Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Mumia Berusia 1200 Tahun Dengan Tangan Terikat Ditemui Di Peru | LIMA: Sekumpulan ahli arkeologi di Peru di tapak ekskavasi di pinggir ibu negara itu menemukan mumia yang dipercayai berusia antara 800 dan 1,200 tahun. Lebih mengejutkan, mumia itu diikat dengan tali. Mumia itu ditemukan di tempat pengebumian yang panjangnya kira-kira tiga meter dan pada kedalaman kira-kira 1.4 meter di tapak penggalian yang terletak di Cajamarquilla, kira-kira 24 kilometer di timur ibu negara itu. Ahli arkeologi, Pieter Van Dalen, yang mengetuai projek Cajamarquilla menyifatkan penemuan itu sebagai ‘pelik dan unik’. “Mumia itu mungkin dikebumikan di antara 800 dan 1200 Masihi,”…

Read More

Kegiatan Keluarga Penyeluk Saku Terbongkar Ketika Perlumbaan Motosikal | MANDALIKA: Satu keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri, seorang anak dan seorang jiran mereka yang berasal dari Jakarta ditahan polis kerana menyeluk saku semasa pertandingan perlumbaaan Superbike Dunia (WSBK), di sini baru-baru ini. Menurut polis, keluarga tersebut sanggup menaiki penerbangan dari Jakarta ke Lombok hanya untuk melakukan jenayah tersebut, selain turut membeli tiket untuk menyaksikan pertandingan itu. Sindiket penyeluk saku itu memulakan aksi mereka ketika orang ramai sedang leka menyaksikan perlumbaan terbabit. Perbuatan mereka terbongkar selepas seorang daripada ahli kumpulan itu ditangkap di Pintu 3 di litar berkenaan, manakala tiga yang…

Read More

Ibu Menghidap Kanser Otak, Remaja 14 Tahun Ambil Alih Tugas Urus Rumah Sebelum Ke Sekolah |  KULIM: Seorang pelajar lelaki mengambil tugas ibunya yang menghidap kanser otak dengan melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak sebelum ke sekolah pada setiap hari. Abdul Fatul Rahim Norisham, 14, dari Taman Lagenda, Padang Serai di sini, tidak berasa kekok melakukan kerja-kerja rumah untuk membantu ibunya, Haniza Omar, 40, sejak lima tahun lalu. Pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Lela Pahlawan, Padang Serai di sini itu berkata, setiap hari sebelum ke sekolah dia ke sebuah pasar mini berhampiran rumahnya membeli barangan basah seperti…

Read More

Remaja Cuba Bunuh Diri, Tak Tahan Dirogol Bapa Selama 12 Tahun | SALATIGA: Seorang remaja perempuan di Salatiga, Jawa Tengah mengakui dia menjadi mangsa rogol bapanya selama 12 tahun. Pengakuan itu dibuat ketika remaja perempuan berusia 16 tahun itu cuba membunuh diri di sekolah dalam satu kejadian, baru-baru ini. Ketika dipujuk oleh para guru, remaja itu memberitahu, dia sudah tidak tahan menjadi tempat untuk bapanya melampiaskan nafsu serakahnya. Hal itu kemudiannya dimaklumkan kepada ibunya dan dilaporkan kepada polis. Tidak lama kemudian, bapa remaja perempuan itu ditahan polis dan dia mengakui sudah merogol anaknya sejak 2009. Lelaki itu memberitahu, dia melakukan…

Read More

Viral Kailan Ikan Masin RM18, Akhirnya Peniaga Tampil Beri Penjelasan | SEBERANG PERAI – Peniaga kailan ikan masin berharga RM18 di Kepala Batas di sini yang tular di media sosial sejak semalam tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini. Menerusi posting di laman Facebook Anjung Ikan Bakan Nory, pengusaha berkenaan berkata, insiden itu mungkin berlaku akibat salah faham pekerjanya ketika menyediakan tempahan pelanggan. BACA JUGA ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Sotong Kayangan, Kali Ini Sayur Kailan Ikan Masin Pula Tular. “Kesilapan kami mungkin juruwang tersilap ‘key in’ harga hidangan saiz L (besar) atau mungkin pelanggan memesan saiz L, tetapi kru bahagian…

Read More

Isu Sajat Kini Muncul Dalam Berita Portal Korea Selatan | PETALING JAYA: Berita sensasi mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bukan sahaja dilaporkan menerusi portal berita BBC, kini menembusi portal berita Korea Selatan, yna.co.kr. Nampaknya luahan Muhammad Sajjad yang kononnya sebagai ‘transgender yang teraniaya’ di negara asalnya telah diperbualkan di serata dunia. Seorang warganet, @surizasyazwany dalam ciapan Twitternya bertanya; “Dah kenapa sajat masuk news korea ni?” @surizasyazwany turut memberi pautan berita yang dimaksudkannya yang memaparkan wajah Muhammad Sajjad tersebut. @syzwn_nana pula berkata, “Jadi idol kot.” Usahawan kosmetik itu  dilihat sengaja meraih simpati apabila mendedahkan kepada portal berita BBC di Sydney konon…

Read More

Penduduk Dakwa Nampak Kelibat Bigfoot di Kota Tinggi | KOTA TINGGI: Meskipun ada penduduk mendakwa pernah melihat kelibat Bigfoot di beberapa lokasi di negeri ini, namun kebenaran akan wujudnya haiwan itu masih sukar untuk dibuktikan sehingga sekarang. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman berkata, pihaknya sendiri pernah melakukan ekspedisi untuk mengesan haiwan itu namun gagal menjumpai apa-apa petunjuk. “Pada pandangan saya, selagi tidak jumpa agak sukar untuk kita percaya kewujudan Bigfoot. Saya dimaklumkan sekitar tahun 2010 Jabatan Perhutanan Johor pernah adakan ekspedisi di Hutan Simpan Panti melibatkan pelbagai agensi untuk mengesan Bigfoot sebagaimana aduan namun tiada sebarang penemuan,”…

Read More

Pasangan Lari Dari Hotel Kuarantin Covid-19 Berjaya Ditangkap | THE HAGUE: Polis sempadan Belanda semalam berkata, mereka menahan sepasang suami isteri di dalam pesawat selepas mereka melarikan diri dari hotel kuarantin di mana penumpang positif COVID-19 dari penerbangan Afrika Selatan menginap. Drama itu berlaku selepas pihak berkuasa Belanda menyatakan bahawa 61 orang yang tiba dengan dua penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam Jumaat lalu telah diuji positif untuk coronavirus, 13 daripada mereka dengan varian Omicron baharu. Salah seorang daripada pasangan itu telah diuji positif untuk COVID-19 dan telah diasingkan, manakala seorang lagi negatif tetapi dalam kuarantin, menurut jurucakap pihak berkuasa…

Read More

Kejam! Wanita Bunuh, Belah Perut Rakan Mengandung Curi Anak | BRASILIA, BRAZIL – Seorang wanita dari Brazil dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun selepas didapati bersalah memukul rakannya yang hamil sehingga mati dengan menggunakan batu bata sebelum membelah perut dan mencuri bayi dalam kandungan wanita itu, lapor akhbar New York Post kelmarin. Tertuduh, Rozalba Maria Grime, 27, dalam kejadian pada 27 Ogos tahun lalu telah mengajak mangsa, Flavia Godinho Mafra, 24, ke sebuah kawasan tapak tembikar lama di bandar Canelinha. Grime kemudiannya bertindak memukul mangsa beberapa kali pada bahagian kepala dengan menggunakan batu bata sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan…

Read More

Bagasi Disangka Berisi Bom Cetus Kebimbangan Orang Ramai | PETALING JAYA: Pengunjung di Jalan Telawi Bangsar dekat sini gempar selepas beg pakaian yang disangka mengandungi bom ditemukan di kawasan tersebut semalam. Sepasukan Unit Pemusnah Bom ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 4.15 petang yang memaklumkan ternampak beg pakaian di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata,  bertindak atas maklumat berkenaan, anggota Unit Pengesan Bom Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan pemeriksaan objek yang disyaki bom di dalam beg berkenaan.…

Read More