Amaran Fenomena ‘La Nina’ Dikeluarkan Di Timur Australia | SYDNEY: Biro Meteorologi Australia hari ini mengeluarkan amaran fenomena La Nina di pasifik dan ribut dijangka melanda di kebanyakan kawasan di timur Australia, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut biro cuaca itu situasi itu kemungkinan akan berlangsung sehingga awal musim luruh pada Mac. Sebahagian New South Wales (NSW), Queensland dan Victoria telah pun mengalami hujan lebat serta banjir dan curahan hujan pada Oktober adalah lapan peratus melebihi paras normal. Kejadian taufan tropika pertama Siklon Paddy direkodkan berlaku pada pagi ini di luar pantai Pulau Krismas. Penduduk di seluruh Queensland dan NSW juga…
Author: Admin Baik
Wartawan Digantung Tugas Gara-Gara Belum Dengar Album Baharu Adele | Inilah tindakan yang dikenakan terhadap wartawan yang berasal dari Australia gara-gara belum mendengar album terbaru yang dikeluarkan bintang terkenal, Adele. LONDON: Seorang pengacara program televisyen Australia, Weekend Sunrise, Matt Doran digantung tugas selama dua minggu selepas didapati menyinggung perasaan penyanyi terkenal, Adele. Lapor Daily Mail, wartawan dari Channel Seven pada mulanya berlepas ke London untuk menemu bual diva pop berusia 33 tahun itu. Berdasarkan laporan Daily Telegraph, Doran ketika sesi temubual itu mengakui belum mendengar album terbaharu Adele. Pengacara televisyen itu kemudian digantung tugas oleh majikan Seven Network, lapor akhbar tersebut. “Doran menemubual Adele selama…
Berita Baik!! KWSP Lancar i-Sayang Dan i-Lindung Tahun Depan | PETALING JAYA – Dua kemudahan baharu akan dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Sayang dan i-Lindung sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pelaksanaannya dijangka bermula pada suku pertama 2022 yang bakal memberi manfaat kepada pasangan suami isteri dan golongan pesara di negara ini. Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan i-Sayang akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri. Sementara itu, i-Lindung pula merupakan kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat…
Tular Diasingkan Di Stor Tukang Cuci, Guru Beri Penjelasan Sebab Tak Vaksin | IPOH – Video seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen. VIdeo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini. VIDEO PENJELASAN GURU TERBABIT : Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan vaksin. Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal…
Kemaruk Jadi ‘Makhluk Asing’, Lelaki Nekad Potong Jari | PARIS – Seorang lelaki yang tular kerana mengubah suai keadaan fizikalnya untuk menjadi seperti ‘makhluk asing hitam’ dilaporkan mengerat dua batang jarinya bagi mendapatkan tangan yang kelihatan seperti mempunyai cakar, lapor akhbar New York Post semalam. Anthony Loffredo, 33, menjalani pembedahan terbaharu itu sebagai sebahagian daripada beberapa siri prosedur pembedahan yang dilakukan untuk mengubah suai bentuk badannya. Sebelum ini, dia telah melakukan beberapa pengubahsuaian termasuk membuang hidung dan bahagian atas bibir, membelah lidah, mencacah tatu pada seluruh badan dan anak matanya serta membuang telinga untuk kelihatan seperti makhluk asing. Dia juga…
Lelaki Tempatan Ditemui Mati Dalam Tandas Restoran | KAJANG – Seorang lelaki ditemui mati di dalam tandas sebuah restoran di Taman Kasturi, Balakong di sini, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara siasatan dijalankan. “Pada jam lebih kurang 8.27 malam, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan yang melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun, tidak sedarkan diri. “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada…
Warga Emas Dipukul Sampai Mati Gara-Gara Enggan Beri Rokok | BANGKOK: Seorang lelaki yang khayal selepas menghidu gam memukul seorang lelaki warga emas sehingga mati menggunakan kayu selepas mangsa enggan memberikannya rokok. Kejadian itu berlaku di sebuah kuil di Wat Khiriwong di daerah Lan Saka, wilayah Nakhon Si Thammarat. Suspek berusia 42 tahun, manakala mangsa berumur 67 tahun dan kedua-duanya tinggal di kuil tersebut kerana tidak mempunyai tempat tinggal. Menurut polis, suspek mengaku dia menghidu gam sebelum kejadian itu berlaku. “Suspek meminta rokok dari mangsa namun mangsa enggan memberikannya menyebabkan suspek hilang sabar lalu mengambil sebatang kayu dan memukulnya hingga…
PM Lancar Pas Keluarga Malaysia, Galak Penggunaan Pengangkutan Awam | KUALA LUMPUR: Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pas itu membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15. Beliau berkata, perjalanan membabitkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas). “Ini bermakna setiap seorang…
Warga Emas Dipukul Oleh Anak Dan Menantu Sebelum Dibuang | PEKANBARU: Seorang wanita warga emas mengalami patah tulang pada bahagian lututnya selepas dipukul menantu dalam satu kejadian di Rokan Hulu, Riau. Wanita itu dikenali sebagai Aisyah Lubis memberitahu, dia dipukul dengan kayu oleh menantunya ketika tinggal bersama anak dan suaminya sebelum ‘dibuang’ mereka. Ketika ini, Aishah tinggal di sekolah pondok milik ustaz Andy Sidomulyo yang simpati dengan nasib wanita itu. Jelas Andy, sudah enam bulan wanita warga emas itu tinggal di sekolah pondoknya selepas dia dibuang oleh anak dan menantunya. “Kami jumpa nenek Aisyah di tepi jalan dalam keadaan yang…
Mekanik Rentung Kereta Terbakar, Bapa Pula ‘Menyusul’ Selang 10 Jam | KUALA TERENGGANU – Bapa kepada mekanik yang maut dalam tragedi kebakaran kereta dekat Kampung Wakaf Beruas, di sini meninggal dunia selang 10 jam selepas pemergian anaknya. Jaafar Abdullah, 76, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, jam 5 pagi pada Ahad. Jenazah kedua beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Baharu Wakaf Mempelam pada jam 1.30 petang Ahad. Isterinya, Zabedah Dagang, 68 berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas sesak nafas berikutan tahap kesihatannya merosot akibat komplikasi penyakit termasuk penyakit lelah yang dialami sejak…

