NASA Akhirnya DEDAH Imej Detik-Detik Kapal Angkasa Hentam Asteroid | Saintis mendedahkan imej pertama dari satu satelit kecil yang merakam detik kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merempuh sebuah asteroid pada Isnin lalu, lapor akhbar The Sun semalam. Kapal angkasa kecil LICIACube bersaiz gelombang mikro berjaya merakam gambar misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) NASA dalam memesongkan orbit batuan angkasa. Imej-imej itu sampai ke Bumi 24 jam kemudian, dan ia menunjukkan senario serpihan yang terhasil akibat hentaman tersebut tersebar sejauh 10.9 juta kilometer dari lokasi berkenaan. Satelit kecil itu turut merakam situasi sebelum dan selepas pelanggaran…
Author: Admin Baik
Netizen TERKEJUT Majlis Kahwin Ini Penuh Sayuran Dan Buah, Ini Sebabnya.. | Sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian netizen kerana meletakkan buah-buahan dan sayuran segar di samping dekorasi lain, lapor program berita Liputan6 semalam. Bukan sekadar itu, tetamu juga dibenarkan membawa pulang mana-mana sayuran atau buah yang mereka suka. Berdasarkan klip video yang tular, majlis tersebut dihiasi dekorasi floral yang turut diselitkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran di atas meja serta pentas perkahwinan. Antara yang diletakkan termasuk buah anggur, nanas, tomato, lobak dan kacang panjang. Semua bahan makanan itu boleh diambil oleh tetamu, malah terdapat tetamu yang…
Angkasawan Dakwa Sempat Rakam Kelibat ‘Malaikat Angkasa’ | Seorang angkasawan merakam gambar yang memaparkan kelibat kelihatan seperti ‘malaikat angkasa’ semasa mengorbit Bumi, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. Angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA), Samantha Cristoforetti merakam pelancaran Roket Soyuz Russia pada Rabu lalu. Dari sudut pandangannya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), laluan yang ditinggalkan oleh penerbangan itu mencetuskan imaginasi beberapa pemerhati. Pakar teknologi untuk laman web CNET, Amanda Kooser, menyamakannya dengan figura malaikat dengan sayap terbentang sedang naik ke orbit. Manakala blog IFLScience menyifatkan ia sebagai malaikat angkasa yang hebat. “Wah, hampir kelihatan seperti adegan dari filem angkasa tahun 1960-an. Tidak…
Niat Lamar Kekasih Namun Lelaki Ini ‘Diberkas’ Polis, Rupanya Ini Yang Berlaku.. | Seorang lelaki di negeri Washington, Amerika Syarikat menggunakan kaedah unik untuk melamar pasangannya iaitu dengan berpakat bersama polis agar memberkasnya di hadapan wanita tersebut, lapor laman berita Times Now semalam. Berdasarkan video yang tular, beberapa anggota polis daripada Jabatan Polis Whitman dilihat menghampiri pasangan itu di sebuah restoran sebelum menggari lelaki berkenaan. Teman wanitanya yang terkejut, mengekori anggota polis bersama teman lelakinya untuk keluar dari premis tersebut. Sejurus berada di luar restoran, lelaki berkenaan dilihat melutut di hadapan teman wanitanya lalu menghulurkan sebentuk cincin kepadanya. Teman wanitanya…
Gara-Gara Mahu Lihat Guru Kacak Disekolah Anak, Ini Tindakkan Makcik-Makcik Lakukan | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan beberapa wanita rajin menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah kerana ingin melihat seorang guru muda yang kacak, lapor laman berita Suara.com semalam. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @bundsthetic. Beberapa wanita yang menunggu di hadapan pintu pagar sekolah kelihatan malu-malu kucing ketika bertemu seorang guru lelaki muda. Guru itu dikatakan mengajar subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah tersebut. “Mak zaman sekarang semua begini ke? Guru agama islam kacak terus ditahan,” demikian kenyataan dalam video tersebut. Ketika membawa…
Ibu Bapa Saman Anak Gara-Gara Tak Beli Rumah Untuk Adik Lelaki | Ujian demi ujian dihadapi oleh seorang wanita, semasa kecil diabaikan dengan diberi kepada orang lain untuk menjaganya, bila sudah besar ibu bapa kandung muncul semula hingga tergamak menyaman anak tersebut. Baca selanjutnya.. Sepasang suami isteri di China yang mengabaikan anak mereka sejak berusia dua tahun, muncul semula secara tiba-tiba bagi meminta dia membelikan sebuah rumah kepada saudara lelakinya, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Rakyat China Dilarang Sentuh Warganegara Asing, Ini Sebabnya.. | Berikutan dengan peningkatan kes jangkitan wabak cacar monyet di beberapa negara, ini pula arahan kerajaan China terhadap penduduk negaranya bila berjumpa dengan warganegara asing. Baca selanjutnya.. Seorang pegawai kanan China memberi peringatan kepada penduduk negara itu agar tidak menyentuh warganegara asing bagi mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti wabak cacar monyet, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin. Ketua Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou mengeluarkan nasihat tersebut sehari selepas kes pertama cacar monyet dilaporkan di Tanah Besar China. Beliau berkata, sekatan Covid-19 dan kawalan sempadan yang ketat setakat ini berjaya…
Penduduk Usung Mayat Guna Kain Pelekat Sejauh 3KM, Puncanya Buat Ramai SAYU | Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penduduk Polewali Mandar di wilayah Sulawesi Barat mengusung jenazah menggunakan kain pelekat sejauh 3 kilometer, lapor laman berita Detik hari ini. Dalam video tersebut, sekumpulan lelaki dilihat mengusung jenazah tersebut menggunakan kain pelekat yang digantung pada batang buluh. Mereka melalui sebatang jalan raya yang dipenuhi kenderaan yang lalu-lalang. Dalam video tersebut, kedengaran suara seorang wanita meluahkan kekesalan lantaran pihak pusat kesihatan masyarakat yang dikatakan tidak memberi perhatian terhadap kes tersebut. “Si mati meninggal dunia namun tiada ambulans yang boleh…
Badan Trak Pikap Ini Dipenuhi Dengan Makanan, Rupanya Ini Sebabnya… | Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda di wilayah Chiang Rai, Thailand mendapat pujian pengguna TikTok kerana melekatkan pelbagai jenis makanan ringan dan pelitup muka pada badan trak miliknya untuk diambil oleh orang ramai secara percuma. Menurut laman berita Thaiger, video yang memaparkan trak pikap berwarna putih itu dimuat naik Jumaat lalu oleh seorang pengguna TikTok. “Anda amat baik hati. Chiang Rai hebat,” demikian menurut keterangan pada video tersebut. Dalam video itu, sejumlah makanan ringan dan pelitup muka dilekatkan pada badan trak pikap tersebut beserta sehelai kertas yang bertulis: “Ambil…
Britain Larang Delegasi China Lihat Keranda Ratu Elizabeth II, Ini Sebabnya.. | China mengecam Britain sebagai ‘tidak beradab’ selepas delegasinya dilarang daripada melihat keranda berisi jasad Ratu Elizabeth II, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. Beijing menyatakan delegasi berkenaan menerima jemputan Istiadat Pengebumian Negara yang dijadualkan esok. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning mengkritik langkah itu sambil menambah, Britain sepatutnya lebih peka tentang protokol diplomatik dan adab yang betul untuk menerima tetamu. Semua ketua negara yang berlepas ke kota London untuk majlis pengebumian esok telah menerima jemputan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Elizabeth II di Dewan Westminster sebelum majlis pengebumiannya.…