Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Respect Abang Polis! Sanggup Bersihkan Longkang Demi Kelancaran Trafik | PUTATAN: Biar seragam putih tercalit kotoran asalkan integriti tidak tercalar, itu gambaran terhadap tindakan seorang anggota polis trafik yang sanggup turun membersihkan sampah yang menyebabkan longkang di tepi jalan raya di Kampung Meruntum, di sini, tersumbat, pagi tadi. Tindakan Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu bagi mengalirkan air dalam longkang supaya tidak bertakung di jalan raya. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata Shah Erman ketika itu menjalankan tugas ‘point duty’ bersama dua lagi anggota, Sarjan…

Read More

Isu Harimau Di Kelantan Berpunca Drpd Pembalakan? Ini Respon TMB Kelantan | Kerajaan Kelantan berpendapat tidak wajar wujud tohmahan yang mendakwa aktiviti pembalakan menjadi punca haiwan liar seumpama harimau kini berkeliaran di kawasan petempatan seperti yang berlaku di Gua Musang. Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah berkata kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana sebelum ini pernah berlaku kes harimau muncul seperti sekarang. Katanya kejadian itu tidak melibatkan kawasan pembalakan. “Hendak siasat dan cari sebab (mengapa harimau keluar) itu bagus tetapi jangan cepat buat kesimpulan, seolah-olah sebab pembalakan menyebabkan harimau itu keluar. “Itu tidak betul,” katanya kepada media selepas…

Read More

Ini Sebab Mengapa Ellie Suriaty Akhirnya Terbuka Hati Terima Vaksin | KUALA LUMPUR: Pernah didakwa antivaksin, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar akhirnya bersetuju mengambil suntikan vaksinasi COVID-19 disebabkan akur perintah suami yang juga aktor, Azri Iskandar. Ellie memaklumkan, dia sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi, tahun lalu. “Saya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi jenis Sinovac. Dos pertama diambil pada penghujung Oktober dan seterusnya, suntikan kedua pada November, tahun lalu. “Suami memberi tempoh selama dua tahun untuk berpegang pendirian tidak menerima suntikan vaksinasi COVID-19, namun, akhirnya, saya akur perintah suami,” katanya kepada BH Online. Ellie ditemui pada majlis pelancaran…

Read More

Ini Undang-Undang Baru Yang Dikenakan Kanada Kepada Rakyat Yang Degil & Enggan Vaksin | MONTREAL – Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa. Ia akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan baharu di wilayah yang sedang bergelut menghalang penularan varian baharu Omicron itu. Menurut Ketua Menteri itu, ia diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di wilayah berkenaan. Katanya, seramai 10 peratus penduduk di Quebec yang masih belum menerima vaksin…

Read More

(VIDEO) Kelibat Lembaga ‘MISTERI’ Bergolek Atas Jalan Bikin Seram | Petaling Jaya- Kelibat satu objek yang tidak diketahui bergolek di atas jalan raya menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen. Menerusi satu hantaran di laman media sosial oleh seorang pengguna yang bernama @paknuatt, objek yang bergolek dengan menyerupai pocong kelihatan sangat menyeramkan. “Alahai, masa-masa di lewat malam macam ini dia ingin buat perangai,” katanya. TONTON VIDEO TERBABIT : Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna di platform media sosial yang rata-ratanya menjadikan kejadian itu sebagai bahan jenaka. “Cuba bayangkan tiba-tiba pocong itu melompat, dia tersadung. Macam mana dia nak bangun dengan…

