(Ada Video) Babi Hutan Merayau, ‘Sesat’ Di Parkir Pasar Raya.

| November 24, 2021 | 0 Comments

(Ada Video) Babi Hutan Merayau, ‘Sesat’ Di Parkir Pasar Raya. | SEREMBAN – Video kemunculan dua ekor babi hutan berkeliaran di kawasan parkir premis sebuah pasar raya di Seremban Jaya di sini menarik perhatian ramai.

(Ada Video) Babi Hutan Merayau, 'Sesat' Di Parkir Pasar Raya.

Kemunculan haiwan liar itu sempat dirakam sebelum video berdurasi 26 saat dan dimuat naik semalam selain tular di aplikasi TikTok.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli, pihak pengurusan pasar raya sudah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada Perhilitan.

“Kita lakukan siasatan dan tidak pasti sama ada video ditularkan itu rakaman baharu atau lama, namun Perhilitan akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan.

“Jika diikutkan, awal tahun ini kita dah terima aduan dan mengambil tindakan menangkap tiga babi hutan di kawasan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama Perhilitan menerima aduan berkenaan babi hutan berkeliaran di luar pasar raya itu.

Sumber: Kosmo , Youtube Zon Pedas

Tags: , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *