Selepas Matahari, Kini Saintis China Bina ‘Bulan Tiruan’, Ini Sebabnya..

| January 13, 2022 | 0 Comments

Selepas Matahari, Kini Saintis China Bina ‘Bulan Tiruan’, Ini Sebabnya.. | Saintis-saintis China membina ‘bulan tiruan’ yang mempunyai daya graviti seperti Bulan sebenar untuk membantu mempersiapkan angkasawannya bagi misi eksplorasi di masa hadapan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Persekitaran graviti rendah itu dihasilkan berdasarkan eksperimen mengapungkan katak menggunakan sebilangan magnet, lapor akhbar South China Morning Post.

Bulan tiruan yang dibina di Xuzhou dalam wilayah Jiangsu itu direka supaya dapat menghasilkan graviti sifar. Simulasi bulan itu merupakan sebuah bilik berukuran 0.7 meter yang ditempatkan di dalam ruang vakum.

“Bulan tiruan ini boleh menghasilkan grafiti rendah atau graviti sifar selama mana yang kami mahu,” kata saintis-saintis berkenaan.

Di dalam bilik tersebut, mereka menghasilkan landskap bulan tiruan termasuk batu dan debu ringan seperti yang terdapat pada permukaan Bulan.

Daya graviti di Bulan adalah satu perenam daripada yang terdapat di Bumi.

“Sesetengah eksperimen contohnya ujian impak hanya memerlukan masa beberapa saat,” kata ketua saintis tersebut, Li Ruilin dari Universiti Perlombongan dan Teknologi China, Li Ruilin sambil menambah, beberapa ujikaji lain pula mengambil masa lebih lama, malah sehingga beberapa hari.

China menetapkan matlamat untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2030 dan membina sebuah pangkalan di Bulan dalam satu projek bersama dengan Rusia menjelang akhir dekad ini.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *