Kampung ‘Hantu’ Ini Muncul Semula Selepas 30 Tahun

| November 24, 2021 | 0 Comments

Kampung ‘Hantu’ Ini Muncul Semula Selepas 30 Tahun | MADRID – Sebuah perkampungan di Sepanyol yang tenggelam dalam pembinaan sebuah kawasan tadahan air selepas ditinggalkan penduduknya muncul semula selepas paras air menurun, lapor laman berita MailOnline semalam.

Dalam sebuah tragedi, kampung Aceredo dilanda banjir pada 1992 apabila loji hidroelektrik Portugis menutup pintu airnya, menyebabkan sungai Limea membanjiri tanah dan bangunan di kawasan sekitarnya.

Namun, dalam beberapa keping foto kelmarin, paras air di empangan itu mulai surut, sekali gus memunculkan semula rumah-rumah dan jelapang milik penduduk Aceredo sebelum mereka terpaksa menyerahkan tanah tersebut dan berpindah.

Banyak dinding dan bangunan di kampung itu telah runtuh namun beberapa struktur bangunan masih kukuh.

Tragedi Acedero bermula dengan perjanjian dibuat pada 1968 antara ketua negara dari Sepanyol dan Portugal iaitu Francisco Franco dan António de Oliveira Salazar, untuk menggunakan sungai sempadan kedua-dua negara itu bagi membina empangan Lindoso.

Perjanjian tersebut bagaimanapun menyebabkan berlakunya rampasan tanah dan rumah di beberapa buah kampung.

Selain Aceredo, empat buah kampung lain iaitu O Bao, Buscalque, A Reloeira dan Lantemil hilang ditenggelami air apabila pintu empangan itu ditutup, memaksa penduduk di situ berpindah pada 1992.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *