Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Gara-Gara Lukisan Peta, Anak Temui Semula Ibu Terpisah 30 Tahun | Beijing – Seorang lelaki di China yang diculik lebih 30 tahun lalu bertemu semula dengan ibu kandungnya selepas berjaya melukis peta kampung yang diingat dari zaman kanak-kanak, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam. Li Jingwei berusia empat tahun ketika diculik dari rumahnya dan dijual kepada kumpulan pemerdagangan kanak-kanak. Pada 24 Disember lalu, dia berkongsi peta yang dilukis menggunakan tangan pada aplikasi perkongsian video, Douyin yang kemudian dipadankan polis dengan sebuah perkampungan kecil dan seorang wanita yang kehilangan anaknya. Selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kedua-dua beranak itu disatukan semula…

Read More

Kepala Air ‘Mengganas’ Di Lata Berangin, Makin Banyak Kawasan Di Kelantan Banjir | Kota Bharu: Fenomena kepala air di Lata Berangin dekat Kuala Krai menyebabkan penempatan penduduk di kampung berdekatan dinaiki air, hari ini. Rakaman video fenomena kepala air yang melanda penempatan penduduk itu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi yang menunjukkan kejadian berlaku pada 10.32 pagi. Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Muhammad Rizwan Ar-rafee Parsimin berkata, kepala air berkenaan terjadi berikutan hujan lebat dan air dari sungai di daerah Gua Musang serta Terengganu yang turun ke lokasi itu. Katanya, pertembungan itu menyebabkan keadaan…

Read More

Banjir: Lelaki Nyaris Dipatuk Ular Demi Selamatkan Keluarga | TELUK INTAN: Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini masih tidak dapat melupakan detik cemas ketika menghadapi bencana alam itu. Mohamed Shahrul Mohamed Shahril, 37, masih mengingati bagaimana dia nekad meredah air banjir sedalam paras leher demi untuk melihat keadaan ahli keluarganya yang tinggal di tingkat dua Flat PKNS di taman perumahan tersebut. Katanya, ahli keluarganya terdiri daripada isteri dan anaknya yang berumur empat tahun, ibu dan bapanya serta empat adik beradiknya. Menurutnya, akibat banjir, ahli keluarganya tidak dapat keluar untuk ke tempat yang lebih tinggi akibat…

Read More

MaMak Nyah Bersyukur Akhirnya Peluk Islam, Dah Lama Teringin Nak Solat | Khalifah Media Networks – SHAH ALAM – “Sudah lama saya nak solat. Saya cemburu dengan orang Islam,” demikian luahan seorang mak nyah yang kini diberi nama Ahmad Andrew selepas selesai memeluk agama Islam. Menerusi video berdurasi 2 minit 12 saat yang dikongsikan Facebook rasmi Pas Titiwangsa pada Rabu lalu. Ahmad Andrew berkata, dia sudah lama mahu memeluk Islam. Namun malu meluahkan hasrat itu berikutan keadaannya pada waktu itu masih lagi seorang mak nyah. Justeru, kedatangan ali Pas Kawasan Titiwangsa ke tempat kediamannya, di Flat Jalan Pekeliling baru-baru ini.…

Read More

Kanak-Kanak Paling Bijak Di Dunia, Miliki IQ Lebih Tinggi Daripada Albert Einstein | LONDON: Seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun digelar sebagai kanak-kanak paling bijak di dunia selepas mendapat markah penuh dalam ujian Mensa. Lapor Daily Mail, Barnaby Swinburn dari Bristol diterima masuk ke kelab kecerdasan minda (IQ) tinggi selepas mendapat markah tertinggi sebanyak 162 dalam kalangan umurnya. Pencapaian itu turut menewaskan genius Albert Einstein yang mempunyai tahap IQ sebanyak 160. Ibu bapa pelajar itu, Ghislaine dan Christopher Swinburn berkata, anaknya sudah mendaftar masuk ke universiti dan mengikuti pengajian dalam pengaturcaraan komputer. “Matematik adalah mata pelajaran kegemaran anak saya dan…

Read More

‘Oyen’ Buat Hal, Terperangkap Tiga Jam Atas Pokok | DUNGUN: Bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan seekor kucing berwarna oren yang terperangkap di atas pokok ru setinggi lebih sembilan meter di Kampung Paya Limbong, Paka di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, kucing betina yang tidak mengalami  kecederaan itu kemudian diserahkan kepada pemiliknya pada pukul 3.40 petang. Katanya, dalam operasi itu, anggotanya bertindak memanjat pokok berkenaan untuk membawa turun haiwan comel tersebut. “Kita menerima panggilan daripada pengadu yang kucingnya berada di atas pokok berhampiran kediaman. Difahamkan kucing itu terperangkap hampir…

Read More

Lelaki Sangka Bunyi Kucing Rupanya Tangisan Bayi Di Pondok | Permaisuri: Bayi perempuan seberat tiga kilogram ditemui di sebuah pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Tayor Sungai Tong, di sini, hari ini. Bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu ditemui penduduk kampung yang kebetulan melalui jalan berkenaan jam 12.20 tengah malam. Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pihaknya bergegas ke rumah wanita berusia 34 tahun yang juga pengadu sebaik menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu jam 6.40 pagi. Beliau berkata, siasatan mendapati bayi itu ditemui dua lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk…

Read More

(VIDEO) Tindakan Lelaki Sengaja Berpaut Pada Keranda Dikecam Ramai | Jakarta – Seorang lelaki dikecam netizen gara-gara menyukarkan pengusung keranda ketika dalam perjalanan membawa jenazah ke sebuah tanah perkuburan, lapor laman berita Suara.com semalam. Video mengenainya dimuat naik ke akaun Instagram bernama @indoviralin. Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat melompat lalu berpaut pada bahu dua pengusung keranda yang sedang berjalan untuk mengebumikan jenazah. TONTON VIDEO TERBABIT : View this post on Instagram A post shared by 𝘉𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈, 𝘒𝘖𝘔𝘌𝘋𝘐, 𝘗𝘖𝘓𝘐𝘛𝘐𝘒, 𝘝𝘐𝘙𝘈𝘓 (@indoviralin) Lelaki itu malah mengangkat dua kakinya ke udara. Dua pengusung terbabit dilihat sukar berjalan ketika bahu mereka…

Read More

Rakyat China ‘Serang’ Bilionaire Terkenal AS. Ini Sebabnya. | BEIJING: Pengguna laman web China hari ini bertindak menyelar Elon Musk selepas Beijing mendakwa stesen angkasanya terpaksa mengelak dua satelit SpaceX kepunyaan jutawan teknologi itu. Situasi itu ternyata memberi tamparan hebat buat reputasi taikun itu, di negara yang menggunapakai kereta elektrik Tesla keluaran syarikat Musk. Stesen angkasa Tiangong milik China terpaksa mengambil tindakan ‘preventif’ untuk mengelak berlaku pelanggaran semasa berdepan dengan dua objek, iaitu satelit Starlink SpaceX. Mengikut dokumen yang dihantar oleh Beijing kepada agensi angkasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini, Insiden berlaku pada Julai dan Oktober. “Strategi olah gerak…

Read More

Ini Punca Sekumpulan Lelaki Sanggup Tidur Dikubur Selama Tujuh Hari | Khalifah Media Networks – Petaling Jaya – Sekumpulan lelaki sanggup tidur dan bermalam di tanah perkuburan selama tujuh hari. Berikutan bagi mengelakkan berlakunya amalan khurafat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menerusi perkongsian video oleh @Oreobamban di media sosial, memaparkan beberapa lelaki yang berbaring di sebelah kubur. Malah ada yang kekal berjaga bagi memastikan keadaan persekitaran selamat dan mengelak dari kejadian yang tidak diingini berlaku. Mereka juga menyediakan beberapa keperluan seperti kipas serta khemah sebagai tempat berlindung daripada hujan dan panas ketika berada di kubur. Sementara itu, orang ramai menonton…

Read More