuk membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin. Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan ketetapan. Termasuk tarikh pelaksa­naan solat dengan merapatkan saf. “Kita belum lagi buat keputusan, namun secara dasarnya jika cadangan ini disyorkan, kita akan ikut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembah­yang di rumah ibadat…

Read More

Rusia, Ukraine Setuju Laksana Gencatan Senjata Sehari, Ini Sebabnya.. | Moscow dan Kiev hari ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama sehari di beberapa koridor pemindahan bagi membolehkan penduduk melarikan diri dari zon peperangan, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk. Vereshchuk berkata, Moscow berikrar untuk menghormati gencatan senjata dari pukul 9 pagi (waktu tempatan) hingga 9 malam (waktu tempatan) di kira-kira enam kawasan pertempuran termasuk wilayah-wilayah di sekitar Kiev, Zaporizhzhia di bahagian selatan dan beberapa bahagian timur laut Ukraine. Orang awam di sekitar Kiev termasuk Irpin dan Bucha akan dipindahkan ke ibu negara Ukraine itu untuk mengelak daripada serangan…

Read More

Bilal Masjid Mengamuk, Tikam 10 Orang Guna Sabit | KEDIRI: Seorang lelaki menikam 10 orang termasuk ahli keluarga dan jiran menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian amuk di Desa Pojok, Kediri, Jawa Timur. Kejadian itu menyaksikan empat orang terbunuh termasuk ibu, ayah dan adik suspek serta tujuh yang lain cedera. Menurut seorang saksi, Aris Setiawan, kejadian itu bermula ketika suspek yang dikenali sebagai Riyanto bertengkar dengan ibu dan ayahnya mengenai pekerjaan. CNN Indonesia difahamkan, suspek kini tidak bekerja selepas diberhentikan baru-baru ini. “Beberapa jiran memaklumkan, suspek dilihat bertengkar dengan ibu dan ayahnya soal kerja sebelum keadaan menjadi huru-hara. “Ketika itu,…

Read More

Ini Rupanya Kisah Sebalik Misteri Ukiran Nama Pada 15 Ekar Padang Rumput | London: Gara-gara ingin membuat permohonan maaf kepada si isteri, seorang petani bertindak membuat ‘ukiran’ di padang rumput sehingga mencetuskan persoalan pengguna media sosial yang berusaha mengetahui mesej di sebaliknya. Media sosial dibanjiri spekulasi selepas helikopter polis ternampak perkataan ‘SUE x’ terukir dalam huruf besar di padang rumput yang luas di Tetsworth. Huruf ‘x’ sering digunakan untuk menggambarkan ciuman. Perkhidmatan Udara Polis Kebangsaan kemudian menulis di akaun Twitternya meminta pengguna media sosial berkongsi ‘ukiran’ berkenaan bagi mencari siapa sebenarnya Sue yang dimaksudkan. Tidak lama selepas itu pelbagai teori…

Read More

Keberanian Kanak-Kanak Ini Tinggalkan Ukraine Seorang Diri Dipuji Ramai, Digelar ‘Wira Malam’ | Kyiv: Seorang budak lelaki dari Ukraine, dipuji sebagai ‘wira malam’ oleh pihak berkuasa Slovakia selepas dia dipercayai menyeberangi sempadan Ukraine ke Slovakia, secara bersendirian. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu membawa beg galas, beg plastik dan pasport. Selain itu, ada nombor telefon tertulis di tangannya, menurut Kementerian Dalam Negeri Slovakia. Gulf News melaporkan, ibu kanak-kanak itu terpaksa tinggal di Ukraine. Dia memutuskan menghantar anaknya itu untuk perjalanan sejauh 1,000 kilometer, secara bersendirian menaiki kereta api. Ia bagi mencari perlindungan dengan menumpang bersama saudara-mara keluarganya di negara jiran. Zaporizhzhia…

Read More

Ini Syarat Rusia Keatas Ukraine Jika Mahu Akhiri Perang | Rusia mengumumkan senarai tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev mahu Moscow menamatkan perang dengan segera, lapor akhbar The Sun kelmarin. Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menegaskan, Moscow mahu Ukraine menamatkan tindakan ketenteraan, mengubah perlembagaan untuk menjadi negara neutral, mengiktiraf Semenanjung Crimea sebagai milik Rusia dan menyerahkan wilayah Luhansk serta Donetsk. Kata Peskov, Rusia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan dengan segera sekiranya Kiev memenuhi semua tuntutan tersebut. Menurutnya, Moscow tidak akan menuntut mana-mana wilayah lain di Ukraine. “Kami benar-benar ingin menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine, kami akan menamatkannya. Bagaimanapun, perkara…

Read More

Benarkah Situasi Perang Di Ukraine Hanya Lakonan Semata-Mata? | Aliran maklumat palsu dan mengelirukan tentang konflik di Ukraine didakwa semakin meningkat malah kini muncul pula beberapa teori tidak masuk akal yang dikongsi di media sosial selepas kempen pencerobohan di Rusia masuk minggu kedua. Ada pihak turut mendakwa peperangan tersebut hanyalah ‘olok-olok’, rekaan media atau sengaja diperbesar-besarkan Barat walaupun media arus perdana sentiasa melaporkan perkembangan terkini operasi ketenteraan tersebut. BBC menerusi laporan mereka mendedahkan rakaman video yang memaparkan seorang pemuda dengan wajahnya berlumuran darah palsu yang meraih jutaan tontonan di pelbagai platform sebenarnya tiada kaitan dengan peperangan tersebut. “Ia adalah gambar…

Read More

Suasana Kecoh Orang Ramai Berebut Kutip Wang ‘Jatuh Dari Langit’ | Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan situasi penduduk sebuah kampung di wilayah Jawa Tengah berebut-rebut mengutip wang kertas yang ‘jatuh dari langit’, lapor laman Berita Hits hari ini. Berdasarkan video tersebut, sekumpulan penduduk sedang merebut wang di kawasan tanah lapang yang dikatakan ditabur oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya. Mereka kelihatan berebut-rebut mengutip wang-wang itu sehingga ada antaranya yang terjatuh. Wang kertas yang ditabur itu dilaporkan bernominasi 50,000 rupiah (RM14.50) dan 100,000 rupiah (RM29). Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat. “Adakah dia…

Read More