Doa Gaza Untuk Mangsa Banjir Di Malaysia Undang Sayu, Terharu | Ramai terharu apabila saudara kita dari Gaza turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia yang terjejas dengan kejadian banjir besar baru-baru ini.

GAZA: “Semoga Allah memudahkan urusan dan memberikan ketenangan kepada semua mangsa banjir”.

Demikian doa dari Gaza yang dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman susulan kejadian banjir di beberapa negeri di Malaysia.

“Apa khabar kalian pada hari ini? Jom sama-sama mendoakan selepas ujian ribut taufan, akan ada pelangi dan sinar baharu untuk kalian.

“Pelangi muncul di Masjid al-Aqsa pagi tadi,” tulisnya dalam hantaran terbaharu.

Muhammad Nadir sebelum ini berkongsi doa jemaah Masjid Baghdad di kem pelarian As-Syati’, Gaza yang tidak melupakan rakyat Malaysia apabila mengadakan solat sunat khusus mendoakan keselamatan mereka yang dilanda musibah banjir.

“Mereka sangat menghargainya bila kalian menyumbang dan mendoakan mereka tatkala mereka diperangi dan dizalimi. Sebab itu mereka mendoakan kalian apabila mendengar bahawa kalian pula sedang diuji.

“Jemaah Masjid Baghdad di Kem Pelarian As-Syati’, Gaza mengadakan solat sunat khusus mendoakan mangsa banjir di Malaysia dan mengharapkan ujian ke atas rakyat kita diringankan, usai solat Zuhur berjemaah sekejap tadi,” katanya.

Malah, Gaza melalui Pasukan Bomba dan Penyelamat Palestin berikrar mahu membantu menjalankan misi kemanusiaan terhadap mangsa banjir.

Sumber: Utusan

Share.

Leave A Reply