Netizen Sayu Lihat Kuda Kelaparan Sampai Makan Sampah | PETALING JAYA – Dua ekor kuda kelihatan kelaparan dan kurus dipercayai terlepas dari kandang berlegar-legar di kawasan Bukit Ampang dekat sini baru-baru ini . Menerusi video berdurasi 16 saat yang dikongsikan di laman Facebook, @RizalFirman, lelaki itu menggesa pemilik haiwan itu supaya mengambil segera kerana kasihan selepas mendapati kuda tersebut memakan sampah. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah kerana kuda tersebut rupa-rupanya sudah berkali-kali dilihat berada di kawasan tersebut. “Lama dah kuda itu (berkeliaran) di situ, bertukar ganti dengan lembu, kadang-kadang lembu kadang-kadang kuda, kasihan kurus seperti kelaparan.…
Author: Admin Baik
Pelajar Dihalau Keluar Kelas Hanya Kerana Bertudung | BENGALURU: “Sila keluar”. Itu kata-kata yang dilemparkan seorang guru terhadap pelajar beragama Islam sejurus melangkah ke dalam kelas di Kolej Kerajaan Pra-Univerisiti di Udupi, Karnataka, selatan India, Disember lalu. A H Almas, 18, dihalau bukan kerana melakukan kesalahan seperti datang lewat ataupun tidak menyiapkan tugasan, sebaliknya hanya kerana memakai tudung ke sekolah. “Semasa kami berada di pintu kelas, guru tersebut mengarahkan kami tidak boleh memasuki kelas disebabkan memakai tudung. “Guru itu sebaliknya menyuruh saya menanggalkan tudung,”luahnya kepada al-Jazeera. Sejak peristiwa itu, sekumpulan enam pelajar Muslim dari kolej wanita kelolaan Kerajaan Negeri Karnataka di…
Padah Hina Nabi & Agama, Wanita Pakistan Dihukum Gantung Sampai Mati | ISLAMABAD: Seorang wanita Islam dihukum mati oleh mahkamah Pakistan kerana didapati bersalah menghantar teks berunsur cacian dan karikatur Nabi Muhammad menerusi WhatsApp. Mencaci agama adalah kesalahan serius di Pakistan yang majoriti penduduknya beragama Islam, dengan undang-undang menetapkan hukuman mati, namun ia tidak pernah dilaksanakan di negara itu. Aneeqa Ateeq, 26, ditahan pada Mei 2020 atas dakwaan memuat turun ‘bahan berunsur cacian terhadap agama’ sebagai status WhatsApp, menurut dokumen dikeluarkan mahkamah. Apabila seorang kawan menggesa supaya menukarnya, Aneeqa sebaliknya menghantar bahan berkenaan kepada rakannya itu. Memandangkan karikatur Nabi Muhammad…
Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Ketika Sarapan Di Restoran | SHAH ALAM: Tular dalam media sosial satu kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan dekat sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang pagi tadi. Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej Whatsapp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sebelum rebah dipercayai akibat sakit jantung. Menerusi kenyataan yang dimuat naik itu juga, ambulans dan polis tidak lama kemudian tiba di tempat kejadian. Bagaimanapun, Utusan Malaysia masih menunggu makluman daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk…
Isteri Hilang Seminggu Ditemui Dalam Keadaan Ketakutan | PASIR MAS: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu, ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu. Suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, berkata isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang sejak 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibunya yang sakit akibat terjatuh tangga. Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung menyebabkan isterinya itu pulang bersendirian dengan menaiki kereta api dan menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis.…
Lelaki Ditinggalkan Selepas Derma Buah Pinggang Pada Ibu Kekasih | Seorang lelaki dari Baja, California meluahkan rasa kecewa apabila ditinggalkan kekasih selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu. Uziel Martinez memuat naik beberapa siri video di laman TikTok yang menceritakan bagaimana dia dengan rela menawarkan diri untuk mendermakan buah pinggangnya kepada ibu teman wanitanya. Menurut Martinez, dia menyangka pengorbanannya itu cukup untuk mengukuhkan hubungan mereka, namun ternyata ia tidak berlaku. Lelaki itu ditinggalkan kekasihnya sebulan selepas pembedahan mendermakan ginjal dan wanita itu kini berkahwin dengan orang lain. “Saya dermakan buah pinggang untuk ibunya dan dia tinggalkan saya…
Minum Air Kosong Memang Bagus, Namun Ini Kesannya Jika Minum Berlebihan | Air sangat penting untuk tubuh badan manusia tapi jjka terlebih minum boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kita. Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala. Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi. Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain. Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh…
Lelaki Cuba Terjun Dari Sky Deck, Menara KL Berjaya Diselamatkan | KUALA LUMPUR: Kecekapan anggota bomba dan penyelamat berhasil menghalang seorang pemuda yang dipercayai cuba terjun dari Sky Deck, Menara Kuala Lumpur di sini, petang tadi. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.11 petang, menghantar jentera bersama 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu untuk tugas menyelamat ke lokasi. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Omar Che Ku, berkata bomba yang sampai ke lokasi pada jam 4.18 petang, mendapati mangsa yang berusia 21 tahun sedang berdiri di hujung bangunan…
RFID Didakwa Punca Jalan Sesak Teruk Sejauh 10KM | Trafik di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan. Keadaan sesak itu dilaporkan berlaku seawal pukul 7 pagi ketika orang ramai sibuk hendak ke tempat kerja. Difahamkan, keadaan sesak itu juga menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan. Sementara itu, keadaan sama juga turut dilaporkan berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur. Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati…
Selepas Matahari, Kini Saintis China Bina ‘Bulan Tiruan’, Ini Sebabnya.. | Saintis-saintis China membina ‘bulan tiruan’ yang mempunyai daya graviti seperti Bulan sebenar untuk membantu mempersiapkan angkasawannya bagi misi eksplorasi di masa hadapan, lapor portal berita MailOnline semalam. Persekitaran graviti rendah itu dihasilkan berdasarkan eksperimen mengapungkan katak menggunakan sebilangan magnet, lapor akhbar South China Morning Post. Bulan tiruan yang dibina di Xuzhou dalam wilayah Jiangsu itu direka supaya dapat menghasilkan graviti sifar. Simulasi bulan itu merupakan sebuah bilik berukuran 0.7 meter yang ditempatkan di dalam ruang vakum. “Bulan tiruan ini boleh menghasilkan grafiti rendah atau graviti sifar selama mana yang…