(Video) Kanak-Kanak Menangis ‘Tiada Siapa Menyayangi Saya’ Sebelum Dipukul Sampai Mati Oleh Bapa & Ibu Tiri

| November 24, 2021 | 0 Comments

(Video) Kanak-Kanak Menangis “Tiada Siapa Menyayangi Saya” Sebelum Dipukul Sampai Mati Oleh Bapa & Ibu Tiri | Sebuah rakaman CCTV memaparkan detik terakhir seorang budak lelaki enam tahun yang didera, bergelut untuk mengambil selimutnya dari lantai tempat dia dipaksa tidur selama beberapa hari – hanya beberapa jam sebelum dia didakwa dibunuh oleh bapa dan ibu tirinya.

Rakaman CCTV yang menyayat hati itu menunjukkan Arthur Labinjo-Hughes yang kurus kering meringis kesakitan ketika dia cuba mengambil selimut dan bantal Avengers kesayangannya.

Rakaman itu ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Coventry Crown pada hari Selasa, di mana Thomas Hughes, 29, dan Emma Tustin, 32, dituduh membunuh Arthur di rumah mereka di Solihull, West Midlands, England pada 17 Jun tahun lalu.

Kanak-kanak lelaki itu dilihat bergelut untuk berdiri sebelum rebah ke lantai ruang tamu. Arthur menangis ‘tiada siapa menyayangi saya’ sebanyak empat kali ketika dia berjalan keluar dari ruang tamu.

Dia mengambil masa lebih daripada dua minit untuk dapat berdiri, mengambil selimutnya dan berjalan sejauh kira-kira dua meter ke pintu menuju ke bilik lain.

 

Klip audio yang dipetik daripada video tersebut yang dimainkan dalam mahkamah hari ini juga kedengaran Arthur berkata ‘tiada siapa yang akan memberi saya makan’ sebanyak tujuh kali dalam 44 saat.

Kanak-kanak malang itu disahkan mengalami kecederaan otak yang kritikal dan tidak dapat diselamatkan disebabkan oleh penderaan yang dialaminya. Ini termasuk tidak diberi makanan, dipaksa berdiri selama 14 jam sehari dan makanannya diracun dengan garam.

Juri mahkamah diberitahu, Arthur sangat lemah dan tidak bermaya sehingga hampir tidak dapat mengangkat selimut ketika dia bangun pada pagi 16 Jun tahun lalu.

Siasatan menunjukkan kanak-kanak itu mati dipercayai berpunca daripada kepalanya dihantuk berulang kali pada permukaan keras oleh ibu tirinya, Tustin.

Bapa saudara Arthur, Blake Hughes memberitahu mahkamah bulan lalu, kanak-kanak kecil itu menangis selepas mendakwa Tustin telah menolaknya ke dinding dan memanggilnya ‘hodoh’.

Arthur dibawa ke Hospital Kanak-kanak Birmingham dan bantuan pernafasannya dimatikan dalam ICU hospital berkenaan pada jam 1 pagi, 17 Jun.

Walau bagaimanapun, Hughes dan Tustin, dari Shirley, West Midlands, kedua-duanya menafikan pembunuhan Arthur dan pelbagai tuduhan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Sumber: Daily Mail

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *