Doa Gaza Untuk Mangsa Banjir Di Malaysia Undang Sayu, Terharu | Ramai terharu apabila saudara kita dari Gaza turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia yang terjejas dengan kejadian banjir besar baru-baru ini. GAZA: “Semoga Allah memudahkan urusan dan memberikan ketenangan kepada semua mangsa banjir”. Demikian doa dari Gaza yang dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman susulan kejadian banjir di beberapa negeri di Malaysia. “Apa khabar kalian pada hari ini? Jom sama-sama mendoakan selepas ujian ribut taufan, akan ada pelangi dan sinar baharu untuk kalian. “Pelangi muncul di Masjid al-Aqsa pagi tadi,” tulisnya dalam hantaran terbaharu.…
Author: Admin Baik
(VIDEO) Ustazah SEBAK Dua Al-Quran Tidak Basah Walaupun Banjir Paras Bumbung | Khalifah Media Networks – Petaling Jaya – Inilah bukti kekuasaan Allah SWT. Dua buah al-Quran yang berada di dalam sebuah rumah mangsa banjir walaupun paras banjir sudah mencecah bumbung rumah. Perkara itu didedahkan Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun ketika dia bersama sukarelawan Sahabat Amal Care (SAC). Beliau melawat serta memberi bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat hari ini. Asma yang juga Pengasas dan Penaung SAC berkata, ketika dia melawat sebuah rumah mangsa banjir yang dikenali Raja Hanasah. Dua buah al-Quran langsung tidak dibasahi air…
Pemandu Lori Ditemui Mati Lemas, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir | KUALA SELANGOR: Seorang pemandu lori yang cuba menyelamatkan diri selepas kenderaannya dinaiki air di Desa Coalfields, di sini, ditemukan lemas, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pasukan lapan pegawai dan anggota dua jentera serta sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan BBP Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.50 pagi. “Seorang lelaki dipercayai lemas dalam usaha menyelamatkan diri dari dalam lori yang dinaiki air secara tiba-tiba. “Kita kemudian melakukan operasi pencarian di tempat kejadian,” katanya…
“Lagi 10 Peratus Nak Siap”- Rumah Impian Dihanyutkan Air, Ebby Yus Redha Ketentuan Allah | Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000. Menceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam. “Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam. “Inilah rumah impian saya sejak lebih…
Fenomena 100 Tahun Sekali, Taburan Hujan Sebulan Turun Dalam Masa 24 Jam | KUALA LUMPUR: Hujan kelmarin dan semalam di Selangor menyamai taburan sebulan mengakibatkan air sungai melimpah dan banyak kawasan dilanda banjir. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata data berkenaan dikumpul Kementerian Alam Sekitar dam Air. Katanya, keadaan itu di luar jangka menyebabkan berlaku kekalutan, tambahan pula agensi menyelamat tidak menjangka air akan meningkat dengan begitu cepat. “Justeru, berlaku isu kelewatan bagi menyelamatkan mangsa banjir dan memberikan bantuan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Klang, hari ini. Terdahulu beliau meninjau operasi menyelamat dan melawat…
Gempar Tengkorak Manusia Ditemui Di Pasar Tani | PENDANG: Satu tengkorak dipercayai milik manusia ditemukan di tepi jalan Simpang Tiga, di sebuah pasar tani di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 9.55 pagi mengenai penemuan tengkorak bersebelahan tong sampah besar di kawasan pasar tani itu. Beliau berkata pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi berkenaan bagaimanapun tidak menemukan bahagian tulang lain. “Pihak forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil bagi membantu siasatan, namun hasil pencarian oleh K9 di sekitar kawasan dan…
(VIDEO) Tetamu Beri ‘Duit Salam’ Tapi Minta Baki Di Majlis Kahwin | Jakarta – Tular di media sosial memperlihatkan situasi seorang wanita berstatus ‘ibu’ sedang mengumpulkan wang jemputan daripada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan di Jawa Tengah, lapor portal berita Wolipop. Menerusi klip video yang dimuat naik ke akaun TikTok bernama @faizmbois itu, wanita tersebut yang sedang memakai kebaya berwarna emas sedang memegang sebuah kotak untuk mengumpulkan wang jemputan perkahwinan. Kebiasaannya, wang jemputan akan diberikan dengan memasukkan ke dalam sampul surat. Bagaimanapun, kejadian itu mendapat perhatian netizen kerana rata-rata tetamu yang hadir tidak berbuat sedemikian. TONTON VIDEO TERSEBUT :…
“Semua Termasuk Bukan Islam Boleh Berlindung Di Masjid Tunku Ampuan”- Jemaah Bukit Jelutong | KUALA LUMPUR : Mana-mana individu yang terkandas akibat banjir kilat berhampiran Bukit Jelutong, Shah Alam boleh mendapatkan perlindungan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Menurut wakil kariah masjid berkenaan, Ahmad Hitaimi Zahari, masjid itu turut membuka pintunya buat mereka yang bukan beragama Islam. “Mereka terkandas (yang beragama Islam) dekat tol Shah Alam di Bukit Jelutong jadi mereka hendak bersembahyang Zohor. Tetapi apabila kita melihat mereka sudah terkandas beramai-ramai, kita uar-uarkan dalam Whatsapp kariah semua dan yang datang tu bukan sahaja yang beragama Islam, tetapi juga…
Hidup Sejak 1886, Manusia Tertua Di China Meninggal Dunia Pada Umur 135 Tahun | URUMQI – Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, beliau berasal dari Perbandaran Komuxerik di Daerah Shule di Wilayah Kashgar, Alimihan Seyiti dilahirkan pada 25 Jun 1886. Pada 2013, beliau mendahului senarai orang tertua yang masih hidup di China yang dikeluarkan Persatuan Gerontologi dan Geriatrik China, yang sebelum ini dikenali Persatuan Gerontologi China. Beliau menjalani rutin kehidupan harian yang sangat sederhana dan teratur sehinggalah…
Tidak Ambil Dos Penggalak, Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap – KJ | Putrajaya – Status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapakan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19. “Sehingga hari ini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca…