Tindakan Mandikan Remaja Seperti Jenazah. Ini Komen PU Syed | Baru-baru ini, kecoh viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid kerana disyaki mencuri tabung masjid.
Video terbabit telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed untuk memberi pendapat. Menurut PU Syed, 39, tindakan menviralkan rakaman itu boleh mengundang masalah lain sekiranya ada pihak yang salah faham.
Malah, kata pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, ia seolah menampakkan agama Islam membenarkan berbuat zalim kepada umatnya.
Selain itu, di ruangan komen rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan PU Syed kerana merasakan kelakuan itu terlampau keterlaluan.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 1:25 saat itu memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan bilakah tarikh klip video itu dirakam.
Sumber : Oh Bulan