Read More

Gempar!! Penduduk Kampung Temui Ikan Emas 15KG | Jakarta – Penduduk Desa Situ Hiang, Kabupaten Lebak Banten, Indonesia digegarkan dengan penemuan seekor ikan emas gergasi seberat 15 kilogram(kg), lapor Suara.com. Rakaman video yang memaparkan ikan emas itu didukung oleh seorang penduduk Desa Situ Hiang dimuat naik di laman Instagram @inforangkasbitung. Menurut keterangan video, ikan emas tersebut ditemui dalam keadaan hampir lemas di sebuah parit besar berdekatan tali air. Penduduk cuba menyelamatkan ikan emas itu dengan menolaknya masuk ke dalam air namun tidak berjaya apabila haiwan itu sudah pun mati. Disebabkan kejadian itu, penduduk setempat sepakat menjadikan lokasi ikan emas itu…

Read More

Demi Kebajikan Kucing Jalanan, Pasangan Warga Emas Sanggup Gadai Barang Kemas | KEMAMAN: Kasih kepada kucing jalanan mendorong pasangan suami isteri dari Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang di sini menggadai barangan kemas untuk menyediakan sangkar baharu buat haiwan peliharaan mereka. Rusli Ibrahim, 66, berkata, dia dan isteri, Masnun Sufeno, 60, tidak kisah berhabis wang di samping sanggup mengikat perut demi memastikan keselesaan kesemua 70 kucing yang dipelihara. Katanya, amalan itu menjadi rutin mereka sejak mula terlibat mengutip kucing jalanan kira-kira 30 tahun lalu. “Kadangkala saya dan isteri terpaksa menggadaikan barangan kemas untuk membeli makanan serta membiayai kos rawatan kucing tetapi…

Read More

(Video) CCTV Rakam Kelibat Bayangan Misteri Ketika Rompakan Di Stesen Minyak | BRASILIA: Sebuah rakaman kejadian rompakan di sebuah stesen minyak memaparkan satu imej bayangan berlegar-legar di sekitar dua penjenayah sejurus sebelum mereka ditembak mati oleh polis, menjadi tular di laman media sosial. Lapor Daily Star, beberapa pengguna media sosial mendakwa imej bayangan itu merupakan Grim Reaper atau malaikat maut. Sesetengah pihak menganggap figura Grim Reaper muncul sejurus sebelum seseorang meninggal dunia untuk mengambil jiwa mereka. Menurut pengguna media sosial, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu merakam kelibat hantu itu. Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan dua…

Read More

Peniaga Nasi Dagang Motosikal Roda Tiga Tak Menang Tangan Selepas Video Tular Di FB | SHAH ALAM – Seorang peniaga nasi dagang ikan aya atau ikan tongkol tidak menyangka video dokumentari berdurasi 10 minit memaparkan kisah perniagaannya yang tular menerusi Facebook beberapa hari lepas menjadikan nasi dagangnya yang dijual menggunakan motosikal roda tiga ‘diserbu’ peminat juadah tradisional negeri Terengganu itu. Muhammad Khairul Nizam Mamat, 43, berkata, hal itu disedarinya sejak Jumaat lepas apabila melihat orang ramai beratur panjang kira-kira 100 meter seawal jam 6 pagi di kawasan Persiaran Alam Perdana, Bandar Puncak Alam untuk mendapatkan juadah berkenaan walaupun perniagaannya mula…

Read More

Pergaduhan Maut Dalam Penjara, Enam Banduan Terbunuh | MANILA: Enam banduan terbunuh dan 33 cedera semasa pergaduhan di penjara yang sesak di Filipina, kata pihak berkuasa hari ini, dalam kejadian kedua seumpama itu dalam beberapa minggu. Pergaduhan maut itu berlaku semalam antara kumpulan saingan di Penjara Caloocan City di Wilayah Ibu Negara, kata jurucakap Biro Pengurusan Penjara dan Penologi, Xavier Solda. Siasatan sedang dijalankan terhadap punca keganasan yang dikatakan Solda bermula sebagai pergaduhan antara dua banduan sebelum yang lain menyertai pergaduhan itu. Tidak jelas apakah senjata yang digunakan. Larangan lawatan keluarga sejak permulaan pandemik COVID-19 mungkin menjadi faktor, kata Solda.…

Read More