Netizen Sayu Lihat Kuda Kelaparan Sampai Makan Sampah | PETALING JAYA – Dua ekor kuda kelihatan kelaparan dan kurus dipercayai terlepas dari kandang berlegar-legar di kawasan Bukit Ampang dekat sini baru-baru ini .

Menerusi video berdurasi 16 saat yang dikongsikan di laman Facebook, @RizalFirman, lelaki itu menggesa pemilik haiwan itu supaya mengambil segera kerana kasihan selepas mendapati kuda tersebut memakan sampah.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa marah kerana kuda tersebut rupa-rupanya sudah berkali-kali dilihat berada di kawasan tersebut.

“Lama dah kuda itu (berkeliaran) di situ, bertukar ganti dengan lembu, kadang-kadang lembu kadang-kadang kuda, kasihan kurus seperti kelaparan. Mana-mana yang berkesempatan beli apa patut beri kuda makan, sedekah haiwan kesian cari makan sampai makan sampah,” ujar @Idilrothmans.

“Dah banyak kali, lembu pun ada. Saya pernah hampir terlanggar pada waktu hujan,” kata @AqilHaris.

“Ada bertuan kot. Selalu di situ, lembu ada, kuda ada, monyet ada, burung merpati pun ada. Boleh la bawa anak-anak tengok binatang percuma depan mata. Saya ada juga bawa roti untuk beri haiwan tersebut makan,” kata @arbaiyahbeepeace. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply