Tular Video Askar Bertumbuk Dengan Polis | JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan anggota tentera Tentera Nasional Indonesia (TNI) bertumbuk dengan seorang anggota polis trafik (polantas) di Kota Ambon, Maluku, menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Detik.com kelmarin. Kedua-dua mereka bagaimanapun sudah berdamai dan saling bermaafan. Dalam kejadian pada Selasa lalu di Jalan Rijal, Kota Ambon itu, kedua-dua anggota berpakaian seragam itu bergaduh di hadapan sebuah pondok polantas. TONTON VIDEO KEJADIAN : Akibatnya, Polis Tentera Kodam XVI/Pattimura terpaksa turun padang untuk meleraikan pergaduhan mereka. “Masalah itu sudah diselesaikan dan mereka sudah saling memaafkan. “Oleh itu, kes ini sudah…
Author: Admin Baik
(Video) Kanak-Kanak Menangis “Tiada Siapa Menyayangi Saya” Sebelum Dipukul Sampai Mati Oleh Bapa & Ibu Tiri | Sebuah rakaman CCTV memaparkan detik terakhir seorang budak lelaki enam tahun yang didera, bergelut untuk mengambil selimutnya dari lantai tempat dia dipaksa tidur selama beberapa hari – hanya beberapa jam sebelum dia didakwa dibunuh oleh bapa dan ibu tirinya. Rakaman CCTV yang menyayat hati itu menunjukkan Arthur Labinjo-Hughes yang kurus kering meringis kesakitan ketika dia cuba mengambil selimut dan bantal Avengers kesayangannya. Rakaman itu ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Coventry Crown pada hari Selasa, di mana Thomas Hughes, 29, dan Emma Tustin, 32,…
Pelajar Sekolah Dihukum Bunuh Hanya Kerana Jual Siri ‘Squid Game’ | PYONGYANG – Seorang pelajar Korea Utara dihukum mati oleh skuad penembak selepas ditangkap menyeludup salinan digital siri drama Netflix popular Korea Selatan, Squid Game, lapor akhbar Mirror UK semalam. Menurut laporan perkhidmatan berita Radio Free Asia (RFA), pelajar lelaki tersebut dipercayai menyeludup masuk salinan siri tersebut dari China menerusi pemacu USB. Dia ditangkap selepas pegawai Korea Utara mendapat maklumat daripada sumber yang menyatakan bahawa pelajar tersebut menjual salinan-salinan siri itu kepada beberapa individu lain. Dia dihukum bunuh, manakala pelajar lain yang membeli pemacu salinan dilaporkan dipenjara seumur hidup, serta…
Angkara Rebut Tempat Letak Kereta, Suami Isteri Maut Ditikam | LONDON: Akibat perebutan tempat letak kereta, sepasang suami isteri ditemukan maut ditikam di luar rumah mereka selepas bertengkar dengan jirannya. Memetik laporan Daily Mail, guru teknologi maklumat Stephen Chapple, 36 dan isterinya Jenny 33, ditikam ketika anak pasangan sedang nyenyak tidur. “Susulan kejadian tersebut, polis menahan dan menyoal siasat seorang bekas tentera berusia 34 tahun selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan itu. “Kedua-dua pasangan ini ditemui mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius. “Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap Jenny, polis menemukan banyak kesan tikaman, manakala mayat suaminya masih belum diketahui,”…
Ibu & Anak Menang Tiket Bernilai Hampir RM4 Juta Ke Angkasa Lepas | WASHINGTON: Seorang jurulatih kesihatan dari Antigua dan Barbuda memenangi dua tiket untuk menjadi antara pelancong angkasa pertama Virgin Galactic. Beliau merancang berkongsi hadiah bernilai hampir AS$1 juta (RM4.2 juta) itu dengan anak perempuannya, seorang pelajar sains berusia 17 tahun. Keisha Schahaff, 44, berkata beliau mahu melakukan perjalanan sekali dalam seumur hidup itu bersama anaknya yang kini tinggal di Britain dan mengimpikan untuk bekerja dengan NASA suatu hari nanti. Pengasas Virgin Galactic, Richard Branson mengejutkan Schahaff dengan berita itu di rumahnya di Caribbean pada awal November. “Saya…
Kampung ‘Hantu’ Ini Muncul Semula Selepas 30 Tahun. | MADRID – Sebuah perkampungan di Sepanyol yang tenggelam. Dalam pembinaan sebuah kawasan tadahan air selepas ditinggalkan penduduknya. Muncul semula selepas paras air menurun, lapor laman berita MailOnline semalam. Dalam sebuah tragedi, kampung Aceredo dilanda banjir pada 1992 apabila loji hidroelektrik Portugis menutup pintu airnya. Menyebabkan sungai Limea membanjiri tanah dan bangunan di kawasan sekitarnya. Namun, dalam beberapa keping foto kelmarin, paras air di empangan itu mulai surut, sekali gus memunculkan semula rumah-rumah. Dan jelapang milik penduduk Aceredo sebelum mereka terpaksa menyerahkan tanah tersebut dan berpindah. Banyak dinding dan bangunan di kampung…
Tular Sotong Kayangan Dua Ekor RM100, Restoran Perjelas Hal Sebenar | GEORGETOWN: Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell yang merupakan antara restoran nasi kandar popular di negeri ini menjadi topik panas dalam media sosial selepas resit hidangan dua ekor sotong berharga RM100 tular hari ini. Salinan resit berkenaan yang menunjukkan harga bagi dua ekor sotong goreng berharga RM100 manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2) menjadi perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan melampau. Menjelaskan perkara itu, Pengarah Restoran Hameediyah Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata,…
Sajat Bakal Muncul Dalam Program Bual Bicara ‘The Ellen DeGeneres Show’? | KUALA LUMPUR : Satu persatu temubual bersama media antarabangsa mula melingkari hidup usahawan kontroversi, Nur Sajat kini. Terbaru, usahawan transgender itu mengaku bakal muncul dalam program terkemuka dunia, The Ellen Show yang dihoskan oleh pengasas program tersebut, Ellen DeGeneres pada Januari depan. Perkara tersebut dikongsikan oleh Sajat menerusi satu video pendek di akaun TikTok kelmarin, selepas ditanya oleh pengikutnya di ruangan itu. Menurutnya, jika tiada aral, dia akan berkunjung ke Singapura pada bulan Februari namun sebelum itu, dia akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk memenuhi jemputan Ellen…
Detik-Detik Menakutkan Pemancing Diekori ‘Manusia Anjing’ | CANBERRA, AUSTRALIA – Seorang lelaki di Australia mendedahkan kisah cemasnya yang terserempak dengan sejenis makhluk digelar ‘manusia anjing’ ketika dia memancing di sebuah kawasan terpencil, lapor akhbar Daily Star kelmarin. Menurut lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai John, dalam kejadian pada tahun lepas itu, dia diekori makhluk tersebut yang bergayut di atas sebatang pokok. “Saya menyedari bahawa setiap kali saya mendayung kayak, makhluk itu berjalan mengikuti gerakan pendayung. “Apabila saya berhenti seketika, ia turut berhenti dan berjalan semula apabila saya kembali mendayung,” katanya dalam satu wawancara. Selepas melihat dengan jelas kelibat makhluk tersebut,…
(Video) Detik-Detik Cemas Ketika Tanah Runtuh Di Cameron Highlands | PETALING JAYA: Seorang pengguna aplikasi TikTok menyiarkan sebuah klip rakaman kejadian tanah runtuh di Cameron Highland, Pahang akibat daripada hujan yang berpanjangan. Pengguna aplikasi itu izkechick berjaya merakam saat-saat genting itu daripada tingkap rumahnya apabila kelihatan tanah dan pokok-pokok menggelongsor ke bawah. Menurutnya, sebelum kejadian itu berlaku, terdapat getaran yang dirasai dari rumahnya berpunca daripada pergerakan tanah serta pokok-pokok di persekitaran mula tumbang. “Allahuakhbar!, Cameron terlalu berisiko siapa yang nak naik bercuti tu tolong tangguh dahulu, musim hujan sekarang,” kapsyennya di salah satu video yang disiarkannya di TikTok. Sementara itu,…


